25:14
Sesiapa yang memegahkan diri akan pemberian yang palsu adalah seperti awan dan angin yang tiada hujan.
Adakah pemberianmu melebihi percakapanmu? Atau adakah percakapanmu melebihi pemberianmu? Sudahkah kamu mengekalkan segala janjimu untuk memberi? Atau sudahkah kamu mengecewakan sesetengah orang dengan tidak melaksanakannya? Ia lebih mudah untuk bercakap tentang kemurahan daripada benar-benar murah hati. Jika kamu telah membuka mulutmu, tibalah masanya untuk bayar.
Di tempat kering seperti Israel, iaitu tempat yang didiami Solomo, awan dan angin membawa harapan hujan bagi orang yang bergantung kepada pertanian bagi kehidupan mereka (Ams 3:20; 16:15; Ima 26:3-5; Ula 11:10-15; 1Raj 18:41-46; Ayb 36:26-28; Maz 68:9; 147:8; Yer 5:24; Zak 10:1). Sukacita di hadapan sudah mungkin hebat dengan pandangan awan-awan di kaki langit dan rasa tiupan angin. Tetapi ia suatu kekecewaan yang teruk ketika awan-awan dan angin tidak menghasilkan apa pun hujan.
Amsal ini ialah kiasan simile, iaitu perbandingan yang memandu tafsirannya. Kamu harus mengenalpastikan orang yang memegahkan diri dan pemberian yang palsu untuk memahami pelajarannya. Adakah pemberian palsu suatu rasuah, dan orang yang bermegah itu pemberi atau penerima rasuah itu? Adakah pemberian yang palsu suatu hadiah yang tidak bernilai dan orang yang bermegah merupakan pemberi atau penerima itu? Adakah pemberian yang palsu suatu tanda kasih yang tidak bernilai, dan orang yang bermegah pemberi atau penerima itu? Tidak, untuk ketiga-tiga soalan itu! Perbandingan itu menunjukkan bahawa ia suatu janji pemberian yang tidak pernah diberi, dan orang yang memegahkan diri ialah orang yang sombong yang berpura-pura menjadi dermawan.
Awan-awan dan angin membawa harapan untuk hujan, yang menyebabkan kegembiraaan dan harapan untuk orang yang memerlukannya. Ketika awan-awan dan angin tidak menghasilkan hujan yang diingini dan yang diperlukan, adanya suatu kekecewaan yang besar dan dukacita. Orang yang berjanji untuk memberi tanpa perlaksanaan janji itu mengecewakan dan menggeramkan seperti kiasan itu. Pelajarannya? Jagalah janji-janjimu tentang membantu orang lain. Jangan biar tawaranmu atau janjimu untuk memberi melampaui perlaksanaanmu yang sebenar. Kewajaran Ayub melibatkan sikapnya yang amat peduli harapan orang-orang yang keperluan (Ayb 29:13; 31:16).
Ketika juru minuman Firaun dilepaskan dari penjara dan memulihkan kerjanya pada hari jadi Firaun, dia dengan sungguh-sungguh bersetuju dengan Yusuf supaya mengucap baik akan Yusuf kepada Firaun untuk melepaskannya juga. Tetapi juru minuman itu terlupa akan janji itu untuk dua tahun lamanya (Kej 40:1-23). Dapatkah kamu bayangkan kekecewaan Yusuf, sementara hari dan minggu berlalu tanpa apa pun perkataan yang diterima daripada juru minuman atau daripada Firaun? Awan dan angin sudah tidak membawa hujan.
Kebanyakan orang suka bercakap akan percakapan – mereka akan memberitahu kamu tanpa digalakkan pun betapa baik dan murah hati diri mereka; tetapi ia sukar untuk menemui orang yang setia yang melaksanakan percakapan itu (Ams 20:6). Hukum Musa memanggil itu sebagai penipuan untuk menahan gaji harian untuk sehari pun (Ima 19:13; Ula 24:14-15). Dan Solomo mengutuk kedua-duanya yang menahan bantuan daripada jiran dan/atau berjanji untuk membantunya tetapi menangguhkan pemberian bantuan itu yang sebenar (Ams 3:27-28).
Orang-orang yang suka bercakap sahaja itu menjanjikan bulan atau lebih, kerana ia mudah dan berkesan untuk membawa pujian orang dengan cara demikian. Tetapi para pembohong itu sama ada tidak berniat atau tidak mampu untuk melaksanakannya ataupun melupakan janji itu ketika hal-hal lain mengambil alih perhatian mereka. Dalam ketiga-tiga kes tersebut, harapan yang dijanjikan itu menjadi suatu bohong yang sia-sia. Orang yang bermegah akan bohong sedemikian adalah teruk benar. Orang benar tidak pernah memperdaya ketika penantian dan harapan sedang dipertaruhkan.
Pertimbangkan para ahli politik. Solomo telah menulis amsal ini di tengah-tengah beberapa raja dan pemerintahan (Ams 25:2-7,15). Para penguasa sungguh-sungguh mahu menjadi penguasa yang popular, maka mereka sungguh tergoda untuk menawarkan keredaan-keredaan hebat untuk masa depan supaya menjaminkan kepopularan mereka. Ia sebegitu mudah untuk menjanjikan faedah-faedah istimewa kepada setiap kawasan pengundi. Di negara demokrasi dan republik, iaitu tempat yang para pemimpin dipilih oleh orang ramai, janji-janji yang tidak ditepati adalah Legion. Jika kamu merupakan apa jenis pemimpin pun, pastikan kamu menunaikan segala janjimu tanpa gagal.
