Amsal · Proverbs

24:16
Sebab orang benar jatuh tujuh kali, dan bangkit semula: tetapi orang durjana akan jatuh ke dalam kecelakaan.

Allah tidak menjanjikan suatu perjalanan lancar yang berbunga-bunga bagi orang baik. Sebenarnya, untuk menjadikan orang baik sempurna, Tuhan kerap kali membawa kesesakan kepada kehidupannya. Ketika orang durjana melihat segala masalah itu, mereka menganggap bahawa orang baik sudah jatuh dan tidak terhitung lagi; mereka bermegah dalam kejayaan mereka untuk mengalahkan dia. Tetapi Tuhan akan membangkitkan orang benar sekali lagi, dan Dia akan menjatuhkan orang durjana untuk selamanya.

Konteks di sini adalah penting. Solomo mendewakan orang durjana untuk merancang kejahatan terhadap orang benar. Dia berkata, “Jangan menunggu, hai orang durjana, untuk kediaman orang benar; jangan menjarah tempat istirahatnya” (Ams 24:15). Ini merupakan perseteruan purba di antara yang durjana dan yang benar. Solomo dengan jelas memberitahu orang durjana supaya jangan nak fikir pun hal mengacau damai sejahtera orang benar. Dan amsal di hadapanmu memberimu sebabnya yang menakutkan!

Walaupun orang benar mungkin ada kesengsaraan dalam kehidupannya, Tuhan akan menyelamatkannya daripada segala itu (Ayb 5:17-27; Maz 34:19). Orang benar berseru kepada Tuhan dalam masalah-masalah mereka, dan Tuhan melepaskan mereka daripada setiap satu (Maz 34:6,17). Dia mendukung mereka dengan tangan, dan Dia mengangkat mereka daripada masalah-masalah mereka (Maz 37:24). Tetapi elipsis amsal ini – kata-kata yang sengaja ditinggalkan – mengisytiharkan bahawa orang durjana akan jatuh ke dalam kenakalan, dan mereka tidak akan dilepaskan atau dibantu sama sekali.

Abang-abang Yusuf yang durjana bersubahat menentang dia. Mereka menjarah isytirahatnya dengan menjual dia sebagai hamba kepada Mesir. Mereka bermegah dalam kemenangan mereka atas dia. Mereka berfikir bahawa Yusuf telah dibuang selama-lamanya. Tetapi Tuhan Yang Berbahagia sedang dengan lekas membangkitkan Yusuf semula sampai ke takhta Mesir, dan dalam beberapa tahun lagi mereka akan tunduk di hadapan Yusuf dengan ketakutan hilang nyawa. Luar biasa!

Syaitan bersubahat terhadap Ayub. Dia merayu kepada Allah untuk kebenaran mengacau kehidupan Ayub yang tenteram. Dan Allah memberi kebenaran. Syaitan dengan langkah demi langkah mengambil aset-aset Ayub, pendapatannya, tanahnya, keluarganya, dan kemudian kesihatannya. Tetapi Tuhan masih memegang tangan Ayub, dan Dia menyampaikan Elihu untuk memperbetulkan fikirannya yang salah. Tuhan membangkitkan Ayub semula dan memberi kepadanya dua kali ganda.

Hana tidak mempunyai anak. Isteri suaminya yang lain, Penina, bermegah kepada Hana dan menganiaya dia kerana tidak melahirkan anak. Perempuan durjana itu menyeksa Hana dan menyebabkannya untuk gusar hati. Ia nampak seakan-akan Hana dijatuhkan untuk selamanya. Tetapi Tuhan membangkitkannya semula dan memberi dia Samuel – hakim dan nabi yang besar Israel dan lima anak lagi.

Daud berdosa dengan teruk sekali. Dia sendiri yang salah. Musuh-musuhnya mendekam menantikannya, bahkan anak-anak lelakinya iaitu Absalom dan Adonia. Simei mengutuk Daud dengan terang-terang di khalayak ramai kerana menumpahkan darah. Tetapi Tuhan mengampuni Daud, membangkitkannya semula, dan membinasakan semua musuhnya tanpa apa pun belas kasihan. Dia memberkati Daud untuk melihat pertabalan Solomo dan damai sejahtera yang besar di Israel.

