Amsal · Proverbs

24:14
Demikianlah jadinya pengetahuan hikmah bagi jiwamu: sesudah kamu menemuinya, adanya suatu ganjaran, dan harapanmu tidak akan diputuskan.

Ada hanya beberapa hal yang pasti – berkat hikmah ialah salah satu daripadanya. Jika kamu hampa dengan hal-hal kehidupan, kejarlah hikmah. Jika kamu ragu-ragu jikalau usaha mencari hikmah itu berbaloi, maka kamu sudah salah. Ketika kamu memperoleh hikmah, kamu ada harta berharga yang akan menyukakan dan mengganjari jiwamu. Tiada apa pun yang dapat menghentikan manfaat-manfaat besarnya kepadamu. Perolehlah hikmah!

Adverba [kata keterangan], “demikianlah”, menghubung-kaitkan ayat yang sebelum ini, “Hai anakku, makanlah madu, kerana ia baik; dan indung madu, yang manis rasanya:” (Ams 24:13). Salomo memakai suatu metafora untuk membandingkan madu dengan hikmah. Madu berkhasiat dan sedap (Ams 16:24; 1Sam 14:27). Hikmah menyenangkan dan menguntungkan jiwa, seperti madu baik dan manis untuk tubuh.

Metafora madu ini dipakai bagi Alkitab, sebab kecemerlangan dan kemanisan madu ialah perbandingan yang wajar untuk kesenangan dan kenikmatan yang firman Allah bekalkan untuk jiwa (Maz 19:10; 119:103). Hal mengenal Allah di dalam jiwa juga dibandingkan kepada sum-sum tulang yang sedap dan yang kaya, yang merupakan makanan istimewa (Maz 63:5-6). Adakah kamu mengenal perbandingan-perbandingan ini melalui pengalaman, hai pembaca?

Hikmah lebih baik daripada batu delima (Ams 3:15; 8:11; 20:15; Ayb 28:18). Hikmah lebih baik daripada emas atau perak (Ams 3:14; 8:10,19; 16:16; Ayb 28:14-19; Maz 119:72). Hikmah jauh lebih baik daripada apa pun yang kamu boleh menikmati (Ams 3:15; 4:7; 8:11). Jika si bebal membuat perbandingan-perbandingan ini, kamu akan menolak pendapatnya kerana kejahilan, tetapi Raja Salomo yang telah menulisnya.

Sementara hikmah sebegitu penting dan bernilai untuk jiwa, berapa keraskah usaha-usahamu untuk mencarinya dan memperolehnya? Sudahkah kamu menjadikan dasarnya, yakni takut akan Tuhan, cita-citamu yang paling besar (Ams 1:7; 9:10)? Sudahkah kamu membaca firman Allah setiap hari untuk kemampuannya untuk memberimu hikmah (Maz 19:7; 119:130)? Sudahkah kamu mencari guru-guru untuk membantumu (Kis 8:30-31)?

Allah menawarkan hikmah dengan percuma dan dengan murah hati (Ams 8:1-5; 9:1-6). Dia berbuat demikian melalui alam ciptaan semula jadi, penyediaan nasibNya yang murah hati, dan hati nurani yang dikurniakan Allah (Ams 20:27; Rom 1:20-22; 2:15; Kis 14:17). Tetapi Dia tidak memaksakan itu kepada sesiapa pun. Kamu harus berusaha dan mencarinya dengan jerih lelah yang tekun dan dengan pengabdian yang ghairah seperti mencari harta karun (Ams 2:1-9; 18:1).

Hikmah ada ganjaran yang besar bagi orang yang memakainya dan mengamalkannya, tetapi bukan untuk orang yang memerhatikannya dengan semata-mata melihatnya atau mendengarnya (Ams 19:11; Luk 8:18; Yak 1:21-25). Hal-hal bumi semuanya mengecewakan, tetapi hikmah langsung tidak akan mengecewakanmu. Ia membawa ganjaran yang pasti dan yang tentu, dan pengharapanmu untuk kejayaan dan kemakmuran akan terjadi (Yos 1:7-8; Maz 1:1-3).