25:10
Supaya jangan dia yang telah mendengarnya mengaibkanmu, dan aibmu itu tidak dapat dihilangkan.
Gosip boleh merosakkan reputasimu. Namun demikian gosip sungguh mudah. Orang berhikmah akan tahu bahawa kamu durjana dan akan menegurmu, dan kamu akan dimalukan dan diaibkan. Pelajarannya mudah: jangan bercakap kritikal atau negatif tentang orang lain; jangan menyebarkan berita atau khabar angin; jangan memfitnah sesiapa pun. Gosip ialah dosa yang keji, dan ia boleh dengan kekal merosakkan reputasimu.
Ayat ini setengah amsal. Bahagian pertamanya berbunyi, “Perbahaskan perkaramu dengan diri jiranmu sendiri; dan jangan mendedahkan rahsia kepada orang lain” (Ams 25:9). Orang baik hanya membincangkan perbezaan atau pelanggaran dengan orang yang terlibat bukan dengan orang lain. Jika kamu memberitahu orang lain tentang sesuatu percanggahan dengan seseorang, maka orang lain akan tahu bahawa kamu jenis orang yang suka membenci, berniat jahat, dan durjana.
Yesus Kristus mengajar peraturan sama tentang kesalihan dan hikmah. Dia berkata, “Lebih-lebih lagi, jika saudaramu berdosa terhadapmu, pergilah dan beritahu dia kesalahannya di antara kamu dan dia sahaja” (Mat 18:15). Jika kamu tidak dapat melepaskan pelanggaran seseorang yang lain, maka pergi beritahu dia kesalahannya. Daripada memberitahu orang lain tentang masalahnya, beritahu dia sendiri. Peraturannya jelas dan muktamad.
Ketika adanya masalah dengan seseorang, ia kejam dan berniat jahat untuk memberitahu orang lain tentang itu. Kamu berbuat demikian untuk memburuk-burukkan dan merosakkan nama baik pihak itu dan untuk memperoleh simpati bagi dirimu sendiri. Kamu berusaha melukakan reputasi orang lain dan menyanjungi reputasi sendiri. Allah Yang Maha Kudus menganggap niat dan perilaku sedemikian sebagai membunuh (Mat 5:21-26). Berhati-hati!
Kamu patut mengekalkan perselisihan dan pelanggaran di antara dirimu dan musuhmu. Jika kamu memberitahu orang lain tentang mereka, ia dipanggil sebagai gosip. Di dalam Alkitab, itu dipanggil sebagai mengumpat, membawa mulut, berlidah panjang, dan berbisik, jika apa yang dikhabarkanmu itu benar. Ini merupakan dosa-dosa teruk yang Allah benci. Jika kamu berbohong tentang sesuatu perkara, maka itu juga dipanggil sebagai memfitnah. Meskipun dosa-dosa ini popular dan tidak lagi ditentang khutbahzaman kini: ia masih keji di pandangan Allah.
Orang yang salih memandang hina layanan jahat demikian kepada orang lain, dan mereka akan memandang hina orang yang sedang melakukan jahat itu. Ia tugas yang mulia untuk berbuat demikian. Salomo telah menulis, “Angin utara menghalau hujan: demikian juga muka marah kepada lidah yang mengumpat” (Ams 25:23). Ia sungguh teruk bahawa kebanyakan orang berhikmah tidak memalukan pengumpat, pembawa mulut, pembisik, pemfitnah, dan orang yang bergosip dimalukan dengan teguran yang marah (Ima 19:17; 1Tes 5:14).
Jika kamu ada masalah dengan orang lain, dan kamu tidak dapat melangkauinya dengan mulia, maka pergilah kepada dia seorang diri dan selesaikannya dengan belas ihsan Kristian. Taruh suatu penjaga pada hatimu, dan jangan sesekali pun fikir untuk memberitahu orang lain. Hanya ucapkan apa yang baik dan yang murah hati tentang orang lain. Biar reputasimu mulia dan berbudi baik, dan selalu membina orang lain (Efe 4:29; Kol 4:6).