28:26
Dia yang percaya kepada hatinya sendiri ialah orang bebal: tetapi sesiapa yang menjalani hidup dengan berhikmah, dia yang akan diselamatkan.
Kamu merupakan musuh sendiri yang paling teruk. Kamu ada di dalam dirimu suatu suara yang lebih tersayang daripada suara Allah atau mana-mana malaikat atau manusia. Suara ini boleh menghibur dan meyakini dirimu terhadap apa pun ajaran atau amaran. Suara ini ada bersamamu dua puluh empat jam sehari, dan ia selalu memberitahumu apa yang kamu ingin dengar dan percaya. Ia membantumu dalam kebanyakan keputusan. Kamu orang bebal!
Hatimu mempunyai pendapat yang kuat berkenaan sebarang topik, sama ada mengenal tentang topik itu ataupun tidak. Hatimu bertindak dengan serta-merta terhadap kritikan atau teguran, dan ia juga mengawal dirimu dengan keinginan yang kuat untuk sesuatu yang diingini. Hatimu boleh melelapkan dirimu bagi hal-hal yang ia anggap tidak penting, dan ia boleh menjauhkanmu daripada tidur kerana beriri hati atau membenci.
Salomo memakai hati dalam amsal ini sebagai kiasan metonim untuk mewakili kesayanganmu, kecenderunganmu, dan fikiranmu. Keinginan dan keperluan dari dalam batiniahmu memberi kesan kepada keputusan-keputusan yang dilakukanmu. Itu bukan hati nuranimu. Itu anti-hati nuranimu! Inilah kumpulan perasaan yang mendorong kebanyakan lelaki dan perempuan. Allah telah berbicara tentang hatimu. Dia telah berkata, “Hati penuh perdayaan melebihi segala sesuatu, dan ia sungguh-sungguh durjana: siapakah yang dapat mengenalnya?” (Yer 17:9).
Jika kamu mendengar hatimu, maka kamu orang bebal! Jika kamu mengikuti hatimu, maka kamu orang bebal! Jika kamu membuat keputusan dengan separuh dipengaruhi hatimu pun, maka kamu orang bebal! Kamu sedang menyerah kepada sumber maklumat yang paling memperdayakan, yang paling rosak, dan yang paling berbahaya di bumi ini. Hatimu telah mengakibatkanmu untuk bermasalah pada dahulukala lebih daripada semua musuhmu bergabung. Kamu yang menjadi musuh sendiri yang paling teruk. Hikmah ialah daya untuk memilih kebenaran yang bertentangan dengan hatimu.
Adam telah mati di Taman Eden tepat pada hari dia makan buah yang terlarang, menuruti janji dan amaran Allah (Kej 2:17; 3:6-8). Sementara dia mati secara jasmani 930 tahun kemudian, apakah yang terjadi kepadanya pada hari dia memakan buah yang diambilnya daripada Hawa (Kej 5:5)? Apakah yang telah mati? Bukan inteleknya! Dia kekal pintar sesudah berdosa seperti sebelum berdosa. Apakah yang telah mati? Bukan daya pemerhatiannya! Daya tanggapannya masih kekal sesudah berdosa seperti sebelum berdosa. Adam masih waras dari segi akal.
Kesayangannya bagi Allah dan bagi kebenaran rohani dan hikmah telah mati. Adam telah rosak secara moral tanpa apa pun keinginan ikhlas untuk mencari Allah, menyenangkan Allah, atau mentaati Allah. Daripada merayu untuk pengampunan, dia sebaliknya membuat pakaian daripada daun-daun pokok ara. Daripada bertaubat, dia sebaliknya bersembunyi di taman. Daripada mengakui dosanya, dia sebaliknya menuduh Allah dan Hawa untuk huru-hara itu. Dia sekarang sudah terdorong oleh gerak hati yang mementingkan diri sendiri yang sudah mati terhadap Allah dan orang lain (Maz 14:1-3; Rom 3:9-18).
