28:25
Dia yang berhati angkuh menimbulkan persengketaan: tetapi dia yang menaruh percaya dalam TUHAN akan digemukkan.
Keangkuhan menyebabkan persengketaan, tetapi iman membawa kemakmuran. Di sinilah dua peraturan untuk hikmah – salah satu menyelematkanmu daripada perselisihan dan percanggahan, dan satu lagi membawa berkat dan kejayaan. Kedua-dua ini adalah bertentangan: orang angkuh tidak percaya kepada TUHAN, dan mereka yang ada iman dalam TUHAN tidak angkuh. Kamu tidak boleh menjadi kedua-duanya. Adakah kamu orang yang angkuh atau orang beriman?
Orang yang memiliki hati yang angkuh akan selalunya berada dalam percanggahan – dengan banyak orang pada waktu yang berbeza. Keangkuhan tidak akan mengetepikan hal, sebab dia ingin membalas dendam. Kalau dia belum puas memasukkan kata-kata terakhir atau tindakan yang terakhir dalam suatu perselisihan, dia akan terus menekan, berlawan, dan berselisih. Keangkuhan tidak akan mengetepikan pelanggaran kecil; keangkuhan tidak akan mengaku salah atau kejahilan.
Keangkuhan tidak akan mudah mengampuni mereka yang mencari pengampunan; keangkuhan tidak mudah berkata, “Saya minta maaf”; keangkuhan tidak ingin diperbetulkan, dan ia membenci mereka yang cuba memperbetulkannya. Keangkuhan membenci kelebihan orang lain, dan ia berusaha untuk merampas apa pun kehormatan atau kedudukan yang sedang dipertaruhkan. Keangkuhan tiada apa pun simpati bagi kesakitan atau kesusahan orang lain.
Apabila seseorang ada keangkuhan dalam hatinya, dia tidak akan ada perhubungan yang berdamai dengan yang lain. Seorang suami yang angkuh tidak akan mengampuni isterinya bagi kegagalan-kegagalannya yang kecil. Seorang isteri yang angkuh tidak akan menunduk dan mentaati suami yang dia sudah pilih untuk menjadi ketuanya. Anak-anak yang angkuh tidak akan menghormati atau mentaati ibubapa dalam peraturan yang menyinggung kebebasan atau kenikmatan mereka. Pekerja yang angkuh membenci tugasan yang sukar; anggota gereja yang angkuh membenci teguran pastor.
Kerendahan hati dapat menamatkan apa pun percanggahan dengan menyerah diri dan mengusahakan damai. Ketika seseorang ada damai dengan Allah dan diri sendiri, mereka dapat mengetepikan pelanggaran-pelanggaran orang lain, mereka dapat mudah mengampuni, dan mereka dapat menerima pembetulan. Mereka tahu mereka tidak penting, jadi mereka tidak meneruskan pertelingkahan. Menunduk dan mengusahakan damai adalah lebih penting daripada menang pertempuran.
Ada jalan untuk hidup sebalik daripada keangkuhan. Orang berhikmah, orang salih, menaruh percaya kepada TUHAN. Mereka tidak dapat melindungi diri mereka sendiri – TUHAN akan melindungi mereka. Mereka tidak perlu menolak pembetulan, menentang orang lain, dan bertarung untuk menjadi maju. TUHAN mengganjari iman mereka dengan memberkati mereka oleh kuasaNya. Orang rendah hati yang percaya kepada TUHAN akan selalu melebihi orang angkuh yang menaruh percaya kepada dirinya sendiri. Selalu!
