Amsal · Proverbs

3:25
Jangan takut akan kegentaran yang tiba-tiba, dan juga pemusnahan orang durjana, ketika ia sampai.

Ketakutan ialah salah satu pengalaman hidup yang paling teruk. Suatu peristiwa yang mengerikan mungkin dibayangkan atau ia mungkin benar, tetapi kedua-duanya sangat memedihkan. Berita atau laporan bahaya dapat dengan tiba-tiba menyebabkan kecemasan besar dan ketakutan. Atau kamu mungkin tahu Allah akan dengan keras menghakimi orang durjana di sekelilingmu. Tetapi di dalam kedua-dua kes, orang berhikmah akan berbahagia dan damai, kerana Allah akan menjadi keyakinan mereka di dalam bahaya, dan Dia akan melepaskan mereka daripada penghakiman yang kena pada orang durjana (Ams 3:26).

Konteks yang lebih besar menerangkan banyak faedah hikmah (Ams 3:1-22). Konteks yang lebih kecil mengajar bahawa damai sejahtera menjauhi ketakutan dan keselamatan menjauhi bahaya ialah sesetengah faedah itu (Ams 3:23-24). Amsal di atas mengisytiharkan nilai hikmah untuk menyelamatkan manusia daripada peristiwa dan masalah kejutan dan daripada penghakiman Allah kepada para pendosa. Kerana hikmah melibatkan takut akan Allah dan ketaatan kepadaNya, Dia akan menyelamatkan lelaki dan perempuan sedemikian daripada kedua-dua bahaya.

Pujilah Allah Yang Maha Benar dan Yang Maha Hidup! Seorang Kristian tidak patut takut akan apa pun, sebab hatinya sudah kukuh untuk percaya Tuhan (Maz 112:7-8). Kalau tentera pun datang untuk menentangnya, dia dapat yakin, kerana Raja Syurga Yang Maha Tinggi berpihak kepadanya (Maz 27:1-6). Meskipun permukaan bumi dengan ganas ditunggangbalikkan, tiada sebab langsung untuk takut (Maz 46:1-7). Di sinilah faedah mulia hikmah – iman kepada Allah akan menyelamatkanmu daripada segala ketakutan (Maz 34:1-7).

Pertimbangkan ketakutan yang kejutan. Seorang doktor menyatakan kamu ada penyakit kanser! Pasanganmu yang sudah berkahwin denganmu untuk banyak tahun meninggalkanmu! Kamu dipecat tiba-tiba! Kamu berada di dalam bank tepat pada waktu adanya rompakan! Anakmu terbunuh di dalam kemalangan jalan raya! Keretamu rosak dan kamu tak ada wang untuk perbaikian! Sebuah negara kuat mengisytiharkan peperangan terhadap negaramu! Rancangan wang persaraanmu dibatalkan sepenuhnya!

Orang yang takut akan Allah dan yang mengasihi hikmah ada keyakinan yang penuh di hadapan ketakutan. Naaman mendapat penyakit yang tidak dapat disembuhkan, tetapi dia dengan berani mencari Elisa untuk kesembuhan penuhnya. Hizkia ada penyakit yang mematikan, tetapi dia berdoa untuk beberapa minit dan diberikan 15 tahun lagi ditambahkan kepada hayatnya. Yesus Kristus pergi ke salib untuk kematian yang kejam dengan keyakinan penuh di dalam BapaNya. Paulus dan Silas dapat menyanyi di kurungan bawah tanah Rom di Filipi, Makedonia.

Pertimbangkan pemusnahan orang durjana. Epidemik influenza 1918 telah membunuh 40 juta orang! Perang dunia kedua meragut nyawa 72 juta orang! Penyembah bulan yang tidak waras membinasakan World Trade Centre di Amerika Syarikat! Tsunami pada tahun 2004 menghapuskan nyawa dan rumah disepuluh negara!

Orang yang takut akan Allah dan yang mengasihi hikmah dipelihara daripada penghakiman Allah kepada orang durjana. Allah telah melemaskan semua orang dengan banjir sedunia 4500 tahun dahulu, tetapi Nuh dan keluarganya masih kering di dalam bahtera. Allah mengeluarkan Lot dari Sodom sebelum membakarnya hangus. Yakub dan keluarganya diberi makan di bahagian Mesir yang paling elok pada waktu kemarau yang buruk benar. Banyak orang kudus diselamatkan dari kota Yerusalem, ketika Allah mengutus tentera Rom untuk membinasakan para pembunuh AnakNya.

Apakah itu hikmah? Ia bermaksud takut dengan hormat kepada TUHAN Jehovah Alkitab dan memegang perintah-perintahNya. Allah berkawan, memberkati, menyelamat, dan membantu orang sedemikian, supaya mereka tidak perlu takut di dunia ini atau di akhirat pun. Mereka dapat membalas dengan yakin sekali kepada apa pun desas desus masalah, sebab mereka akan dilindungi. Jika Allah syurga berpihak kepadamu, maka tiada apa pun yang manusia atau bencana alam dapat buat kepadamu (Ams 3:26; Maz 118:6; Mat 10:28-31; Ibr 13:5-6).

Ketakutan yang paling teruk yang dilihat dunia dan pemusnahan yang paling teruk orang durjana belum lagi sampai, dan ia tidak jauh juga (2Tes 1:7-9). Yesus Kristus akan datang dari syurga dengan para malaikatNya yang kuat, dalam api yang menyala-nyala untuk membalas dendam kepada orang yang tidak mengenal Allah dan tidak mentaati injil. Tetapi orang yang percaya kepadaNya akan dipermuliakan dan akan mengagumiNya pada peristiwa yang sama itu (2Tes 1:10). Percayalah dan taatilah Tuhan Yesus Kristus pada hari ini juga.