26:19
Demikanlah orang yang memperdayakan jirannya, lalu berkata, Bukankah aku bermain-main?
Bergurau senda tidak pantas – tidak wajar, tidak sesuai, atau tidak berpatutan. Ia menyebabkan kekeliruan, kepedihan, dan masalah. Ia membinasakan keyakinan dan jaminan. Ini benar terutamanya ketika kamu bergurau dengan orang yang percaya kepadamu. Orang yang memperdayakan jirannya baik untuk kelebihan atau untuk pergurauan bebal adalah seperti orang gila yang menembakkan panah api, anak panah dan maut (Ams 26:18). Kebenaran ialah apa yang ajaib, dan ia tidak harus diperolok-olokkan. Jiranmu percaya kepadamu – jadilah layak untuk kepercayaan itu.
Ayat ini ialah sebahagian daripada amsal menentang hal bergurau senda (Ams 26:18-19). Analogi dan simili [kiasan penyamaan] ini memerlukan bahagian pertama amaran ini untuk menjadikannya bererti – “Seperti orang gila yang menembakkan panah api, anak panah dan maut, demikianlah orang yang memperdayakan jirannya, lalu berkata, Bukankah aku bermain-main?” Raja Salomo menganggap tidak berguna orang cabul yang main tipu kepada orang lain untuk keuntungan atau untuk kenikmatan lalu memberi alasan bagi kedurjanaannya dengan memanggil itu sebagai permainan atau pergurauan.
Generasi yang bebal ini bergurau untuk kenikmatan! Gambar komedi suasana waktu perdana ialah suatu saluran berterusan untuk perdayaan dan pergurauan, di mana para penyaksi di studio ketawa ketika diisyaratkan untuk menjual ketidakwarasan kepada para penonton yang tidak berfikir dan yang tidak berhati perut. Ia sukar untuk menanggapi amaran Salomo yang serius dan yang keras, sementara orang moden gemar akan kebebalan demikian dan jahil akan sikap pengawalan diri. Hai pembaca, akankah moyangmu duduk dan terkekek-kekek dengan dubuk-dubuk yang sebegitu cabul setiap malam?
Pergurauan tidak pantas. Ia tiada tujuan yang mulia atau yang berguna. Ia bercanggahan kepada sifat dan agama sejati. Bagaimanakah seseorang disegani, kalau dia memakai hal serius dalam kehidupan dan mengubahkannya kepada bahan lawak dan permainan? Cinta asmara persetubuhan ialah kenikmatan yang mulia bagi suami dan isteri. Tetapi gambar komedi dan pelawak bergantung banyak kepada sindiran yang memakai kedurjanaan seksual dan pergurauan terang-terang tentang bahagian-bahagian tubuh dan aktivitinya. Pergurauan demikian ialah persubahatan dengan dosa-dosa seksual.
Apakah pelajarannya? Memperdayakan orang yang percaya kepadamu ialah dosa. Jiran, majikan, dan orang lain yang rapat denganmu percaya kepada integritimu. Kamu cukup rapat untuk mengambil kesempatan ke atas mereka, maka mereka harus percaya kepadamu supaya tidak memakai kerapatan itu untuk menentang mereka. Ia tugasmu sebagai Kristian untuk hidup jujur dengan semua orang, tetapi terutamanya orang yang paling dekat kepadamu dan yang percaya kepadamu. Ikatan yang sebegitu rapat dan kebergantungan mewajibkanmu untuk selalu mengekalkan perangai yang ikhlas dan yang benar.
Mungkinkah adanya pelajaran lagi? Allah membenci borak bebal dan pergurauan. Dia akan membinasakan dunia bagi dosa-dosa yang cabul ini. Dia menyenaraikan borak bebal dan pergurauan bersama-sama perbuatan berkendak, kenajisan, dan kedambaan, tiga dosa yang cukup teruk (Efe 5:3-7). Dan dia menyamakan borak bebal dan pergurauan dengan sodomi [meliwat] – ia tidak pantas (Efe 5:4 bdg Rom 1:28). Kehidupan adalah serius – serius dengan ajaib sekali bagi orang benar – dan ia harus dipakai dengan terkawal.
Mungkinkah adanya pelajaran lagi? Menutupi atau memberi alasan kepada dosa dengan sikap ambil ringan dan menuntut bahawa ia hanya suatu gurau senda mendedahkan akhlak yang cabul. Orang demikian tiada hati nurani; mereka ketawa kepada dosa; mereka tidak memahami kesan kepedihan perdayaan mereka terhadap orang lain. Kamu patut menentang kebebalan ini dengan menjaga dan mewajibkan pendekatan yang terkawal dan yang serius kepada semua perhubungan. Daripada ingin menjejaskan seorang jiran, biarlah dirimu sebaliknya ingin mengerahkan segala usaha untuk menghibur dan untuk menggalakkannya.
Mungkinkah adanya pelajaran lagi? Hanya orang bebal menjadikan dosa bahan olok-olok (Ams 10:23; 14:9; 15:21). Dosa ialah hal yang teruk sekali – ia menyangkal Sang Penciptamu, menyakiti rakan sebayamu, tidak pantas untuk perhubungan yang berguna, dan membawa kepada hukuman kekekalan. Allah Yang Berbahagia pernah melemaskan dunia kerana dosa, dan Dia akan membakar dunia tidak lama lagi untuk sebab yang sama. Hanya para pencemuh yang tiada harapan untuk diselamatkan ketawa dan bergurau tentang dosa. Dosa haruslah dielak, dibenci, dan diserah untuk pertaubatan.
Orang durjana ini, seperti orang gila yang menembakkan panah api, anak panah dan maut, boleh juga menampil di gereja-gereja Yesus Kristus pun – dengan menganggapnya sebagai kenikmatan untuk berfoya-foya dan bermain-main dengan pendayaan mereka sendiri (2Pet 2:13). Berhati-hati akan hal memperlekehkan mimbar atau gereja. Daripada semua tempat di bumi, rumah Allah itulah tempatnya yang patut menyanjungi keseriusan dan sikap kawal diri (1Tim 3:2,4,8,11; Tit 1:8; 2:2,4,6,7). Ya Tuhan, selamatkanlah anak-anak sejatimu daripada dosa dan daripada para pendosa sedemikian.