Amsal · Proverbs

23:5
Akankah kamu menaruh matamu kepada apa yang tiada? sebab kekayaan memang membentuk sayap bagi dirinya sendiri; ia terbang seperti burung helang yang menuju ke syurga.

Mengapa merenung kepada buih sabun? Ia dengan cepat terapung dan melesap. Kamu bukan sebegitu bebal kan? Jika kamu ingin, atau merancang, atau bekerja semata-mata untuk menjadi kaya, maka kamu dengan bebal percaya kepada buih-buih sabun!

Salomo pertama-tama mengutuk kebebalan untuk cuba menjadi kaya (Ams 23:4), kemudian dia memberialasan yang serius untuk tidak mengejar matlamat yang bebal ini. Pertimbangkan pelajarannya yang penuh kasih dan jadilah berhikmah. Mengapakah seseorang memakai kehidupannya untuk berusaha menangkap sesuatu yang hanya suatu ilusi? Sifat manusia, hukum ekonomi, dan penghakiman Allah akan dengan cepat dan dengan pasti melenyapkan kekayaan.

Pertimbangkan butir-butir amsal ini. Maklum akan bahasanya yang metafora dan yang ucapannya yang berbentuk peribahasa. Adakah ia mencadangkan kepadamu untuk mencungkil keluar matamu dan menaruhnya kepada apa yang tiada? Tidak. Adakah ia mengajar bahawa wang ada pertumbuhan sayap dan terbang dengan cepat dan dengan sungguh bertenaga ke tempat yang Allah berdiam? Tidak. Ini suatu amsal. Kiasan yang berilham oleh Salomo dengan bahasa yang indah sedang memberi amaran tentang kesia-siaan kekayaan.

Jika kamu menyelami maksud amsal ini, nafsu bebal yang ada pada manusia untuk berdikari secara kewangan ternyata di sini. Salomo memberi amaran tentang memandang kepada perempuan dan wain (Ams 6:25; 23:31), dan dia memberi amaran di sini tentang keinginan atau nafsu untuk kekayaan. Kebanyakan orang tidak pernah memperoleh kekayaan. Kemakmuran boleh dilihat, diingini, dikejar, diharapkan, malah juga dikira; tetapi sebaik sahaja ia ternyata di pandangan, ia menghilang. Satu-satunya hal yang pasti di dalam perbincangan kewangan ini ialah pelajaran Salomo – kekayaan ialah satu ilusi!

Keasyikan bekerja keras sepanjang hayatmu untuk menjadi kaya adalah membazir kehidupanmu, seperti yang dipelajari orang bebal yang kaya, ketika dia mendengar suara Allah yang dahsyat dan yang mengerikan, Yang berkata, “Tetapi Allah berkata kepadanya, Hai orang bebal, pada malam ini juga jiwamu akan dituntut daripadamu: maka milik siapakah barangan itu, barangan yang telah kamu sediakan itu?” (Luk 12:16-21). Yesus mengajar, “Takut akan dia, yang selepas dia sudah membunuh ada kuasa untuk membuang ke dalam neraka; ya, aku berkata kepada kalian, Takut akan dia” (Luk 12:4-5).

Kamu tidak boleh mengambil kekayaan bersamamu (Ayb 1:21; 1Tim 6:7), dan banyak hal akan mengambil kekayaan itu daripadamu, seperti yang harus dipelajarimu. Kamu telah memasuki dunia ini dengan telanjang dan kebergantungan, dan kamu akan meninggal dengan cara yang sama. Hakim yangmenantikanmu itu tidak berganjak bagi apa pun pengaruh kejayaan dan kekayaan yang diperoleh dari sini. Hanya kesalihan dengan kepuasan ialah untung yang besar, dengan janji yang besar (1Tim 6:6; 4:8)!

Gagasan untuk hidup dengan matlamat untuk menjadi kaya sebegitu tidak masuk akal sehingga Allah memanggil itu bohong. Dia mengisytiharkan bahawa orang yang berpangkat rendah tentulah tidak bernilai, tetapi Dia juga berkata bahawa orang yang berpangkat tinggi, dan yang berjaya ialah bohong (Maz 62:9). Jika mereka berdua ditimbang bersama, mereka lebih ringan daripada ketiadaan apa pun!

