Amsal · Proverbs

23:26
Hai anakku, berilah hatimu kepadaku, dan biarlah matamu memperhatikan jalan-jalanku.

Bapa yang hebat, nyatakanlah diri kalian. Biar anak-anak lelakimu melihat keyakinanmu dan ketabahanmu. Minta untuk hati mereka, atas dasar penyempurnaan diri mereka sebagai matlamat tertinggimu. Mintalah mereka untuk menuruti teladanmu dan arahanmu, atas janji bahawa kamu akan hidup dan mengajar hikmah suci Allah.

Kamu hidup pada zaman generasi yang tiada lelaki (Yes 3:1-15). Lelaki selalu tidak hadir di dalam tugas dan kehormatan tinggi mereka, yakni hal mendidik anak-anak yang takut akan Allah untuk generasi yang kemudian. Mereka terlalu sibuk dengan kehidupan mereka sendiri, terlalu mementingkan diri sehingga tidak peduli, terlalu malas untuk mendidik, terlalu lemah untuk memimpin, terlalu rosak untuk patuh, terlalu takut untuk mengkonfrontasi. Satu generasi yang lemah memperanakkan satu lagi generasi yang lemah.

Namun, hai lelaki yang takut akan Tuhan dan yang ada api kudus yang membara dalam hatimu, di sinilah peluangmu. Tuntutilah hakmu atas anak-anak lelaki yang telah Allah beri kepadamu. Mintalah untuk hati mereka, dan berilah mereka jalan yang jelas dan yang kudus untuk diikuti melalui teladanmu dan ajaranmu. Inilah tujuan bagi kedudukanmu sebagai bapa atas mereka, dan ia salah satu perkara yang paling bernilai yang dapat dilakukanmu. Alkitab menyanjungi potensi arahan sedemikian sampai empat generasi (Maz 78:1-8; Yoe 1:1-3).

Allah telah memilih untuk melanjutkan kebenaranNya dan hikmahNya melalui kaum ayah (Kej 18:19; Kel 10:1-2; 13:8,14; Ula 4:9; 6:1-22,6-7,20-25; 29:29; Yos 4:6-7; 24:15; Maz 34:11; 71:18; 145:4; Efe 6:4). Kitab Amsal Salomo adalah utamanya arahan bagi anak lelakinya (Ams 1:8,10,15; 2:1; dsb.). Peranan dan arahan Salomo telah dipelajari Salomo daripada ayahnya, yakni Daud (Ams 4:3-4). Inilah alasan yang paling baik untuk mahu panjang umur (Yes 38:19). Kalau dilakukan dengan betul, ia pasti akan berkesan (Ams 22:6,15; 29:15,17).

Hanya ayah yang berjalan dengan sempurna di hadapan Allah dan dengan kerap kali memakai hikmahNya ada hak untuk mengucapkan kata-kata ini, sebab Allah melihat sama ada kamu mempunyai hidup dan kata-kata yang layak dipedulikan dan yang layak diikuti (Ibr 4:12-14). Salomo mengajukan permohonannya kepada anak lelakinya dengan memanggilnya “hai anakku” dua puluh dua kali di dalam kitab ini. Ada seorang ibu pula yang mengajukan permohonannya kepada anak lelakinya sekali dalam kitab ini (Ams 31:2). Salomo dengan tabah menuntut untuk hormat anak lelakinya kepada doktrinnya yang baik, sama seperti yang dilakukan ayahnya, Daud (Ams 4:1-4; 5:1; Maz 34:11).

Hati mengandungi kesayanganmu dan doronganmu. Ia tempat fikiran dan rancangan, dan ia lebih penting daripada hanya ketaatan luaran. Ayah yang berhikmah mahu hati anak mereka. Ia dimenangi dengan menggantikan pengaruh-pengaruh jahat dengan pengaruh-pengaruh kudus, menjanjikan kebahagiaan yang paling unggul, membuktikan kasih sayang yang paling tulus, mengakui kesalahan-kesalahan yang jelas, berdoa untuknya, hidup dengan konsisten, menyanjungi Sang Pencipta, dan memiliki jawapan-jawapan Allah bagi kesesakan kehidupan.

Hai ayah! Dunia mahu hati anak-anakmu. Ia menawarkan kekayaan, kehormatan, kenikmatan, kesenangan, dan kepopularan. Ia dengan tidak terhenti-henti berseru untuk mereka pada zaman media elektronik ini. Godaan-godaan yang menarik bersemuka dengan mereka di mana jua. Syaitan berkata, “Maka jika kamu bersembahyang kepadaku, segalanya akan dijadikan milikmu” (Luk 4:7). Mereka mendengar itu setiap hari, dengan berulang-ulang kali, dengan kuat sekali, dan dengan sungguh menarik.

