Amsal · Proverbs

23:4
Jangan berjerih lelah untuk menjadi kaya: hentikan hikmahmu sendiri.

Matlamat untuk menjadi peniaga Kristian yang berjaya ialah pendayaan dari neraka. Itu menaruh percaya kepada hikmah diri sendiri dan bukan hikmah Allah. Jadikanlah matlamatmu sebaliknya untuk menjadi Kristian yang berjaya. Jika Allah memberkati bahagian perniagaan kehidupanmu, maka baiklah itu; tetapi jika tidak, maka kamu masih kekal berjaya. Kejayaan sejati ialah kesalihan dengan kepuasan, tidak kira berapa keuntungannya (1Tim 6:6).

Harus mengapa kita berjerih lelah untuk menjadi kaya? Solomo mengutuk matlamat sedemikian kerana sifat kekayaan – wang akan terbang (Ams 23:5). Kesusahan mengurangkannya; pencuri mencurinya; mulut habis memakannya; kerajaan akan mengenakan cukai kepadanya; inflasi akan mengurangkan nilainya; dan orang bebal akan membazirkannya. Kitab Pengkhutbah menunjukkan bagaimana kekayaan melesap dari pemiliknya. Mengejar kekayaan adalah sia-sia dan kegemasan roh.

Tetapi ada lagi alasan mengapa mengejar kekayaan adalah bebal. Kamu tidak membawa apa pun ke dunia ini, dan kamu tidak akan membawa apa pun keluar; buat apa kita melonggokkan harta milik bagi mahkamah probet [sijil pengesahan wasiat] untuk mengedarkannya (1Tim 6:7-8)? Kekayaan tidak memuaskan – lagi banyak yang kamu ada, lagi banyak yang kamu inginkan (Pkh 5:10). Kekayaan juga mencuri damai sejahteramu, sebab kamu harus khuatir tentang mengekalkannya (Pkh 5:12).

Hentilah daripada hikmahmu sendiri! Hikmahmu berkata bahawa kamu boleh mengalahkan masalah dengan kekayaan. Ia menyatakan bahawa kamu tidak dilahirkan dengan godaan orang lain. Ia berkata bahawa kamu akan hidup untuk jangka masa yang panjang. Ia berkata bahawa kamu boleh mengekalkan kekayaan dengan selamat tanpa kekhuatiran. Ia berkata bahawa wang akan menjadikanmu bahagia. Tetapi aspek yang paling teruk belum lagi sampai – mencari kekayaan membinasakan jiwamu.

Kejayaan kewangan – kekayaan atau kemakmuran – sebagai matlamat adalah sungguh bahaya dan memperdayakan. Paulus telah memberi amaran, “Tetapi mereka yang ingin menjadi kaya jatuh ke dalam godaan dan jerat, dan ke dalam banyak nafsu yang bebal dan yang melukakan, yang melemaskan orang dalam kebinasaan dan kerosakan jahanam” (1Tim 6:10). Mengejar kekayaan membinasakan iman. Tetapkanlah matlamatmu untuk menjadi Kristian yang berjaya. Tinggalkan bahagian perniagaan itu. Wang bukanlah masalahnya – mengasihi wang itulah yang masalah.

Jika kekayaan ialah matlamatmu, hatimu akan ikut (Mat 6:19-21). Kedambaan akan menghanguskanmu. Kamu akan menjadi dingin terhadap Allah dan syurga; kamu akan mengorbankan kesalihan bagi keuntungan ekonomi. Keutamaan-keutamaanmu akan menjadi songsang. Kamu akan meninggalkan Kristus, seperti penguasa muda yang kaya itu.

Hikmah dirimu berbohong. Kamu tidak boleh melayani Allah dan kekayaan (Mat 6:24); orang yang mendua hati sungguh tidak stabil (Yak 1:8). Kekayaan tidak akan menjadikanmu bahagia (Luk 12:15). Jadikanlah Kristus sebagai satu-satunya matlamatmu (Kol 3:1-4). Jadilah puas hati dengan Dia dan dengan apa yang kamu ada (Ibr 13:5-6).