Adam telah menjadi rosak sepenuhnya, seperti yang ahli teologi memanggilnya. Walaupun otaknya masih berfungsi dengan pintar dengan sambungan-sambungan logik berasaskan pemerhatian dan tanggapan kesan, namun kesayangannya dan keinginannya sudah berbeza sepenuhnya – ia anti-Allah, anti-kebenaran, anti-hikmah. Dia membenci Allah dan kesalihan; dia mengasihi segala nafsu jasmani dan nafsu fikiran berdosa yang sekarang berada di dalam dirinya. Dia sekarang seorang pengikut iblis yang bersungguh-sungguh – kematian rohani dalam dosa (Efe 2:1-3).
Kamu telah dikandung dan dilahirkan dalam keadaan itu – mati dalam dosa, membenci Allah, mengasihi dunia, mentaati ibilis, dan memenuhi segala nafsu dalam setiap pilihan. Inilah kenyataan manusia. Inilah kebenaran tentang semua lelaki dan perempuan sama ada budak ataupun dewasa. Tanpa kelahiran kedua, iaitu kelahiran daripada Roh Kudus Allah, setiap orang kekal dalam keadaan mati rohani dan bermusuh dengan Allah. Kamu harus dijanakan semula oleh Allah dengan kehidupan yang rohani untuk mengingini kesalihan.
Apapun doktrin keselamatan harus berhadapan dengan fakta ini. Penginjilan harus berhadapan dengan fakta ini. Ia mustahil untuk mempengaruhi seseorang yang berada dalam keadaan yang mati ini (Yoh 8:43-47; Rom 8:7-8; 1Kor 2:14; Luk 16:31). Mereka harus diberi hidup dahulu; mereka harus dilahirbarukan; mereka harus dijanasemulakan sebelum mereka mampu atau mahu percaya (Yoh 1:13; 3:8; 5:24; 6:44,63; 17:3; Kis 16:14; 1Kor 1:18,22-24). Apapun doktrin yang lain bagi keselamatan adalah palsu.
Pada zaman kini percaya dan mengikuti hati sendiri merupakan kebiasaan. Sebenarnya, kamu diajar bahawa hatimu mampu membuat keputusan yang betul untuk dirimu sendiri. Seseorang akan meninggalkan gereja dan berkata, “Hatiku tidak rasa senang di sana”. Seseorang akan meninggalkan isterinya dan anak-anaknya untuk seorang perempuan yang lebih muda, dengan berkata, “Hatiku tidak lagi ada dalam perkahwinanku”. Seseorang akan meninggalkan kerja gajinya dan menjadi si penganggur yang tidak berumah dengan berkata, “Aku nak menuruti hatiku”. Mereka semuanya orang bebal!
Kaedah yang utama untuk mengajar pada hari ini, meskipun pada tahap universiti, adalah untuk percaya kepada hati. Sesudah profesor mempersembahkan beberapa pandangan yang bercanggah kepada hukuman mati, dia bertanya kepada murid-muridnya yang suka memandai, “Apakah fikiranmu?” Itu bukan pengajaran! Itu merosakkan muda mudi dengan mengampu ketololan dan keangkuhan hati mereka. Itu sedang membiasakan diri mereka untuk memikir bahawa pendapat-pendapat mereka layak untuk dipertimbangkan. Itu menimbulkan sikap membenci sesiapa pun yang mengkritik atau menentang mereka, terutamanya terhadap seorang pengkhutbah Alkitab tanpa ijazah PhD dalam kemanusiaan!
Kaum remaja menolak ibubapa kerana hati durjana mereka memberitahu diri bahawa sendiri betul dan ibubapa salah. Para penzina mengejar kekasih mereka kerana hati yang cabul memberitahu diri bahawa sendiri layak untuk itu dan tidak seorang pun yang akan dilukakan. Orang yang menganggap diri sendiri benar akan meninggalkan gereja kerana hati memberitahu diri bahawa pastor mereka tiada hak untuk mengkritik mereka dengan cara demikian. Para penagih pornografi memperbenarkan diri untuk mengintai sekali lagi dengan berasaskan hati memberi izin bagi sesuatu yang sebegitu tidak bersalah.
