Amsal · Proverbs

23:3
Jangan mengingini keistimewaannya: sebab ia makanan yang memperdayakan.

Berjaga-jaga terhadap kehidupan yang mewah. Hal mewah seperti makanan dan minuman mahal boleh menjadi bahaya. Kuasailah seleramu dan kemahuanmu untuk gaya hidup orang kaya sebab itu memperdayakan. Gaya hidup orang kaya dan masyhur? Tidak, itu gaya hidup orang mati dan terkutuk.

Kehidupanmu dahulu – sebelum kamu memeluk agama sejati Yesus Kristus – harus sudah mencukupi dengan gaya hidup mereka itu. Kamu sekarang menolak kegasangan, nafsu, keterlampauan wain, pesta pora, dan melahap. Dan walaupun mereka fikir ketegasanmu itu pelik kerana tidak lagi mengambil bahagian dengan mereka, kamu tahu penghakiman mereka sedang menjelang (1Pet 4:3-5).

Amsal-amsal Solomo kerap kali ialah pernyataan yang terpulau tanpa banyak konteks, dan secara am tidak berkaitan dengan amsal yang sebelumnya atau yang selepasnya, tetapi bagi amsal ini, konteks sungguh penting. Konteks di sini ialah sarapan dengan seorang penguasa (Ams 23:1). Hikmah memberi amaran keapdamu untuk mempertimbangkan dengan cukup teliti (Ams 23:1), sebab kehidupan mewah boleh memperdayakanmu, terutamanya jika kamu orang yang ada keinginan terhadapnya (Ams 23:2-3). Jangan diperdayakan untuk mengingini gaya hidup ini, sebab ia sia-sia dan tidak lama lagi terbang menghilang (Ams 23:4-5). Makanan mewah dan kata-kata yang mengampu tidak membuktikan hati seseorang, jadi berjaga-jagalah (Ams 23:6-8).

Nafsu daging ialah godaan yang sungguh berkuasa dan yang biasa (1Yoh 2:16). Ia menyebabkan ibu moyangmuyang pertama untuk memakan buah terlarang, ketika dia nampak bahawa ia baik untuk makanan (Kej 3:6). Iblis memakai itu sebagai godaan yang pertama bagi Yesus Kristus – untuk mengubahkan batu kepada roti (Mat 4:1-4). Kerinduanmu untuk kehidupan yang mewah dan makanan yang mahal boleh menggodamu.

Makanan mewah adalah bahaya bagi kebanyakan manusia. Jika kamu suka makan, letaklah pisau pada lehermu (Ams 23:2). Kamu harus sungguh berdisiplin (Mat 18:8-9). Ia dapat membawa kepada kegelojohan dan ketamakan, jadi Tuhanmu telah mewaspadakanmu tentangnya (Luk 21:34). Sebagai orang kudus siang dan cahaya, kamu harus terjaga dan berwaspada, tidak ketagihan dan ditumpulkan oleh kehidupan yang mewah (Rom 13:11-14; 1Tes 5:6-8). Kamu harus makan untuk hidup; kamu tidak hidup untuk makan. Kamu harus menguasai seleramu; ia tidak boleh menguasaimu.

Makanan mewah sungguh menggoda bagi kebanyakan orang. Kenikmatan dan suasana makanan dan gaya hidup demikian menambat hati. Suasana restoran mewah dirancang dengan teliti, dan ia dapat menarikmu dengan sungguh kuat. Ia dengan mudah dapat menjadikanmu mengutamakan pendapatan, kenikmatan, dan hal mahal, sementara keutamaanmu haruslah kasih akan Allah yang mengatasi kenikmatan (2Tim 3:4). Kesalihan besertakan kepuasan ialah keuntungan besar, tetapi ada kurang kepuasan di meja seorang penguasa (1Tim 6:6-10).

Raja Solomo, penulis amsal-amsal ini, hari demi hari duduk di meja yang penuh hidangan paling mewah. Ratu Syeba pun tertakjub dengan apa yang dia perhatikan di mejanya (1Raj 10:4-9). Dia tahu lebih tentang kebahagiaan yang benar daripada mana-mana pun orang kaya, pakar makanan, atau tukang masak pangkat tertinggi. Dia dengan berhikmah mengajar bahawa kasih, damai sejahtera, dan kewajaran dapat menjadikan apa pun hidangan atau menu suatu pesta, yang orang miskin pun boleh menikmati setiap hari (Ams 15:16-17; 17:1; 28:6). Percayalah kepada keutamaan-keutamaan yang berilham ini dan berpesta dengan biskut pada malam ini.

Makanan mewah adalah memperdayakan bagi kebanyakan orang. Makanan dan wain mewah menjadikan orang untuk melonggarkan sikap berjaga-jaga mereka lalu menjadi terjerat (Ams 23:33; Kej 19:30-38; Hab 2:15). Banyak dosa dirancang ketika bersantapan.Makanan mewah menurunkan pertahanan, seperti wain dan minuman keras lakukan. Para perempuan telah diajar bahawa jalan yang paling lekas ke hati lelaki ialah melalui perutnya. Lelaki menggoda perempuan melalui makanan mewah. Kebanyakan urus niaga dilakukan di meja makan, kerana orang penjual ada badjet untuk membelanjakan pelanggan untuk menggoda mereka dengan cara makanan yang enak di restoran yang cantik. Berwaspadalah!

Kamu harus menaklukkan tubuhmu untuk memenangi lumba lari yang kamu telah sertai (1Kor 9:24-27). Tuhanmu tidak ada tempat yang selesa untuk membaring kepalaNya untuk tidur, apatah lagi suatu tempat duduk dengan kusyen tebal di meja makan yang penuh dengan makanan yang mewah (Mat 8:20). Kamu tidak memerlukan apa pun perkhidmatan 5-bintang. Kamu tidak harus membuat peruntukkan bagi dagingmu, sebab kamu sudah berada dalam risiko yang sudah cukup besar tanpa menggalakkannya dengan lebih lanjut (Rom 13:14; Mat 6:34). Jadilah berhemat dan berhikmah. Elakkanlah gaya hidup orang kaya dan masyhur, dan biar kasih dan damai sejahtera menjadikan apa pun makanan sedap sekali.