25:15
Dengan kesabaran yang panjang seorang penguasa dapat dipujuk, dan lidah yang lembut mematahkan tulang.
Bolehkah kamu memenangi pihak berkuasa? Kelemah-lembutan akan mengatasi kekuasaan. Apakah yang paling berkesan terhadap orang yang marah? Penundukkan akan memadamkan pembalasan. Di sinilah hikmah yang berharga untuk menjadi berjaya dalam perhubungan. Balasan yang berdasarkan hati naluri jarang berjaya.
Hikmah melibatkan kemampuan untuk memujuk pihak berkuasa, yang merupakan pengetahuan yang sungguh berguna. Pihak berkuasa dalam kehidupan ialah ibubapa, suami, majikan, kerajaan sivil, dan pastor. Mereka digerakkan lebih oleh kehormatan sabar daripada perbahasan berani. Walaupun perjuanganmu mungkin penting dan betul, hikmah memanggil untuk rayuan yang berhati-hati dan yang menghormati.
Di sinilah hikmah besar untuk berurusan dengan pihak atasan. Kamu mungkin perlu memujuk seorang bos bagi hal kepentinganmu atau memujuknya supaya tidak menghukum pelanggaranmu. Amsal di sini berkaitan dengan pujukan, tetapi hikmah yang sama juga dipakai di dalam hal pemujukan mengelak hukuman juga (Pkh 10:4). Peraturan ini, kalau dipelajari dan diingati, akan memberi kemahiran yang besar dan yang berdamai sejahtera untuk berurus dengan kekuasaan.
Dunia ini mengajar hikmah yang bertentangan, dan hasilnya sungguh buruk. Menuntut jalanmu dan mengharapkan kekuasaan untuk mempertimbangkan pendapat-pendapatmu atau tuntutanmu ialah pemberontakan yang angkuh dan yang menghasilkan kepahitan. Daripada menggerakkan suatu kekuasaan terhadap kepentinganmu, ia akan memaksanya untuk menguatkan lagi kedudukannya dan menghukum derhaka yang biadap.
Sifat manusia adalah angkuh, suka memberontak, dan mementing diri sendiri. Ia menganggap semua orang dicipta setaraf dan ada banyak hak. Tetapi Alkitab menolak anggapan yang sebegitu angkuh. Tiada dua orang yang diciptakan setaraf, dan sesetengah ditaruh ke dalam lima jawatan yang sudah disenaraikan tadi yang memberi mereka kuasa ke atas orang lain. Allah telah menciptakan jawatan-jawatan kekuasaan, dan menyanjunginya menjadikan masyarakat hebat. Tidak menghormati kekuasaan ialah masalah yang meluas di dalam dunia yang cabul dan yang suka memberontak ini.
Solomo telah mengarang sebagai seorang monarki, di zaman ketika seorang raja dan penguasa ada kekuasaan yang besar. Mereka ada kuasa melanjut atau memutuskan nyawa seseorang, dan tiada pemisahan kuasa untuk dikongsi, ancaman keputusan juri yang tergantung, media-media massa yang bercampur tangan, atau apa pun penghambatan kepada arahan. Contoh dalam amsal ini ialah putera. Solomo telah memberimu hikmah ilahi untuk membantumu memujuk kekuasaan yang besar untuk mempertimbangkan dirimu dan kepentinganmu. Kebanyakan hal kehidupan melibatkan perbuatan meyakinkan orang lain, maka pelajaran ini penting.
Bersabar adalah untuk menanggung perselisihan atau layanan yang buruk. Ia sikap panjang sabar derita menghadapi kesusahan. Ia dipakai di sini untuk menjelaskan pendekatan yang sabar dengan kekuasaan. Jika kamu berusaha untuk memujuk pihak berkuasa untuk berubah, kamu harus menunggu untuk mereka mempertimbangkan kepentinganmu. Menuntut secara tidak sabar untuk perubahan pihak berkuasa akan sama sekali menentang dirimu. Tunggu untuk mereka.