Ke manakah penurutan hatimu memimpinmu? Ke ambang kebinasaan, yang dapat kita faham daripada amsal ini dengan membandingkan klausa yang selari dengannya. Si bebal akan dilukakan dan dihukum, sebab keputusan-keputusan mereka berasaskan perasaan, nafsu, dan keangkuhan hati mereka sendiri. Apa yang rasanya sebegitu baik pada permulaannya bertukar menjadi kebinasaan dengan pedih sekali pada akhirnya (Ams 14:12; 16:2,25; 21:2; Maz 36:2). Tetapi orang berhikmah, yang mengikuti hikmah Allah dan bukan dusta hatinya, akan diselamatkan.
Hikmah sejati belajar supaya tidak mempercayai hati sendiri, supaya menolak suara hati, dan supaya membuat segala keputusan berasaskan kebenaran yang mutlak dan yang objektif. Di manakah sumber untuk daya membuat keputusan yang sebegitu ajaib? Sumber itu ada di dalam kata-kata berilham Allah Yang Maha Hidup yang tercatat di dalam Alkitab. Melalui pembelajaran firman Allah dan melalui didikan diri sendiri untuk membuat keputusan berasaskan itu, kamu dapat menjadi berhikmah dan diselamatkan daripada gerak hati sendiri yang rosak dan yang memperdayakan (Maz 19:7; 119:130).
Sesudah mencari sumber mutlak kebenaran dan hikmah firman Allah yang berilham dalam Alkitab, kamu kemudian patut memakai keramaian penasihat untuk juga membantu melindungimu daripada hatimu dan pendapatmu sendiri (Ams 11:14; 15:22; 24:6). Satu-satunya jenis penasihat yang memenuhi peraturan hikmah ini dengan ikhlas ialah orang berjaya yang terkenal kerana pemikiran mereka yang mampu membuat keputusan bijak dan komunikasi mantap mereka. Tiada gunanya mencari kawan untuk nasihat yang besar kemungkinan akan bersetuju dengan gagasanmu itu.
Tujuan para hamba Allah adalah untuk berperang dengan hatimu. Mereka harus merobohkan segala bayanganmu dan fikiranmu lalu menawankannya kepada ketaatan Yesus Kristus (2Kor 10:4-6). Kamu tiada hak untuk fikiranmu sendiri; kamu ada tanggungjawab untuk berfikiran betul! Tetapi kebanyakan Kristian yang kontemporari gila akan hati dan fikiran sendiri. Mereka menyukat apa pun jalan penyelesaian dengan kadar kesesuaiannya kepada hati sendiri. Bebal benar!
Apakah kadar hikmahmu, hai pembaca? Siap membuat suatu ujian sekarang? Kamu ada dendam dengan siapa? Adakah itu wajar di cahaya firman Allah? Jika tidak, apakah yang akan kamu buat dengan rasa dendam itu? Jika kamu seorang perempuan yang Kristian, adakah kamu berpakaian senonoh dengan aksesori yang tidak menonjol dan dengan persolekan yang konservatif? Jika tidak, apakah yang akan kamu buat dengan itu? Kadar hikmahmu ialah kadar yang kamu boleh meremukkan hatimu untuk berserah kepada firman Allah dalam Alkitab.
Jika kamu belajar untuk menjalani hidup berhikmah melalui hala tuju perintah-perintah Allah, maka Dia akan menyelamatkanmu daripada segala jerat dan halangan yang membelasah dan yang mengelirukan rakan-rakanmu yang suka mengikuti gerak hati. Jika kamu percaya kepadaNya dan tidak bersandar kepada pemahamanmu sendiri, maka Dia akan mengarah langkah-langkahmu ke jalan yang baik. Kebahagiaan, kemakmuran, dan kejayaan masa depanmu bergantung kepada usaha-usahamu untuk membenci fikiranmu yang sia-sia dan mengasihi kebenaran firmanNya (Maz 119:113,128).