24:1
Jangan kamu beriri hati terhadap orang jahat, dan juga jangan ingin berada bersama mereka.
Iri hati terhadap orang jahat ialah perbuatan mengingini dan berdengki dengan kenikmatan dan kemakmuran mereka dalam dosa. Ia memikir bahawa gaya hidup yang kudus terlalu tegas. Ia melibatkan keinginan untuk berada bersama orang durjana dan berkongsi dalam kesukaan mereka. Tetapi fikiran demikian lupa akan kerosakan kehidupan mereka yang sia-sia dan akan Penghakiman yang menjelang, ketika orang benar akan diganjari dan orang durjana dibinasakan (Pkh 12:13-14).
Keterujaan dan kekilauan barang di dunia ini boleh membuat orang kudus ragu-ragu akan panggilan mereka untuk gaya hidup yang menyangkal diri sendiri. Asaf pun, yakni pemimpin puji sembah yang hebat yang dilantik oleh Daud, ada masalah tentang beriri hati dengan orang durjana. Pelajaran Asaf ialah petikan yang paling elok untuk hal ini (Maz 73:1-28). Daud dan Solomo juga memberi amaran terhadapnya (Ams 23:17-18; 24:19-20; Maz 37:1,7).
Lelaki beriri hati terhadap pelayan pelacur punya kepelbagaian cita rasa bebas. Isteri beriri hati terhadap kebebasan dan gaya hidup perempuan bujang. Lelaki beriri hati akan kekayaan dan kehormatan rakan sebaya yang bercita-cita tinggi. Kanak-kanak beriri hati akan permainan dan kebebasan rakan sebaya yang terlalu dimanjakan. Perempuan beriri hati terhadap perhatian yang diberi kepada perempuan yang berpakaian tidak senonoh. Lelaki beriri hati akan Hari Ahad yang bebas dipakai oleh orang yang menolak gereja. Para pengkhutbah beriri hati dengan bilangan besar ahli jemaah para pastor yang berkompromi.
Dosa memang ada kenikmatannya. Hanya orang bebal menafikan itu. Tetapi ada sedikit masalah dengan dosa yang setiap orang berdosa harus pertimbangkan. Kenikmatan dosa adalah sungguh singkat, yakni beberapa saat sahaja (Ams 20:17; Kej 3:7; 2Sam 13:1-20; Maz 36:1-2; Ibr 11:25). Tindakan berdosa oleh anak-anak Allah membawa rasa salah dan malu yang berjangka masa panjang (2Sam 24:10; Yer 31:18-19; Luk 22:62).
Kenikmatan dosa membawa bersamanya banyak kesan-kesan disfungsi (Ams 24:30-34; 29:15; Kej 19:30-38; 21:9-11; 38:11-26; 1Raj 11:1-8). Penghakiman dalam kehidupan ini berada di ambang pintu (Ams 13:21; Bil 32:23; 2Sam 12:7-12; 1Raj 14:6-13; 21:17-26; 2Raj 1:16). Dan juga ada padah penghakiman di akhirat yang kekal (Luk 16:19-26; Ibr 9:27; Wah 21:8).
Orang berhikmah percaya kepada Alkitab dan menyangkal dunia yang gila kenikmatan. Mereka mendambakan perkenan Allah lebih daripada kehormatan daripada para pendosa. Mereka berjalan dalam iman, jadi mata mereka sedang memandang ke syurga (2Kor 4:17-18; Ibr 11:6). Mereka tidak membiarkan iri hati para pendosa menumpulkan kepuasan atau damai sejahtera mereka dalam Kristus. John Newton pernah menulis, “Nikmat si duniawi lesap, semua kegemilangannya; sukacita apa yang kekal, hanya anak Sion mengenalnya”.
Orang Kristian yang kudus dan yang ghairah satu-satunya orang yang boleh diirihatikan di dalam dunia. Setiap perseteruan terhadap mereka membawa mereka berkat, dan setiap berkat ialah caruman benar di syurga. Jika kamu ingin mendambakan sesuatu, dambakan kurnia-kurnia rohani dan kemurahan-kemurahan Roh Kudus (Mat 5:6; 1Kor 12:31; Flp 3:8; 1Tim 3:1). Dan ingatlah selalu, kenikmatan orang durjana ialah penyesatan oleh Allah untuk menggemukkan mereka untuk pembantaian yang akan datang (Kej 15:16; Maz 50:21-22; Rom 9:17).