Musuh-musuh Daniel menantikan kejatuhannya. Mereka mencari untuk apa pun kesilapan yang dapat ditemui dalam perilaku profesionalnya dan perilaku peribadinya; mereka tidak menemui satu pun. Mereka memperdayakan Darius untuk menggubalkan suatu hukum menentang agama Daniel. Daniel melanggari hukum itu dan dilempar ke dalam gua singa. Mereka beraya dan bermegah. Tetapi Allah membangkitkan Daniel semula dan melempar mereka pula ke dalam kebinasaan yang ngeri itu.

Ya pembaca Kristian! Adakah apa pun sebab bagimu untuk gusar atau khuatir tentang keadaan-keadaanmu yang semasa ini? Mungkin kamu sedar akan musuh-musuh yang mendekam menantikan kejatuhanmu? Mungkin mereka bermegah atas kesesakan-kesesakanmu? Jika kamu berjalan dengan jujur, Tuhan yang memberkati akan menyelamatkanmu daripada kesengsaraanmu dan masalahmu sepasti seperti Dia menyelamatkan beberapa contoh yang kamu telah baca sebentar tadi.

Daud merupakan orang yang menuruti hati Allah sendiri – gambaran Tuhan Yesus Kristus; dia ada lebih kesesakan dan rintangan – jatuh lebih banyak kali – daripada mana-mana orang di Wasiat Lama. Namun Tuhan membangkitkannya semula berulang-ulang kali, melebihi tujuh kali. Kamu boleh membaca tentang keyakinannya yang kekal terhadap Tuhan (Maz 3:1-8; 27:1-14; 46:1-11; 118:1-18).

Paulus merupakan rasul Kristus, tetapi ada lebih seksaan dan penganiayaan – jatuh lebih banyak kali – daripada mana-mana orang di dalam Wasiat Baru. Tetapi Allah membangkitkannya semula, daripada mati pun (Kis 14:19-22)! Namun dia tidak pernah berada dalam kesusahan atau kemurungan (2Kor 4:8-9). Dia ada senarai penderitaan yang sukar untuk dibaca, tetapi dia bersuka dalam itu semua (2Kor 11:23-12:10). Bacalah keyakinannya yang besar dalam Allah (2Tim 4:16-18; Ibr 13:5-6).

Syaitan, orang Yahudi, orang Rom, Herod, dan Pilatus mendekam menantikan kejatuhan Yesus Kristus. Mereka menyalahiNya dari segi undang-undang. Mereka menyalibkanNya. Mereka mengesahkan mautNya oleh seorang ketua pasukan askar. Mereka melihatNya dikuburkan. Mereka menempatkan penjaga di pintu kuburNya. Ia nampak seakan-akan Dia telah jatuh dan tidak dapat dipulihkan. Mereka beraya dan bermegah bersama-sama kerana berjaya membuang Manusia ini, Yang telah mendedahkan kemunafikan mereka dan Yang telah membinasakan agama dan politik palsu mereka.

Tetapi Allah Yang Berbahagia “membangkitkan Kristus daripada maut, dan menempatkan Kristus di sebelah tangan kanannya sendiri di tempat-tempat syurgawi, jauh mengatasi segala penguasa, dan kekuasaan, dan kekuatan, dan pemerintahan, dan setiap nama yang dinamakan, bukan sahaja di dalam dunia ini, tetapi juga di dalam dunia yang akan datang” (Efe 1:20-21). Syaitan dan para malaikatnya sungguh tidak mengharapkan hari seksaan mereka yang sudah ditentukan.

Orang Yahudi dibinasakan sama sekali oleh orang Rom pada tahun 70 Masihi, dan orang Rom ditewaskan oleh orang Goth pada 476 Masihi. Mayat Herodes dan Pilatus sedang mereput di dalam bumi, dan jiwa-jiwa mereka sedang menderita di neraka. Mereka sudah jatuh ke dalam kenakalan yang ngeri dan yang kekal, dan tiada keselamatan. Dan mereka akan tidak lama lagi bertelut dan mengaku bahawa Yesus ialah Tuhan segalanya.

Biar orang durjana berhati-hati! Ada neraka bagimu kerana bermain-main dengan orang benar. Walaupun orang benar mungkin jatuh dari semasa ke semasa, Raja Syurga Yang Maha Tinggi akan membangkitkannya semula.

Biar orang benar besukacita! Tiada sebab untuk gusar atau khuatir, meskipun kamu sudah jatuh ke dalam kesusahan atau dosa. Taruhlah percayamu kepada Tuhan, sebab Dia akan mengangkatmu pada waktu yang ditentukan.