Amsal · Proverbs

25:11
Suatu perkataan yang sesuai diucapkan adalah seperti buah-buah epal emas di dalam gambar-gambar perak.

Berapakah indahnya ucapanmu? Akankah para pendengar membandingkannya kepada seni lukisan atau ukiran? Raja Salomo memuji ucapan yang baik dalam amsal ini dengan mengupamakannya kepada pemandangan yang istimewa. Di dalam kotamu ada banyak lukisan atau ukiran buah-buahan di dalam mangkuk dan apa pun latar yang lain. Buah epal biasanya dipakai. Rumah mewah dihiasi dengan seni sedemikian yang cantik.

Di sinilah suatu perumpamaan simili yang mudah, suatu kiasan untuk persamaan. Kiasan simili ini dikenalpastikan dengan perkataan “seperti”. Buah-buah epal, emas, gambar-gambar, dan perak bukanlah pokok perbincangan sebenar amsal ini. Ia hanya ada nilai persamaan atau nilai perbandingan yang dipakai bergabung sebagai suasana yang indah. Ucapan yang wajar dipuji dan disyorkan dengan mengibaratkannya dengan gabungan keindahan benda-benda itu.

Apakah “gambar” terutamanya sebelum zaman fotografi? Sementara pemakaian “gambar” yang lain tidak mentakrifkan perkataan ini (Bil 33:52; Yes 2:16), kamu patut mencari sebuah kamus yang merumuskan erti perkataan Bahasa Inggeris ini - “picture”.

Picture. A painting, drawing, sculpture, statute or other symbolic representation of some thing as a work of art.

Gambar. Suatu lukisan, ukiran, atau patung atau apa pun lambang simbolik sesuatu dengan karya seni.

Dapatkah kamu membayangkan buah-buah epal emas di dalam lukisan atau ukiran perak? Iaitu seperti di dalam bakul atau mangkuk perak? Betapa cantiknya gabungan warna dan gambar itu! Demikian juga kata-kata yang disebut dengan baik sekali!

Seperti yang dinyatakan ayat kemudian, Salomo sekali lagi memakai kiasan simili untuk memuji dan menggalakkan ucapan yang baik (Ams 25:12). Sementara masih memakai kiasan emas, dia menyamakannya dengan barang kemas tulen. Kamu patut dengan mudah menanggapi pelajarannya yang memberi saranan untuk belajar bertutur dengan baik.

Kata-kata yang dipakai dengan cara yang wajar pada waktu yang wajar adalah ajaib. Orang yang meluahkan kata-kata itu layak untuk ciuman pada bibir (Ams 24:26). Kata-kata wajar demikian adalah ajaib (Ams 15:23,26; 16:13,24; 22:11; Pkh 12:10; Kol 4:6). Akankah kamu bermula pada hari ini untuk mencantikkan pertuturanmu?

Sesetengah orang telah dengan bebal berkhayal bahawa amsal ini membuktikan suatu peraturan penting hermeneutika atau tafsiran Alkitab – sepatah kata adalah lebih penting daripada konteks. Mereka membayangkan sepatah perkataan adalah seperti emas dan konteksnya adalah seperti perak, dan sementara emas lebih berharga daripada perak, maka satu perkataan tunggal adalah lebih penting daripada konteksnya. Berani benar! Hikmah sebegitu terlalu tinggi bagi kita (Maz 131:1), sementara Roh Kudus tidak membincangkan hal hermeneutika di sini, dan terutamanya peraturan tersebut bercanggahan sepenuhnya kepada pemahaman petikan Alkitab.Ya Tuhan, tolonglah kami.

Tambahan pula, sepatah kata bukanlah isi atau pelajaran amsal ini. Paulus telah memakai lebih daripada sepatah kata ketika memberi gesaan (Kis 13:15). Dan dia memanggil surat Ibrani, “kata gesaan”, ketika menutup surat yang panjang itu (Ibr 13:22). Salomo dan kamu memakai perkataan “kata” dengan demikian,untuk melambangkan sesuatu yang dikatakan, kerap kali (Ams 12:25; 13:13; 14:15; 15:23; Pkh 8:4).

Bagaimanakah Yesus Kristus berbicara? Dengan indah sekali! Saumaah di Nazaret tidak dapat percaya adanya kata-kata demikian(Luk 4:22); Maria tidak cukup puas mendengarnya (Luk 10:39); Musuh-musuhNya memuji kata-kataNya (Yoh 7:46); Lidahnya yang indah dan pilihan kata-katanya telah dinubuatkan dari dahulu kala (Yes 50:4). Bersukacitalah dalam kata-kataNya seperti yang dicatatkan Alkitab, dan tiru itu juga.