Amsal · Proverbs

28:24
Sesiapa yang merompak ayah atau ibunya, dan berkata, Ia bukan suatu pelanggaran; orang itu ialah teman si pembinasa.

Di sinilah dua dosa. Merompak ayah atau ibu ialah sesuatu jenayah yang sungguh durjana, sebab anak sudah berhutang kepada mereka bagi seluruh nyawanya. Tetapi untuk meminimakan atau mengolok-olok dosa yang sebegitu keji adalah lebih teruk. Allah akan menghakimi semua orang bebal yang sebegitu cabul dengan kekerasan yang dipakai terhadap para pembunuh.

TUHAN Allah memerintah, “Kamu tidak akan mencuri” (Kel 20:15; Ula 5:19). Mencuri dihukum dengan hukuman memberi ganti rugi berlipat ganda bergantung kepada keadaannya. Jika seseorang tidak dapat membayar, dia dijual sebagai hamba untuk menjelaskan seluruh hutangnya dengan jerih lelah (Ams 6:31; Kel 22:1-4). Dia tidak diberi bilik persendirian di rumah tumpang, tidak diberi 3 kali makanan sehari, dan tidak dibenarkan main bola keranjang dan membaca majalah sepanjang hari, seperti di kebanyakan sistem penjara yang moden.

Tetapi untuk mencuri daripada ayah atau ibu ialah kes pencurian yang lagi teruk. Seorang anak sudah berhutang kepada ibubapa kerana mereka telah mensenyawanya, mengandungnya, melahirnya, mendidiknya dan menyediakan bekalan baginya (1Tim 5:4). Ia menunjukkan hati nurani yang sudah mati dan jiwa yang cabul. Rasa keberhutangan semula jadi untuk mengasihi ibubapa ditolak, dan sikap tidak berterima kasih ditambahkan kepada kedurjanaan itu. Orang yang sebegitu keji tiada had kemerosotan dalam kedurjanaannya dan ketamakannya yang cabul.

Sejarah bapa-bapa leluhur kerap kali merupakan kisah sedih dengan dosa-dosa teruk. Dengan pandangan amsal ini, kamu boleh melihat Rahel mencuri patung-patung ayahnya, menyembunyikannya ketika ayahnya menyiasat, dan memperdayakan ayahnya dengan kepatuhan palsu (Kej 31:19,34-35). Haruskah kita hairan untuk tahu bahawa Rahel mati tidak lama kemudian dengan kesakitan teruk dan muda pada kelahiran anaknya yang kedua (Kej 35:16-20)?

Tetapi pendosa yang cabul yang disebut amsal ini tidak puas mencuri daripada ibubapanya. Dia lagi mengolok-olok keseriusan jenayahnya itu. Dia menganggap bahawa kepunyaan ibubapanya ialah kepunyaannya, dan dia tidak perlu rasa apa pun kesalahan mengambilnya bagi dirinya sendiri. Dia akan rasa terkilan kalau dipanggil seorang pencuri dan perompak, tetapi Tuhan menghitung dia sebagai orang durjana dan akan memberi pembalasan yang sewajarnya kepadanya (Ams 21:7).

Sementara jenayah di rumah tangga dianggap remeh di sesetengah masyarakat, kerana dianggap hal keluarga, ia tidak diminimakan di dalam kitab suci Allah. Orang yang hina mungkin berhujah bahawa ia bukan jenayah yang besar, sementara anak merupakan pewaris kekayaan keluarga. Anak yang mencuri hanya mengambil awal-awal apa yang akan dijadikan miliknya pada akhirnya. Tetapi Allah dan Salomo dengan wajar menggolongkan orang yang hina ini ke dalam golongan teman si pembinasa.

Apakah si pembinasa dalam konteks ini, dan apakah maksudnya untuk membandingkannya dengan anak yang mencuri daripada ibubapanya? Si pembinasa di sini memberi maksud penyamun di jalan atau pencuri yang menceroboh rumah atau pembakar harta (yang membinasa benda dengan niat jahat) atau pembunuh (yang membinasakan nyawa dengan niat jahat). Isi yang sedang diusulkan adalah bahawa mencuri daripada ibubapa tidak sesekali pun menjadikan jenayah itu kecil tetapi sebaliknya menambah lagi kejahatannya di pandangan Allah dan manusia.