Selain daripada kematian yang meninggalkanmu telanjang sepenuh-penuhnya dan ketandusan, apakah lagi caranya kekayaan terbang seperti burung helang dan melesap? Ada lebih banyak amaran yang terkandung di dalam Kitab Amsal dan di tempat-tempat lain Alkitab, jika kamu mahu mempertimbangkannya. Perpustakaan ilahi enam puluh enam buku ialah harta hikmah.

Di negara-negara yang kononnya dipanggil bangsa yang maju, cukai dikenakan. Semakin banyak pendapatanmu, semakin cukai yang membebankan dan yang meningkat mengambil kadar peratusannya. Adakah ia bebal untuk menghukum orang berjaya sedemikian? Sudah tentulah! Tetapi ia tidak mengubahkan fakta itu. Kaisar mahu bahagian yang lebih besar daripada pendapatan besar.

Di negara-negara ini, pihak cukai kedua juga terlibat. Hanya segelintir orang yang dapat melihat pencuri ini, walaupun mereka mendengar tentangnya. Inflasi, penambahan bekalan wang negara oleh bank negara, secara senyap dan secara cekap memakan suatu lagi bahagian besar daripada wang simpananmu untuk membiayai perbelanjaan mereka yang masuk defisit.

Bagaimana pula dengan hukum-hukum ekonomi? Kecenderungan untuk memakai menyatakan bahawa perbelanjaan bertambah secepat pendapatan diperoleh (Pkh 5:11). Kamu mahu menunjuk-nunjuk dan menikmati kekayaanmu, jadi kamu meniru tabiat-tabiat orang kaya (Ams 21:17,20; 6:9-11; Luk 15:12-16). Mereka mengadu tentang kos sara hidup yang tinggi, tetapi ia kos gaya hidup tinggi yang menyakiti. Ketika kamu ada lebih pendapatan, kamu berbelanja lebih, maka tinggallah jumlah apa yang kamu ada seperti dahulu. Kamu menhitungnya masuk dan keluar, tetapi betapa sia-sianya itu!

Bagaimana pula dengan sifat manusia? Kekayaan membawa keangkuhan dan kesombongan yang memperdayakan orang untuk membuat keputusan-keputusan perniagaan yang bebal dan yang melulu yang menolak separuh daripada pendapatan (Ams 10:15; 18:11; 26:12; 28:11,19). Suatu kejayaan kecil adalah berbahaya, sebab ia membawa keyakinan diri yang terlampau tinggi, yang boleh membawa kepada kejatuhan yang memedihkan (Ams 16:18; 18:12). Ya, alangkah baiknya supaya hanya memiliki kejayaan yang sederhana!

Jika ada apa pun yang tertinggal selepas cukai, inflasi, gaya hidup mewah, dan gagasan-gagasan yang sia-sia, orang kaya menyerahkan wangnya kepada pengurus pelaburan bank, dengan harapan untuk mendapatkan segala apa yang telah dia kehilangan. Tetapi mereka mendedahkan dananya yang semakin lesap kepada pasaran saham yang tidak berperikemanusiaan dan menghanguskan aset-asetnya dengan urus niaga jual beli sehingga mereka habis memakainya oleh yuran jual beli!

Jangan lupa akan anak-anak lelaki dan anak-anak buah yang akan mengambil alih harta pusakamu, baik secara undang-undang mahupun secara haram, sementara kamu masih hidup atau selepas kematianmu, lalu memakainya dengan bebal sekurang-kurangnya secepat yang telah kamu memperolehnya dengan hikmah (Pkh 2:18-21). Kekayaan memang bebal, kan? hai orang kaya?

Yang bersaing dengan ahli-ahli keluarga yang tamak itu ialah para pengampu lintah yang memanggil diri mereka sebagai kawanmu, tetapi mereka akan kehilangan pada hari sebelum wangmu lesap (Ams 14:20; 19:4-7). Lihatlah ulasan Agur tentang si lintah dengan dua anak perempuannya itu (Ams 30:15). Ya, alangkah baiknya supaya dapat bersendirian!