Gemuk itu baik, jika ia bermaksud berkat Allah yang ada damai sejahtera dan kemakmuran. Dan orang yang percaya bahawa Allah akan menjaganya, tanpa apa pun pertarungan yang dibuat sendiri, akan menjadi gemuk. Dia akan ada berkat dan perlindungan TUHAN memihak kepadanya. Dia akan menikmati damai sejahtera dan keselamatan, sementara TUHAN mengganjarinya kerana meninggalkan keangkuhannya dan menaruh percaya kepada TUHAN sahaja.Keangkuhan menyebabkan persengketaan, tetapi iman membawa kemakmuran. Di sinilah dua peraturan untuk hikmah – salah satu menyelematkanmu daripada perselisihan dan percanggahan, dan satu lagi membawa berkat dan kejayaan. Kedua-dua ini adalah bertentangan: orang angkuh tidak percaya kepada TUHAN, dan mereka yang ada iman dalam TUHAN tidak angkuh. Kamu tidak boleh menjadi kedua-duanya. Adakah kamu orang yang angkuh atau orang beriman?
Orang yang memiliki hati yang angkuh akan selalunya berada dalam percanggahan – dengan banyak orang pada waktu yang berbeza. Keangkuhan tidak akan mengetepikan hal, sebab dia ingin membalas dendam. Kalau dia belum puas memasukkan kata-kata terakhir atau tindakan yang terakhir dalam suatu perselisihan, dia akan terus menekan, berlawan, dan berselisih. Keangkuhan tidak akan mengetepikan pelanggaran kecil; keangkuhan tidak akan mengaku salah atau kejahilan.
Keangkuhan tidak akan mudah mengampuni mereka yang mencari pengampunan; keangkuhan tidak mudah berkata, “Saya minta maaf”; keangkuhan tidak ingin diperbetulkan, dan ia membenci mereka yang cuba memperbetulkannya. Keangkuhan membenci kelebihan orang lain, dan ia berusaha untuk merampas apa pun kehormatan atau kedudukan yang sedang dipertaruhkan. Keangkuhan tiada apa pun simpati bagi kesakitan atau kesusahan orang lain.
Apabila seseorang ada keangkuhan dalam hatinya, dia tidak akan ada perhubungan yang berdamai dengan yang lain. Seorang suami yang angkuh tidak akan mengampuni isterinya bagi kegagalan-kegagalannya yang kecil. Seorang isteri yang angkuh tidak akan menunduk dan mentaati suami yang dia sudah pilih untuk menjadi ketuanya. Anak-anak yang angkuh tidak akan menghormati atau mentaati ibubapa dalam peraturan yang menyinggung kebebasan atau kenikmatan mereka. Pekerja yang angkuh membenci tugasan yang sukar; anggota gereja yang angkuh membenci teguran pastor.
Kerendahan hati dapat menamatkan apa pun percanggahan dengan menyerah diri dan mengusahakan damai. Ketika seseorang ada damai dengan Allah dan diri sendiri, mereka dapat mengetepikan pelanggaran-pelanggaran orang lain, mereka dapat mudah mengampuni, dan mereka dapat menerima pembetulan. Mereka tahu mereka tidak penting, jadi mereka tidak meneruskan pertelingkahan. Menunduk dan mengusahakan damai adalah lebih penting daripada menang pertempuran.
Ada jalan untuk hidup sebalik daripada keangkuhan. Orang berhikmah, orang salih, menaruh percaya kepada TUHAN. Mereka tidak dapat melindungi diri mereka sendiri – TUHAN akan melindungi mereka. Mereka tidak perlu menolak pembetulan, menentang orang lain, dan bertarung untuk menjadi maju. TUHAN mengganjari iman mereka dengan memberkati mereka oleh kuasaNya. Orang rendah hati yang percaya kepada TUHAN akan selalu melebihi orang angkuh yang menaruh percaya kepada dirinya sendiri. Selalu!
Gemuk itu baik, jika ia bermaksud berkat Allah yang ada damai sejahtera dan kemakmuran. Dan orang yang percaya bahawa Allah akan menjaganya, tanpa apa pun pertarungan yang dibuat sendiri, akan menjadi gemuk. Dia akan ada berkat dan perlindungan TUHAN memihak kepadanya. Dia akan menikmati damai sejahtera dan keselamatan, sementara TUHAN mengganjarinya kerana meninggalkan keangkuhannya dan menaruh percaya kepada TUHAN sahaja.