Bagaimanakah seseorang menyamun ayahnya atau ibunya? Dia boleh secara langsung mencuri aset-aset mereka, sama ada ia wang dari dompet ibunya atau kad kredit dari dompet ayahnya. Dia boleh mengambil alat, makanan, barang hiasan, gambar, atau banyak hal yang lain tanpa izin. Jika perbuatan mencilap tuan adalah terkutuk, betapa teruk lagi hal mencuri barang ibubapa (Tit 2:9-10)? Setiap pembaca yang berhikmah akan mengakui apa pun dosa demikian kepada Bapanya di syurga dan memberi balik pampasan kepada ibubapanya, meskipun jenayah itu terjadi berdekad-dekad tahun dahulu.

Bagaimanakah mungkin seseorang merompak ibubapanya? Dia boleh mendera aset-aset keluarga seperti rumah dan kereta; dia boleh mengabaikan peliharaan bagi hal-hal yang diberi kepadanya oleh ibubapanya; dia boleh membazir wang yang diberi kepadanya bagi masa depannya; dia boleh bermain dan berpesta pora ketika di sekolah pengajian tinggi daripada belajar bersungguh-sungguh; dia boleh membazirkan titik peluh ibubapanya dengan kehidupan yang berfoya-foya; dia boleh melonggokkan lagi hutang yang ayahnya kena bayar baginya; dia boleh merosakkan pengadaran kredit ayahnya dengan tidak membayar hutang pinjaman dengan menepati waktu; dia boleh merompak nama baik ayahnya dengan perangai yang bebal!

Bagaimanakah seseorang merompak ayahnya atau ibunya? Dia boleh malas di rumah, dan menyebabkan ibubapanya lebih berusaha dan/atau lebih berbelanja. Dia boleh kekukangan secara akademik, menjadi lamban dan tertinggal dalam hal mendapat kemahiran mudah alih, lebih merugikan ibubapanya sekarang dan kelak. Dia boleh mengurangkan kebaikkannya secara profesional, mewajibkan bantuan keibubapaan pada masa depan yang sebenarnya lelaki muda sendiri harus usahakan. Inilah contoh-contoh bagaimana seseorang anak boleh menindas ibubapanya (Ams 19:26).

Bagaimanakah seseorang merompak ayahnya atau ibunya? Dia boleh menahan kehormatan, pelayanan, dan sokongan yang layak diterima mereka pada umur tua. Allah mempertimbangkan sikap kedekut pada waktu kesesakan itu sebagai suatu perbuatan menyangkal iman Kristian dan lebih teruk daripada orang kafir (1Tim 5:8). Biar contoh mulia Yusuf yang memberi bekalan kepada ayahnya Yakob di Mesir menjadi pedomanmu (Kej 45:9-13; 47:11-12,27-28).

Pada zaman Yesus, orang Yahudi yang durjana berjanji atau menyerahkan aset-aset mereka kepada bait suci supaya mengelak menyokong ibubapa mereka. Tuhan yang terpuji mengutuk kesalihan palsu mereka dan mendakwa mereka melanggari perintah terang Allah untuk menghormati ibubapa (Mat 15:1-9). Meskipun tujuan yang ternyata adalah untuk memberi kepada Allah, ia tidak penting di dalam penghakiman Kristus.

Allah tidak diperolok-olokkan oleh orang bebal demikian! Mereka akan dihakimi dengan teruk sekali. “Janganlah terperdaya; Allah tidak diperolok-olokkan: sebab barang apa yang ditabur orang, itu juga yang akan dituainya” (Gal 6:7). “Tetapi jika kamu tidak melakukan sedemikian, lihatlah, kamu telah berdosa terhadap TUHAN: dan jadilah pasti bahawa dosamu akan memperlihatkanmu” (Bil 32:23). “Mata yang mengolok-olok bapanya, dan yang benci mentaati ibunya, burung-burung gagak dari lembah akan mematuknya keluar, dan burung-burung helang akan memakannya” (Ams 30:17). Amin! Ada Allah di syurga yang tidak menyebelahi anak-anak yang degil!

Tuhan Yesus Kristus kita menundukkan diri kepada ibubapaNya sementara masih budak (Luk 2:51). Dan Dia dengan tekun membekal bagi keperluan ibuNya, meskipun tengah mati di kayu salib (Yoh 19:26-27). Dia tidak pernah merompak mereka sebarang apa pun, dan Dia dengan setinggi-tingginya menghormati mereka kerana perhubungan mereka kepadaNya. Biarlah setiap pembaca mempertimbangkan teladan yang mulia ini dan memenuhinya dengan sempurna terhadap ibubapanya sendiri.