25:16
Sudahkah kamu menemui madu? makanlah sebanyak yang mencukupi bagimu, supaya jangan kamu dipenuhi dengannya, lalu memuntahkannya.
Kesederhanaan dalam segalanya. Terlalu banyak apa yang baik boleh menjadi tidak baik. Terlebih memakai apapun adalah penyalahgunaan. Allah dan Salomo mahu kamu memaksimakan pemakaian benda dalam kehidupan dengan tidak terlampau memakai mana-mana pun di antaranya. Ini merupakan peraturan yang penting akan hikmah dan kejayaan bagi kehidupanmu.
Allah menciptakan madu yang merupakan kurniaan yang manis bagi deria rasa, dan ia baik bagi tubuhmu. Namun terlalu banyak boleh menyenakkan deria-deriamu dan menjadikanmu mual. Ketika kamu menemui sesuatu yang menyenangkan, pakainya dengan berhemat bagi tujuannya yang wajar, supaya jangan ia menjadi jerat kepada jiwamu, dan kamu akhirnya membencinya.
Madu untuk setiap orang adalah berbeza. Apakah yang manis kepada deria rasamu tetapi menggodamu untuk terlampau menuruti hati? Apakah madumu? Ia tugasmu untuk mengenalpastikan kenikmatan-kenikmatan yang paling menambat hatimu dan menguasai pengunaannya (1Kor 9:25). Apakah madumu? Makan hanya sedikit.
Madu adalah baik dan menyenangkan (Ams 16:24; 24:13). Madu tidak terlarang; ia kurniaan Allah. Bersyukurlah untuknya. Tetapi terlalu banyak tidak baik (Ams 25:27). Bagaimanakah sesuatu yang sebegitu baik menjadikanmu muntah? Dengan membuktikan bahawa keterlampauan adalah tidak baik! Keterlampauan, yang merupakan terlalu banyak, menunjukkan bahawa benda-benda yang baik ada penggunaan yang terhad. Pakailah itu sehingga cukup, untuk tujuannya yang wajar, dan tidak melebihi itu.
Allah dengan kaya memberi anak-anakNya segalanya untuk dinikmati (1Tim 6:17), tetapi segala benda itu harus dipakai dengan kesederhanaan (Flp 4:5). Dia tidak memandang dari jauh-jauh untuk melihat bagaimana kita memakai pemberian-pemberianNya, seperti yang banyak orang bayangkan. Tuhan berada dekat. Dia menjadikan manusia lurus hati dan memberinya banyak pemberian, tetapi manusia telah mencari banyak rekaan (Pkh 7:29). Dan salah satu rekaan ialah keterlampauan!
Generasi ini suka keterlampauan. Mereka berbangga menjadi ekstrim! Orang Kristian haruslah mengelak apa pun yang tidak sederhana. Pemberian-pemberian Allah akan makanan dan minuman telah disalahgunakan untuk membinasakan jiwa. Kelahapan dan kemabukan melampaui daya penerimaan perut dan hati manusia (Luk 21:34). Para pemuda bergelojoh sampai mereka muntah; para pemabuk berbuat sama dan tidur di dalam muntah mereka. Mereka berdosa terhadap amsal ini.
Hikmah di sini ialah sebenarnya moral dan rohani, namun ia juga mengandungi nasihat nutrisi. Madu dan apa pun kanji yang biasa atau yang sudah diproses ialah penyebab utama akan keobesan [kegemukan] dan apa pun celaka yang memberi kesan kepada kesihatan. Ketika kemakmuran mencurahkan bekalan pelbagai gula dan karbohidrat yang tidak terhenti-henti, masyarakat yang berlebih-lebihan boleh gelojoh sampai kepada epidemik diabetes [penyakit kencing manis]!
Pertimbangkan kurnia-kurnia lain Allah untuk menanggapi pelajarannya. Allah telah memberi roti untuk menjadikan hati kuat (Maz 104:15), tetapi keterlampauan memakan roti, bijirin sarapan, pasta, biskut, kek, makanan ringan, piza, dan apa pun hasil bijian yang lain membinasakan hati. Allah telah memberi wain untuk menjadikan hati gembira (Maz 104:15), tetapi kemabukan ialah dosa keterlampauan yang boleh menyebabkan sakit jantung yang teruk (Efe 5:18).
Salomo memperakukan pemakanan dan peminuman untuk tenaga, daripada memperakukannya untuk kenikmatan. Memang ada kenikmatan dalam hal makan, tetapi ia tidak harus menguasaimu. Dan dia memuji negara-negara dengan undang-undang dan teladan-teladan akan penguasaan diri (Pkh 10:16-17). Bufet [jamuan berselerak] mungkin berkat yang baik untuk kepelbagaian, tetapi ia kekutukan bagi orang yang cenderung kepada seleranya. Kamu patut makan untuk memuaskan kelaparan dan menyanjungi kesihatan. Dapatkah kamu percaya, “Kecukupan setaraf dengan jamuanraya ”?
Bagaimana dengan perkahwinan? Penemanan dan kasih ialah pemberian besar daripada Allah, tetapi kamu harus hidup tanpa ia menghanguskan kehidupanmu (1Kor 7:28-35; Maz 73:25-26). Bagaimana pula dengan hobi dan hiburan? Ia boleh menjadi suatu peralihan perhatian yang menyenangkan, tetapi terlampau banyak penekanan dan ia akan membawa kemiskinan dan membazirkan masa (Ams 21:17; Efe 5:16).