Sementara mengakhiri kajian kesia-siaan kekayaan, jangan lupa amaran Tuhan Yesus Kristus bahawa apa pun harta di bumi, dan ini juga berkaitan secara literal atau secara kiasan kepada segala pelaburan duniawi, akan dengan pasti dihanguskan oleh pencuri, ngengat, dan karat (Mat 6:19).

Amsal ini memberi amaran tentang kesia-siaan kekayaan, tetapi kekayaan juga berbahaya kepada jiwamu dan kehidupanmu, sebab ia secara am mencuri daripada manusia kepuasan, kesalihan, belas kasihan, dan damai sejahtera yang adalah asas-asas untuk kebahagiaan sejati dan kejayaan yang sebenar (1Tim 6:6-10; Pkh 5:12).

Kekayaan yang paling besar dan kenikmatan kehidupan yang paling menyenangkan ialah injil dan kerajaan Yesus Kristus, yang adalah percuma kepada semua yang akan percaya kepadaNya dan memeluk janji-janji Allah yang teramat besar dan berharga bagi anak-anakNya (Yes 55:1-2; Maz 19:10-11; 1Kor 2:9). Manusia meninggalkan kekayaan mereka di dunia ini ketika mereka mati, tetapi anak-anak orang pilihan Allah akan mewarisi alam semesta yang baru dengan Yesus Kristus ketika Dia datang untuk menerima mereka (Rom 8:17-23; 1Pet 1:3-5).

Ia bukan kekayaan yang berdosa; ia keinginan bebal untuk kekayaan yang berdosa. Allah telah mengutuk cinta akan wang, dan bukan wang sendiri (1Tim 6:9-10, 17-19). Jika kekayaan bertambah oleh berkat Allah, jangan tersangkut di dalamnya (Maz 62:10). Jadilah bersyukur, dan pakai itu dengan berhikmah (Efe 4:28). Belajar untuk menjadi puas hati dengan apa yang kamu ada dengan usaha-usaha sederhana – kepuasan itukejayaan yang besar.

Jika orang miskin merupakan orang yang memberi nasihat dan amaran di dalam amsal ini, maka kamu boleh menyoal kebenaran dan nilai pelajaran ini, sebab apa yang orang miskin tahu tentang kekayaan? Tetapi Salomo, raja yang paling kaya di sejarah Israel, anak lelaki kepada Daud yang kaya, merupakan pengarang pelajaran ini, oleh ilham satu-satunya Allah Yang Maha Berhikmah. Hentikanlah fikiranmu yang bebal tentang kekayaan.

Orang berhikmah yang namanya Agur juga telah memberi amaran kepadamu, dengan mengajarmu untuk berdoa mengelak kedua-dua kemiskinan dan kekayaan (Ams 30:7-9). Kedua-duanya berbahaya. Pernah adanya orang kaya yang salih seperti Ayub, Abraham, dan Daud, tetapi tidak banyak. Yesus Kristus mengajar bahawa unta lebih mudah menghimpit masuk ke dalam lubang jarum daripada orang kaya memasuki kerajaan Allah (Mat 19:23-26).

Hai pembaca, taruhlah matamu kepada kekayaan Kristus (Kol 2:1-3), kekayaan kepenuhan Allah (Efe 3:16-19), kekayaan rahmatnya (Efe 2:7), kekayaan firmanNya (Maz 19:10), dan kekayaan warisan abadimu di syurga (Efe 1:18). Walaupun Yesus Kristus kaya, namun demi orang-orang pilihanNya Dia menjadi miskin supaya melalui kemiskinanNya mereka dapat menjadi kaya dengan pemberian kehidupanNya dan kematianNya yang tidak terkatakan bagi mereka (2Kor 8:9; 9:15).

Lakukanlah pertukaran yang berhikmah dan yang beruntung yang dilakukan Musa, dan semoga Tuhan menyanjungi imanmu tinggi sebegitu – pilihlah kekayaan Kristus melebihi kekayaan harta berharga Mesir (Ibr 11:24-26). Kekayaan yang sebegitu tidak akan terbang, dan ia akan membawa damai sejahtera besar dan kenikmatan sekarang, daripada kesia-siaan dan kegemasan roh yang Salomo alami, dan ia akan mengumpulkan suatu dasar yang baik bagi masa yang akan datang ketika kamu berdiri di hadapan Allah, Hakim segala-galanya.