Amsal · Proverbs

24:3
Oleh hikmah rumah dibina; dan melalui pemahaman ia dimantapkan:

Harta dan keluarga yang makmur dan yang tahan lama dibina oleh hikmah, pemahaman dan pengetahuan. Tiada jalan pintas. Tiada pilihan jalan lain. Orang bebal dan jahat mungkin dilihat membina rumah besar semata-mata, tetapi ia akan dirobohkan tidak lama lagi. Peraturan ini tiada jalan tipu. Jika kamu berkompromi dengan hikmah, kamu akan kehilangan keluargamu dan hartamu.

“Rumah” kamu bukan sahaja bangunan yang didiamimu. Ia termasuk keturunanmu dan harta yang dapat dipusakakan itu. Memang ia termasuk rumah bangunanmu itu tetapi janganlah mencairkan pelajaran amsal ini. Hikmah dan pemahaman di sini jauh lebih daripada lukisan perancangan pembinaan yang kreatif (Ams 11:29; 14:1,11; 15:25,27).

Orang jahat memang mungkin dapat dilihat memiliki keluarga yang besar dan yang makmur, tetapi jangka masa itu singkat sahaja. Pertimbangkan apa yang telah diperhatikan Daud, “Nantikanlah TUHAN, dan peganglah jalannya, dan dia akan menyanjungimu supaya mewarisi tanah itu: apabila orang durjana dipotong keluar, kamu akan melihat itu. Aku pernah melihat orang durjana dengan kuasa yang besar, sedang kala meluaskan dirinya seperti pokok hijau yang besar. Namun dia meninggal, dan, lihatlah, dia lesap: ya, aku mencarinya, tetapi dia tidak dapat ditemui.” (Maz 37:34-36).

Orang benar ingin meninggalkan warisan keluarga yang salih dan makmur di dunia ini (Ams 5:16-18; Maz 127:3-5; 128:1-6; 144:12-15; Mal 2:15). Mereka ingin mendidik anak dan cucu untuk menyambungkan kebenaran Allah di bumi ini (Ula 4:9-10; 6:4-9; Maz 78:1-8; Yoel 1:1-3).

Pertimbangkan rumah Abraham dari segi saiz dan mutu. Bangsa Israel itu datang daripadanya, iaitu bangsa yang dia telah bina dan mantapkan melalui hikmah dan pemahaman (Kej 12:1-3; 18:19; Neh 9:7-8). Dia takut akan Allah dan hidup beriman lebih daripada sesiapapun pada generasinya itu (Gal 3:9).

Pertimbangkan rumah-rumah Lot dan Eli dari segi jangka masa dan kehormatan. Lot hilang segalanya dan menajiskan anak-anak perempuannya sendiri (Kej 19:30-38). Keluarga Eli yang berperanan imam itu dipotong keluar dan dibinasakan oleh kerana kompromi seorang ayah yang sentimental dan yang lemah (1Sam 2:27-36; 3:11-18).

Keluargamu dan hartamu hanya akan makmur melalui hikmah dan pemahaman, yang terang-terang terkandung dalam Alkitab. Jika kamu hidup dengan apa pun cara yang lain, kamu terkutuk kepada hidup yang ada masalah, kesakitan, dan kebinasaan. Rendahkanlah dirimu, dan sokongilah rumahmu dengan Firman Allah. Lakukannya pada hari ini juga!

Rumah Allah, iaitu gereja, dibina dan dimantapkan dengan cara yang sama, oleh hikmah dan pemahaman. Dasarnya diletakkan dalam Tuhan Yesus Kristus, dan setiap hamba Allah membina dengan hanya memakai emas, perak dan batu-batu permata. Ini adalah kerana api ujian Tuhan akan menghanguskan apapun kayu, rumput kering atau jerami. Biar setiap doktrin dan amalan setiap gereja berdasarkan hanya kepada hikmah suci dan pemahaman Alkitab (1Kor 3:11-15).