Bagaimana pula dengan senaman tubuh? Ia ada kurang keuntungan, tetapi keterlampauan boleh merugikan jiwamu dengan meninggalkan hal-hal yang lebih penting terabai (1Tim 4:8). Bagaimana pula dengan hikmah? Dapatkah kamu ada terlalu banyak hal-hal ini? Ya, sememangnya demikian, kalau disalahgunakan! Pengkhutbah memberi amaran terhadap keterlampauan, seperti orang Farisi pada zaman Yesus (Pkh 7:16).
Pertimbangkan seks. Ia salah satu daripada kenikmatan manis kehidupan – dikecapi dan dinikmati di dalam perkahwinan sahaja, dan kemudian hanya di dalam batasan-batasan yang salih. Jika ia salah ditekankan, keinginannya akan menghanguskan orang bujang, dan ia akan merosakkan perkahwinan kepada amalan-amalan yang mementingkan diri sendiri. Suatu luahan cinta yang indah boleh dengan mudah menjadi suatu upacara kepahitan.
Amsal ini juga boleh dipakai terhadap persahabatan (Ams 25:17). Terlalu banyak kawan ialah terlalu banyak! Jika kamu keterlaluan dalam perhubungan, kamu akan kehilangan kawan, kerana mereka tidak boleh menanggungmu atau bertahan dengan keterlampauanmu. Kurniaan indah persahabatan yang ditekankan sampai kepada keterlampauan akan berubah menjadi kebencian, dan kemudian kamu sudah merosakkan satu lagi berkat yang berharga dengan sikapmu yang terlalu menuruti hati.
Sikap menuruti hati yang keterlampauan dalam apa pun kenikmatan akan menumpulkan selera dan kenikmatan benda itu, sehingga kamu memerlukan lebih banyak jumlahnya untuk memberimu kenikmatan yang asal itu. Semakin banyak makanan mewah yang kamu makan, semakin kurang nikmat yang dialami ketika keluar makan istimewa. Semakin kamu mengembara untuk perniagaan, semakin kurang kamu menikmati suatu pelancongan bersama isterimu. Pelajarannya dari pengalaman memang mudah: terlampau banyak sesuatu apa pun akan merampas banyak nikmatnya (Ams 27:7).
Memandang kepada perempuan yang bukan isterimu, dan itu berdosa, akan mengurangkan kenikmatan isterimu. Ia tidak akan memperkasakan penghargaanmu akan dia. Sesekalipun kamu memulakan dosa itu, kamu akan memerlukan lebih perangsangan untuk mendapat kenikmatan yang sama yang kamu dahulu dengan mudah dapat bersama isteri. Sesudah menumpulkan deria-deriamu dan kenikmatanmu, kamu harus kemudian menyelam lebih dalam ke dalam parit najis keterlampauan dan minum lebih lama untuk mendapatkan kenikmatan asal itu. Dosa berbohong, seperti ia membawamu ke dalam neraka.
Hai pembaca Kristian, apakah madumu? Dalam kesederhanaan ia baik, tetapi dalam keterlampauan adakah ia berdosa? Adakah ia pemakanan, keluarga, peminuman, kerja, perkahwinan, hobi, senaman, seks, atau sesuatu hal yang lain? Apakah madumu? Kamu akan ada godaan yang paling besar untuk tidak menguasai diri dengan hal-hal itu yang manis dan yang menyenangkan dirimu. Apakah madumu? Kamu harus mengenalpastikan beban-beban ini atau dosa-dosa ini, supaya kamu boleh mengetepikannya untuk berlari dalam perlumbaan kehidupan dengan berjaya (Ibr 12:1-4).
Sesudah kamu mengenalpastikan madu dalam kehidupanmu, berapa banyak lagi kenikmatan yang harus kamu cari dalam pemakaiannya? Sehingga kamu mual? Oh tidak, kamu sudah jauh melampau dengan demikian. Penguasaan diri yang salih dan kesederhanaan mengelak keterlampauan, maka kamu harus mengekalkan dirimu pada jarak selamat daripada garisan yang berdosa itu. Sebenarnya, orang yang ikhlas akan mempertimbangkan secara kiasan metafora memotong leher, memotong tangan, atau mencungkilkan mata supaya mengelak malah godaan keterlampauan pun (Ams 23:2; Mat 18:8-9).
Ada madu untuk orang Kristian, madu yang tidak terbatas, dan percuma, dan kamu boleh bersuka dalam segala lemaknya (Yes 55:1-5)! Ia merupakan fakta-fakta yang ajaib akan injil. Puteri hikmah juga menawarkan roti, wain, dan meja yang dihidangi penuh makanan (Ams 9:1-5), dan di sana kamu tidak akan menjadi mual atau kecewa dengan memakan sebanyak yang kamu boleh makan. Penuhilah dirimu pada hari ini dengan kedua-dua injil dan hikmah.
Kamu harus juga mengejar untuk dipenuhi dengan kepenuhan Allah, yang di dalamnya ada berkat yang besar (Efe 3:14-19). Kamu juga boleh dalam hati nurani baikmu mengingini pemberian-pemberian yang paling baik dalam gereja dan melayani dengan lebih baik berbanding orang lain (1Kor 12:31)! Pilihlah madu yang baik. Ya Tuhan, isikan aku dengan Rohmu, sehingga aku dipenuhi berlimpah-limpah, dan kemudian tambah sedikit lagi.