Lidah yang lembut ialah metonim untuk ucapan yang lemah-lembut dan yang hormat (Ams 15:1). Ia sebegitu berkesansehingga ia disebut mampu mematahkan tulang seorang penguasa. Daripada berhujah dan membahaskan kes kamu, suatu rayuan yang hormat jauh lebih berkesan. Kata-kata yang agresif dan yang kasar adalah biadap terhadap jawatannya yang penting dan menyerang integriti kekuasaannya. Daripada tenang mempertimbangkan kepentinganmu, dia akan mempertahankan kedudukannya dan pangkatnay dengan menolakmu.
Semakin rendah kamu merendahkan diri, dan semakin tinggi kamu menyanjungi orang kerana pangkatnya, semakin besar pengaruh yang kamu ada terhadapnya. Pada kadar kamu melindungi dirimu dan mencairkan pendekatan yang menyegani, yang lemah-lembut dan yang sabar ini, kamu memadamkan pengaruh ini. Hikmah memang berfaedah untuk memimpin.
Daud dengan mahir telah memakai hikmah ini dengan merayu kepada Raja Saul untuk berbelas kasihan (1Sam 24:1-22; 26:1-25). Dan Abigail, seorang perempuan yang cantik dengan pemahaman yang besar, memakainya untuk memujuk Daud terhadap pembalasan, ketika Daud meradang terhadap suaminya (1Sam 25:1-42). Bacalah tiga bab ini dengan tumpuan kepada pilihan kata-kata oleh Daud dan Abigail.
Hai anak, suatu surat yang hormat dan yang murah hati kepada ibubapa akan jauh lebih berkesan daripada bertengkar atau memuncung bibir. Kedua-dua tindakan ini menandakan bahawa kamu budak yang rosak perangai dan tidak layak untuk apa pun. Berterima kasih kepada ibubapamu untuk kebaikan mereka terhadapmu, dan isytiharkan kasihmu dan ketaatanmu kepada mereka. Dengan rendah hati nyatakan permohonanmu. Ingat untuk menunggu dengan sabar untuk jawapan mereka. Mereka tidak berhutang kepadamu.
Hai kaum isteri, rayuan yang hormat dan yang menunduk kepada suamimu, dengan waktu dan tempat yang dipilih dengan sungguh teliti, akan jauh lebih berkesan daripada tuntutan-tuntutan yang bongkak, hak-hak yang dianggap betul, atau melaparkannya secara seksual. Ingat, dia tidak berhutang apa pun kepadamu pada saat yang kamu mahu. Tunggu dengan sabar untuk dia mempertimbangkan permohonanmu. Sarah dan Batsyeba memanggil suami mereka tuan, dan mereka memperoleh permohonan yang besar daripada lelaki yang sungguh berkuasa. Perempuan yang salih menyerahkan “hak-hak” mereka untuk mendapatkan keistimewaan.
Majikan dan kerajaan harus dilayani dengan cara yang sama. Suatu aduan suasana tempat kerja yang kurang baik atau aduan suatu tugasan yang tidak diingini lebih baik diterima ketika dibuat dengan hormat dan dengan sabar berbanding kepada perbuatan menuntut, sikap tidak tunduk, atau ancaman-ancaman. Setiap orang tahu bahawa pihak polis trafik membalas dengan lebih baik kepada jawapan yang menghormati daripada jawapan yang angkuh.
Pemakaian salih hikmah ini akan membawa damai sejahtera dan kemakmuran ke dalam kehidupanmu, dan ia akan menyanjungi kekuasaan salih di bumi dengan hormat yang berhati-hati dan yang bersabar bagi pihak berkuasa. Pelajaran ini telah ditulis oleh raja yang bijaksana bagi keuntunganmu. Percayalah kepadanya. Semoga Tuhan Yesus Kristus, Penguasa segala penguasa, diberi segala kehormatan yang layak bagiNya.