Namun rayuan kuat ayah untuk hati tidak kedengaran pun bagi kebanyakan anak. Jika anak mendengar satu rayuan pun, rayuan itu kerap kali lemah dan ternoda oleh kehidupan yang bebal dan yang tidak bahagia oleh bapa mereka. Apa yang kebanyakan orang anggap sebagai ayah yang baik tidak melebihi didikan untuk kecemerlangan markah ujian dan untuk kecemerlangan sukan.

Hai ayah! Adakah anak-anakmu tahu, memahami, dan percaya bahawa kamu mengasihi mereka lebih daripada mana-mana orang yang lain? Adakah mereka tahu bahawa kamu mengajar mereka jalan yang hidup, untuk menjauhi jalan maut? Kamu mampu dan harus meyakinkan mereka akan ini dengan pertuturan dan perlakuan yang konsisten.

Mata ialah kiasan sinekdok bagi seluruh peribadi, sebab melalui matalah kamu melihat dan mengikuti sang pemimpin. Anak-anakmu berdiam di rumahmu. Mereka melihat segalanya yang dilakukanmu; mereka melihat segalanya yang harus dilakukanmu; mereka melihat segalanya yang tidak dilakukanmu. Bapa-bapa yang salih harus menyediakan teladan yang kudus dan yang konsisten akan kebenaran yang disampaikan arahan mereka. Seorang anak lelaki akan lebih mengikuti teladanmu daripada kata-katamu.

Setiap lelaki boleh menjadi hebat, oleh kuasa Allah dan hikmah Alkitab. Setiap manusia haruslah menjadi hebat dengan mengikuti teladan Elihu (Ayb 32:137:24). Dia bukan mengajar anak-anak lelaki yang bawahan, tetapi dengan tabah hati memperbetulkan dan mengajar empat orang tua yang atasan. Satu-satunya kekurangan ialah keinginan untuk peranan yang salih dan yang penting bagi kehidupanmu – pelindung hati anak-anakmu.

Hai ayah! Adakah kamu mengenal hikmah dalam konteks ini (Ams 23:15-35)? Sudahkah kamu memberi amaran yang tegas kepada anak lelakimu dengan terus terang tentang hal beriri hati kepada dunia dan melupakan penghakiman yang akan datang (Ams 23:17-18)? Sudahkah kamu memberi amaran kepadanya dengan terus terang tentang perdayaan perempuan asing (Ams 23:27-28)? Sudahkah kamu merayu kepadanya untuk mempertimbangkan arahan berhikmah ibubapa (Ams 23:15-16,19,22-25)?

Lelaki yang salih tidak perlu mengadakan Perjanjian Perlaksanaan Peranan Ayah berkumpulan untuk menjadi ayah yang hebat. Mereka memerlukan penginsafan Roh Kudus dan kerendahan hati yang gementar di hadapan Firman Allah. Gereja tempatan mereka dan pastor sudah mencukupi untuk menjadikan mereka sempurna (2Tim 3:16-17). Mereka tidak memerlukan suatu lumpur najis ekumenisme penuh dengan ajaran sesat untuk menjadi hebat. Mereka harus bertaubat dan melakukan tugas-tugas yang mudah yang dengan jelas digariskan dan diulangai dalam Alkitab. Mereka perlu bermula pada hari ini juga.

Mereka tidak memerlukan orang pura-pura seperti Bill Gothard, James Dobson, dan Jesse Jackson sebagai teladan. Lelaki yang takut akan Allah dapat melakukan tugas untuk menjadi ayah yang hebat melalui hikmah Alkitab. Baik Abraham mahupun Yosua tidak memerlukan stadium yang dipenuhi orang yang berkompromi untuk mula terdorong untuk melaksanakan tugas-tugas keibubapaan mereka – mereka sudah cukup takut Tuhan untuk melakukannya dengan hanya perintahNya dan janji akan kemakmuran keluarga (Ams 29:17; Kej 18:19; Yos 24:15).

Yesus Kristus, Bapa yang Abadi (Yes 9:6), memohon untuk hatimu yang tulus (Ibr 10:22). Dia dapat melihat setiap fikiran dan niat di dalamnya (Ibr 4:12), dan Dia mengajarmu untuk menggesa satu sama lain di kalangan para saudaraNya untuk memastikan tiada mana-mana hati atau nyawa yang dihanyutkan kekerasan hati oleh dosa (Ibr 3:12-13). Jika kamu mengikutiNya dengan segala kekuatanmu, Dia akan memberkati usaha-usahamu terhadap anak-anakmu sendiri.