Pertimbangkan iblis. Dia berjanji kepada ibu moyangmu yang pertama bahawa dia akan menjadi seperti seorang allah, jika dia memakan buah yang terlarang itu (Kej 3:1-7). Daripada menjadi seperti seorang allah, dia menjadikan dirinya, suaminya, dan semua keturunannya terkutuk kepada maut dan kekekalan di neraka. Si iblis sedang menipu sejak itu, dan ketika kamu berdosa, kamu sedang berharap kepada janji bohongnya untuk kebahagiaan dirimu meskipun pengutukan oleh Allah bagi dosa itu. Si iblis penipu dan pembinasa manusia dengan berbohong tentang kenikmatan dosa. Tanya sahaja Amnon atau Yudas (2Sam 13:1-29; Kis 1:18).
Pertimbangkan para hamba Allah. Kebanyakan mereka pembohong untuk si iblis, menjanjikan berkat yang tidak akan datang (1Raj 22:19-23; Yoh 8:44; 2Kor 11:1-4,13-15; 1Tim 4:1-3). Banyak menjanjikan mukjizat dan kekayaan yang luar biasa supaya mendapat derma yang bebas cukai. Injil kompromi oleh para hamba Allah yang peka pencari ialah injil yang menjanjikan kebebasan tanpa pertaubatan dan kekudusan dan itulah pemberian yang palsu (2Pet 2:14-19). Sukatlah para penyamar ini oleh hasil buah mereka, dan bukan oleh janji-janji mereka (Mat 7:15-20).
Pertimbangkan manusia. Berapakah kerap kali mereka menggoda perempuan dengan menjanjikan apa yang mereka tidak dapat buat atau tidak mahu buat? Pertimbangkan suami. Berapakah kerap kali harapan isteri dihancurkan oleh suami yang tidak melaksanakan janjinya? Pertimbangkan ayah. Berapakah kerap kali anak disedihkan dan dikecewakan oleh ayah yang tidak menunaikan janjinya? Banyak pembohong ini memegahkan kemurahan hati mereka, dengan hanya berasaskan janji. Ada hanya satu Bapa yang selalu memberi sebanyak yang dijanjikan (Rom 8:32; 1Kor 2:9; Efe 3:20; 1Pet 4:19).
Injil Yesus Kristus, satu-satunya kebenaran yang suci di bumi, dengan keras sekali mengutuk orang yang bercakap tentang membantu orang miskin tetapi tidak menunaikan janjinya (Yak 2:15-16; 1Yoh 3:16-19). Sukatan sebenar akan belas ihsan dan kemurahan ialah perlaksanaan, dan bukan kata-kata dan janji yang menghiburkan. Paulus telah menulis kepada gereja di Korintus dan memberitahu mereka untuk memastikan mereka melaksanakan apa yang telah mereka berjanji untuk memberi kepada para orang kudus di Yerusalem (2Kor 8:1-15).
Pernahkah kamu berkata, “Jangan risau, aku akan menyelesaikannya”, tetapi kemudian gagal untuk melaksanakan keberhutanganmu itu? Pernahkah kamu menyatakan, “Aku akan menyemak denganmu untuk melihat kalau kamu ada keperluan apa pun lagi”, tetapi lupa akan janjimu? Pernahkah kamu sesekali memberitahu suatu kumpulan, “Jangan nak fikir lagi, aku sudah berjanji untuk menyelesaikan itu”, tetapi tahu bahawa kamu sedang melebihi kemampuanmu untuk melaksanakannya? Amsal ini mengutuk jenis bohong yang angkuh ini tentang pemberian. Ia tugasmu untuk menahan kata-katamu dan meluaskan lagi pemberianmu, supaya jangan mana-mana pihak dikecewakan.
Pemberian yang paling baik tidak melibatkan mulutmu tetapi sebaliknya wangmu. Daripada percakapan yang murah dan mudah yang menaikkan harapan orang yang memerlukan bantuan, dengan diam beri suatu pemberian yang murah hati atau sediakan suatu perkhidmatan besar yang akan menamatkan keperluan untuk bantuan. Nah, itulah hujan tanpa adanya awan! Allah suka orang yang bertimbang rasa yang memikir secara kreatif tentang pemberian-pemberian yang murah hati untuk orang yang keperluan, tetapi Dia juga tiada kegunaan untuk orang yang bercakap berbuat banyak tetapi kurang menunaikannya (Yes 32:8).
Allah Sendiri telah menjanjikan pemberian yang paling besar, dan Dia dengan cukup pasti telah menunaikannya sepenuh-penuhnya, tepat pada waktunya. Dia menjanjikan hidup kekal kepada orang-orang pilihanNya sebelum dunia dijadikan (Tit 1:2), dan Dia mengutus AnakNya untuk mati suatu kematian yang kejam di salib orang Rom pada waktu yang tepat seperti yang dirancangkan (Dan 9:24-27; Gal 4:4-5). Awan-awan belas kasihan Allah penuh dengan hujan. Dia telah menyelamatkan umatNya daripada dosa-dosa mereka, dan mereka bersukacita sekarang dan akan memujiNya untuk sepanjang kekalan.