Amsal · Proverbs

26:18
Seperti orang gila yang menembakkan panah api, anak panah dan maut,

Betapa liar dan bahayanya orang itu! Garilah orang itu! Penjarakannya! Ada kiasan simili di sini, yang ditandakan oleh perkataan “seperti”. Apakah jenis orang yang menyerupai orang gila ini? Barang siapa yang memperdayakan jirannya dan memakai pergurauan sebagai alasan menutupi niat jahatnya adalah seperti orang gila ini (Ams 26:19).

Bayangkan orang gila, seperti orang Gerasa (Mar 5:1-13). Dia telanjang, kuat, liar dengan kejam, ganas secara masokis, tidak jinak, dan hidup di kalangan orang mati. Sekarang bayangkannya di kawasan harta milikmu. Bayangkannya di rumahmu. Bayangkannya di bidang kerjamu. Salomo menciptakan gambar ini tentang seorang jiran yang memperdayakanmu dan dengan ringan membuat alasan untuk itu.

Orang durjana fikir tindak laku mereka tidak berbahaya. Maka Salomo menjelaskannya dengan istilah-istilah untuk mendapatkan perhatianmu dan dengan betul mengklasifikasikan tindak laku mereka. Jiran, meskipun berada dalam keadaan dekat kepada satu sama lain, haruslah saling mempercayai satu sama lain. Mereka haruslah dapat mempercayai satu sama lain pada setiap waktu. Tetapi jiran yang memperdaya dan yang bercita-cita boleh disamakan dengan musuh yang liar ini.

Apakah pelajarannya? Memperdayakan orang yang percaya kepadamu ialah jenayah dan dosa yang teruk. Jiran, majikan, dan orang lain percaya kepada integritimu. Kamu tinggal cukup dekat kepada mereka untuk mengambil kesempatan ke atas mereka, maka mereka kena percaya kepada integritimu supaya tidak memakai perhubungan erat itu untuk menentang mereka. Ia tugasmu sebagai Kristian untuk hidup dengan jujur dengan semua orang, tetapi terutamanya orang yang paling dekat denganmu.

Apa lagi yang dapat dipelajarimu? Hanya orang bebal bergurau tentang dosa (Ams 10:23; 14:9; 15:21). Dosa ialah sesuatu yang teruk benar – ia menyangkal Allah Penciptamu, menyakiti orang lain, tidak pantas untuk perhubungan-perhubungan yang menguntungkan, dan membawa kepada hukuman kekal. Hanya para pencemuh dan pemberontak yang tiada harapan ketawa dan berjenaka akan dosa. Dosa haruslah dielakkan, dibenci, dan pendosa haruslah bertaubat.

Apa lagi yang dapat dipelajarimu?Allah membenci borak bebal dan gurau senda. Dia akan membinasakan dunia kerana dosa-dosa yang jijik ini. Dia telah memasuki borak bebal dan gurau senda ke dalam senarai yang setaraf dengan perbuatan berkendak [zina], kenajisan, dan kedambaan, tiga lagi dosa yang keji (Efe 5:3-7). Dan dia menyatakan borak bebal dan gurau senda dengan cara yang sama seperti menyatakan sodomi – kedua-duanya tidak pantas (Efe 5:4 bdg Rom 1:28).

Orang-orang durjana ini, seperti orang gila yang melempari api, anak panah, dan maut, boleh juga menampil diri di gereja-gereja Yesus Kristus (2Pet 2:13; Ams 6:19; Gal 5:15). Oleh sebab itu, ia tugasmu yang serius untuk mengenalpastikan mereka dan menghentikan mereka, sebab perangai sedemikian membinasakan damai sejahtera dan kemakmuran tubuh. Tuhan, selamatkanlah umatmu daripada dosa-dosa demikian dan daripada para pendosa!