24:2
Sebab hati mereka belajar kebinasaan, dan bibir mereka berbicara kenakalan.
Jangan sesekali beriri hati dengan orang durjana; jangan sesekali mengingini persahabatan mereka (Ams 24:1). Allah tahu apa yang kelihatan akan menggodamu untuk mengagumi mereka, tetapi ada sebab-sebab yang kuat untuk menentang itu. Di sinilah salah satu sebab itu – akhlak mereka sudah babil dan matlamat-matlamat mereka jahat. Jika kamu mengasihi Allah, kamu akan membenci cita-cita dan niat mereka. Pendapat-pendapat mereka bertentangan dengan hikmah yang salih.
Ayat ini ialah bahagian kedua amsal ini. Bahagian pertama berbunyi, “Jangan kamu beriri hati terhadap orang jahat, dan juga jangan ingin berada bersama mereka” (Ams 24:1). Salomo memberi amaran kepada anak lelakinya di sini dan di tempat lain supaya tidak beriri hati dengan orang durjana atau untuk gusar terhadap apa yang nampaknya kemakmuran dan kenikmatan mereka (Ams 24:19-20; 3:31-32; 23:17-18). Daud telah mengajar dia ini (Maz 37:1-2,7-10; 73:1-3).
Allah membenarkan kenikmatan dan kejayaan kepada sesetengah orang durjana, sebab dunia ini satu-satunya syurga yang mereka akan dapat (Maz 17:14; Ayb 12:6-11; 21:7-26). Berkat sedemikian ialah kemakmuran orang bebal, dan hanya orang bebal yang tergoda olehnya (Ams 1:32; Maz 50:21; Yer 48:11-12). Keredaan terhadap gaya hidup orang kaya dan terkenal, yang digalakkan jauh lebih banyak dari dahulu, itulah yang dapat menggoda orang baik.
Tetapi amaran-amaran Allah dan Salomo jelas kedengaran: Jangan beriri hati terhadap mereka! Jangan gusar kerana mereka! Jangan ingin berada dengan mereka! Jangan peduli apa yang kelihatan; jadilah berhikmah; fikir lebih mendalam daripada pakaian yang cantik, kereta mewah yang laju, rumah agam, cuti mewah, dan banyak wang. Ada hal lain untuk dipertimbangkan yang jauh lebih penting dan juga hal pertukaran besar nasib masa depan.
Jadilah jujur dengan Allah (Yer 12:1). Pernahkah kamu harap kamu ada pasangan cantik mereka, rumah luas mereka, perniagaan besar mereka, anak-anak yang terdidik di sekolah yang paling baik, sanjungan orang ramai, kuasa ekonomi, dan sebagainya? Mereka tidak perlu khuatir tentang kehidupan yang berhati-hati dan yang berdisiplin untuk menyenangkan Allah – mereka boleh berbuat apa pun yang diingini mereka. Pernahkah kamu sesekali pun beriri hati akan gaya hidup mereka?
Mengapa kita tidak patut beriri hati kepada orang durjana? Pelajaran di dalam amsal ini adalah kerana akhlak mereka dicabuli dengan niat membinasa dan kenakalan. Mereka membinasakan kesucian seksual dengan seks bersahaja, perkahwinan dengan zina dan penceraian, menganggap karut hubungan sejenis sebagai waras, dan kanak-kanak yang dimanjakan teruk. Mereka berebut menghantar wang kepada para penyembah iblis di Haiti selepas bencana gempa bumi sementara memakai doktor pengguguran untuk mencabik-cabikkan anak yang belum lahir kerana mereka berkata tidak mampu membesarkan anak!
Mereka suka pembinasaan. Mereka membunuh anak belum lahir dengan pengguguran. Mereka membinasakan seni dengan Picasso, muzik dengan rap, dan kenikmatan dengan komedi – lawak jenaka. Mereka membinasakan syarikat-syarikat dengan kesatuan pekerja, merosakkan pandangan dunia betul dengan evolusi, dan mencabuli integriti kewangan dengan perbelanjaan defisit. Mereka merampas damai sejahtera rumah tangga dengan perempuan yang jelek dan anak-anak yang rosak dimanja. Mereka merosakkan sikap berjimat cermat dengan memakai kredit, merosakkan sikap suka berjerih lelah dengan bantuan kebajikan, merosakkan nyawa dengan melindungi para pembunuh, dan merosakkan cinta dengan nafsu. Mereka suka pembinasaan.
