Amsal · Proverbs

24:15
Jangan mendekam menanti, hai orang durjana, untuk kediaman orang benar; jangan menjarah tempat istirahatnya:

Hai orang durjana, berwaspadalah! Jangan berkomplot terhadap orang benar untuk mengacau ketenteramannya, sebab Allah akan menghukummu (Ams 24:16). Hai orang benar, terhiburlah kamu! Allah berada pada pihakmu dan melihat apa pun kejahatan terhadapmu. Kamu mungkin jatuh, tetapi Allah akan mengangkatmu semula (Ams 24:16).

Salomo ialah anak Daud (Ams 1:1). Dia melihat musuh-musuh ayahnya cuba merosak isytirahat Daud yang benar. Dia nampak Allah ayahnya menimpa celaka ke atas mereka (1Taw 28:9; Maz 18:48). Dia melihat ayahnya jatuh, tetapi dia juga melihat Allah menaikkan semula Daud ke tempat yang tinggi (2Sam 23:1-7).

Bagaimanakah mungkin sesiapa pun membenci Daud? Iri hati! Kecemburuan! Orang durjana membencinya kerana akhlaknya dan perhubungannya dengan Allah lebih unggul. Mereka tidak boleh menandingi hikmahnya atau kesetiaan rakyat kepadanya, maka mereka menghina dan takut kepadanya atau kedua-duanya (1Sam 18:6-16).

Raja Saul dengan berulang-ulang kali cuba mengganggu keberadaan Daud yang aman. Dia berkomplot terhadapnya dan cuba membunuhnya banyak kali. Tetapi apakah hasilnya? Allah menyelamatkan Daud dan meninggalkan Saul. Saul memakai malam terakhirnya di bumi dengan perempuan sihir dari Endor dan telah dipancung dan dipaku ke dinding orang Filistin hari kemudian. Betapa celakanya!

Absalom berkomplot menentang Daud. Walaupun penyebabnya berkaitan kepada dosa-dosa Daud akan perzinaan dan pembunuhan, Absalom tiada hak untuk melakukan apa yang telah dia buat. Akhlak ayahnya masih jauh lebih benar daripadanya. Dan apakah hasilnya? Dengan kuasa-kuasa yang jauh lebih unggul, dia masih kalah dalam pertempuran dan peperangan; dan ketika dia tersangkut di atas pokok, Yoab memakainya sebagai sasaran latihan damak. Betapa celakanya!

Simei mengutuk Daud ketika dia melarikan diri daripada Yerusalem ketika rusuhan Absalom. Orang-orang setia Daud ingin memancung kepala si anjing mati itu, tetapi Daud menundukkan diri kepada sengsara itu seperti kepada Tuhan. Ketika Daud pulang dengan kemenangan, Simei merayu untuk belas kasihan, yang Daud beri dengan sementara. Salomo menjatuhkan hukuman mati kepada Simei bagi ayahnya beberapa tahun kemudian. Betapa celakanya!

Adonia dan Yoab bersubahat untuk mengambil kerajaan pada waktu Daud lemah dan sakit di atas katilnya. Tetapi Allah mendedahkan hal itu kepada Daud, yang telah mengutus pasukan pengawal peribadinya, orang Kreti dan orang Pleti, untuk menganjurkan pertabalan Salomo sebagai raja. Dan apakah hasilnya? Sesudah sedikit ketenteraman, Salomo bertitah supaya kedua-dua mereka dibunuh oleh ketua pengawalnya. Betapa celakanya!

Ia bebal untuk mengacau orang benar, sama ada dia nabi ataupun dia hamba (1Taw 16:22; Maz 68:5; 105:15; Zak 2:8). Allah akan membantu mereka (Ayb 5:19; Mik 7:8). Tanyalah Haman! Tanyalah Yudas! Tanyalah empat puluh orang Yahudi yang masih berpuasa terhadap Paulus (Kis 23:12)! Tanyalah orang Yahudi yang menyalibkan Yesus Kristus dan kemudian berhadapan dengan Titus Vespasian empat puluh tahun kemudian dalam kejadian yang menakutkan! Betapa celakanya!