Amsal · Proverbs

25:9
Perbahaskan perkaramu dengan diri jiranmu sendiri; dan jangan mendedahkan rahsia kepada orang lain.

Ujilah akhlakmu. Sukatkanlah kemuliaanmu. Semak nilai murnimu. Di sinilah suatu kunci peraturan hikmah yang kebanyakan orang langgari setiap hari. Bezakan dirimu di hadapan Allah dan manusia. Adakah kamu berbudi bahasa? Dapatkah kamu dipercayai? Pilihan dan disiplin akhlak yang hebat ada di sini. Orang mulia mengendalikan hal dengan peribadi untuk melindungi reputasi dan mengurangkan masalah.

Hal peribadi dan hal persendirian harus kekal peribadi dan persendirian. Jika kamu ada hal dengan seseorang, pergi selesaikan itu dengan dia. Tiada orang yang lain patut tahu. Memberitahu sesiapa pun yang lain tentang itu ialah dosa memfitnah, membisik, dan membawa mulut. Kamu bukan sahaja harus mengamalkan peraturan hikmah ini bagi dirimu, kamu patut dengan tekun membantu orang lain mengamalkannya juga (Ams 25:23).

Di sinilah hikmah yang kaya. Solomo mengutuk kesilapan yang biasa. Kebanyakan orang suka diri sendiri dan membenci orang lain. Maka mereka mengongsikan hal persendirian dengan orang lain yang tidak terlibat, daripada menyelesaikannya dengan peribadi dan dengan rahsia. Kebanyakan perselisihan dan perbalahan di antara manusia disebabkan oleh pelanggaran kerap amsal yang mudah ini (Ams 26:20-22; 16:28; 18:8).

Mendedahkan maklumat persendirian tentang orang lain adalah untuk merogol nama baik mereka. Ia pelanggaran yang serius. Ia dirumuskan dalam Sepuluh Hukum dengan perkara yang keenam, “Kamu tidak akan membunuh”, sebab mana-mana perbuatan benci terhadap orang lain telah melanggari hukum ini (Mat 5:21-22). Hanya orang bebal atau orang durjana tidak mempedulikan akhlak atau nama baik orang lain.

Kuantiti dan kekerasan amaran-amaran Alkitab terhadap dosa ini membuktikan betapa banyak Allah membencinya. Dosa ini ditangani di kedua-dua wasiat beberapa kali (Ima 19:16; Maz 15:3; Rom 1:29-30). Solomo dengan kerap mengutuk itu dalam amsal-amsal ini (Ams 11:13; 20:19; 26:22). Jika kamu mengasihi jiranmu, seperti di dalam perintah Allah yang kedua, kamu akan berurus dengan persendirian.

Ia sangat mudah untuk melanggari peraturan ini dengan pasangan atau keluarga. Kebanyakan orang akan menyatakan sesuatu hal kepada pasangan, iaitu hal yang mereka tidak akan sebut kepada orang lain; tetapi kerosakan sudah dibuat – nama baik orang lain sudah dirosakkan, dan mereka telah mengotori pandangan pasangan mereka terhadap orang yang disebut itu. Keluarga hanya harus membincangkan kesilapan atau pelanggaran di antara diri mereka sendiri jika perlu untuk tujuan yang salih.

Berjaga-jaga akan pengaruh terhadap dosa ini. Telefon bimbit membenarkan panggilan, emel, mesej, atau tweeter, dengan mudah. Komunikasi yang senang – di mana-mana dan bila-bila sahaja – membenarkan dirimu mudah melepaskan geram terhadap orang lain. Tetapi sesudah kata-kata yang melulu atau yang mengikut perasaan telah diluahkan, kamu menjadi si bebal. Media-media massa dan bintang-bintang berbuat demikian setiap hari, dan membentuk suatu pandangan yang palsu bahawa perangai demikian boleh diterima. Tolaklah mereka! Tunjukkanlah pilihan yang mengasihi dan disiplin yang mulia bagi akhlak yang kekurangan dalam diri mereka!

Ada dua jenis punca perselisihan dengan jiranmu. Ia sama ada mereka telah menyinggungmu dengan tindakan mereka, atau pun kamu telah menyinggung mereka dengan tindakanmu. Bagi kedua-dua kes, peraturannya adalah sama: selesaikan hal itu secara langsung dengan mereka. Jangan bocor mana-mana pengetahuan hal itu kepada orang lain. Kemurahan dan hikmah akan mengekalkan hal itu rahsia di antara kamu berdua.

Yesus mengembangkan lagi amsal ini dengan sungguh indah. Dia dengan jelas mengajar tindakan yang harus kamu buat ketika orang menyinggungmu. Dia berkata, “Lebih-lebih lagi, jika saudaramu berdosa terhadapmu, pergilah dan beritahu dia kesalahannya di antara kamu dan dia sahaja: jika dia mendengar katamu, maka kamu telah memenangi seorang saudara” (Mat 18:15). Perhatikan bentuk kata-katanya yang teliti untuk mengekalkan hal itu sebagai persendirian.

Dia juga memakai itu ketika kamu menyinggung orang lain. Dia berkata, “Oleh itu, jika kamu membawa persembahanmu ke mazbah, dan di sana teringat akan saudaramu yang ada sesuatu terhadap engkau; Tinggalkanlah persembahanmu itu di depan mazbah, dan pergilah menurut jalanmu; berdamai dahulu dengan saudaramu, dan barulah kembali dan persembahkan persembahanmu itu” (Mat 5:23-24). Sekali lagi, hal itu dihadkan kepada orang yang tersinggung itu.

Kebanyakan pelanggaran peribadi harus diselesaikan dengan melangkauinya dan melupakannya (Ams 19:11). Orang yang hebat mengampuni dan tidak mempedulikan hal-hal yang sebegitu remeh (Mat 18:21-35; Efe 4:31-32; Kol 3:12-15; 1Kor 13:4-7). Tetapi jika kamu tidka dapat melangkaui secara mulia hal itu, sekurang-kurangnya tunjukkanlah integriti dan kewajaran dengan mengekalkannya persendirian di antara mereka denganmu (Ams 17:9).

Hikmah amsal ini dan amalan-amalan mulianya harus diajar kepada kanak-kanak, seperti amalan dahulu kala. Membawa mulut atau gosip harus dikutuk dengan tegas dan dihukum. Kasih terhadap orang lain dan nama baik mereka harus dijelaskan dan dikuatkuasakan. Cabutlah tunas mana-mana pun kecenderungan terhadap kecuaian atau pembalasan dengan mengongsikan maklumat tentang orang lain.

Agama Kristian mewajibkan kasih yang teliti bagi orang lain, iaitu kasih yang dunia tidak kenal. Dua perintah telah diberi untuk mengawal kehidupan – mengasihi Allah dan mengasihi orang lain (Mar 12:28-31). Mengasihi orang lain lebih tinggi darjatnya daripada memegang jawatan rasul (1Kor 12:28-31; 13:1-3) dan ia ditakrifkan dengan sungguh ajaib (1Kor 13:4-7). Mengasihi musuh pun dianggap sebagai bukti keselamatan (Mat 5:43-48). Melindungi nama baik orang lain bukan sahaja berhikmah, ia kasih yang menunjukkan bahawa kamu anak Allah.