Mereka suka kenakalan. Mereka mengizin diri menonton tayangan gambar yang ganas dan kemudian hairan mengapa keganasan berlaku di sekolah. Mereka menyangkal ciptaan untuk menggalakkan evolusi lalu hairan mengapa muda-mudi berperangai seperti binatang. Mereka mengolok-olok kekuasaan bila-bila ada kesempatan dan hairan mengapa tiada orang yang ingin mentaati mereka. Mereka menggalakkan perbelanjaan sebagai nilai murni dan hairan mengapa tiada orang yang menabung. Mereka fikir dua lelaki di katil ialah perkahwinan dan dua perempuan dengan anak angkat ialah sebuah keluarga. Mereka suka kenakalan.
Dunia adalah babil dan sedang menjadi lebih teruk. Masyarakat tiada fikiran moral yang menguntungkan dalam beberapa generasi kebelakangan ini. Buat apa nak beriri hati dengan mereka? Seluruh dunia dan segala apa yang di dalamnya akan tidak lama lagi melebur dengan kepanasan membara oleh pembalasan wajar Allah kerana pemberontakan cabul mereka. Tetapi hal yang lebih penting daripada pembinasaan mereka yang pasti menjelang ialah ini: mengapakah kamu mahu digodai fikiran mereka yang rosak dan yang keji berkenaan segala hal? Belajarlah untuk membenci setiap jalan palsu (Maz 119:128)!
Orang salih tidak mahu bersangkut-paut dengan fikiran dan gaya hidup kebinasaan dan kenakalan. Mereka sebaliknya mahu bersikap gemar membangun dan menjadi mulia. Daripada membinasa, mereka mahu menyelamat. Daripada rancangan kenakalan, mereka mahu menguntungkan orang lain. Mereka membenci apa pun yang disfungsi, jadi mereka berdisiplin dan tertib dalam kehidupan untuk mengikuti hikmah, kebenaran, dan kewajaran. Tiada apa pun alasan untuk beriri hati dengan orang yang menjalani gaya hidup yang bertentangan dengan matlamat-matlamat kudusmu. Tolaklah mereka!
Harus mengapakah kita beriri hati dengan orang durjana? Kerana Allah membenci mereka dan akan menghakimi mereka (Ams 3:31-32). Kerana mereka akan dibinasakan dan bukan diberi ganjaran baik (Ams 24:19-20). Kerana hanya orang benar yang akan merealisasikan harapan (Ams 23:17-18). Kerana orang durjana akan diputuskan daripada kehidupan ini dan dihantar ke neraka di akhirat (Maz 37:1-2,7-10; 49:6-15; 73:17-20; 37:34-38).
Jangan menyukat kejayaan dengan keadaan sekeliling atau apa yang kelihatan (Luk 12:15). Kasih Allah bagi seseorang bukan biasanya dicerminkan oleh hartamilik mereka, terutamanya dalam kehidupan ini (Yak 2:5). Orang kaya pada hari ini akan mati pada hari esok dan di dalam seksaan api neraka, tetapi orang miskin pada hari ini boleh dengan mudah berada di Firdaus pada hari esok, sama seperti yang diajar Yesus (Luk 16:25).
Jangan teringin untuk berada bersama mereka, sebab mereka akan merosakkan adabmu yang baik tentang daya peka kesalihan dan perangai yang mulia daya itu (1Kor 15:33). Para peneman orang bebal akan dibinasakan, tetapi orang yang berhubung-kait dengan orang berhikmah akan menjadi berhikmah (Ams 13:20). Kecondongan kerap orang duniawi kepada kenakalan akan melemaskanmu di dalam masalah-masalah disfungsi kejahilan mereka. Jauhilah mereka! Jangan beriri hati dengan mereka! Tetapi sebaliknya pandang hina akan mereka dan permainan mereka!
Ada alasan-alasan sekarang untuk memandang hina orang durjana daripada beriri hati dengan mereka, tetapi ada juga suatu hari yang menjelang ketika kemakmuran dan kenikmatan orang benar dan orang durjana akan bertukar ganti sepenuhnya. Jangan hanya fikir akan kehidupan ini, yang dapat menjadikanmu tidak berharapan – sebab agama Kristian ialah utamanya agama untuk akhirat (1Kor 15:19; 2Kor 4:17-18). Orang baik akan tidak lama lagi memiliki tubuh yang dipermuliakan dan menikmati bumi dan syurga baru untuk selama-lamanya (2Pet 3:10-14).
Yesus Kristus tidak pernah beriri hati terhadap orang durjana atau mahu berada bersama mereka, kecuali mereka merupakan para pendosa yang bertaubat. Dia menghargai sukacita syurga dan kenikmatan, maka dengan itu penyaliban pun tidak dapat menjadikan Dia tawar hati (Ibr 12:1-2). Ketika Syaitan menawarkan kerajaan-kerajaan dunia, itu tidak menggodakan Dia (Mat 4:8-10). Akankah kamu, seperti Musa, membuang kenikmatan dan kekayaan dunia ini supaya dapat mengaitkan diri dengan seksaan dan keaiban Allah dan umatNya (Ibr 11:24-26)?