Amsal · Proverbs

3:26
Sebab TUHAN akan menjadi keyakinanmu, dan akan menjaga kakimu supaya tidak terjerat.Sebab TUHAN akan menjadi keyakinanmu, dan akan menjaga kakimu supaya tidak terjerat.

Sesetengah orang fikir bahawa sikap yakin akan diri sendiri adalah baik, tetapi keyakinan di dalam TUHAN adalah lebih baik. Sebab apakah yang akan kamu buat ketika diri sendiri letih, lemah, kecewa, sedang mati, atau sedang menghadapi kesesakan yang tidak mungkin diatasi? Sesetengah orang fikir bahawa mempertahankan diri sendiri adalah baik, tetapi pertahanan TUHAN adalah lebih baik. Manusia yang paling berani dan yang paling terjamin di sejarah manusia ialah orang yang menaruh percaya mereka kepada TUHAN.

Konteks ini mengisytiharkan pemakaian hikmah, pemahaman dan pengetahuan oleh TUHAN, dan faedah-faedah yang manusia dapat kalau memiliki itu juga (Ams 3:19-22). Salomo kemudian mengajar jaminan dan damai sejahtera yang dibawa berkat-berkat ini kepada orang yang mengekalkannya (Ams 3:23-25). Tidak kira apa pun yang sedang berlaku di dunia ini, orang yang menaruh percaya kepada TUHAN akan selamat dan diselamatkan. Sebenarnya, mereka dapat tidur dengan manis sekali ketika orang lain sedang cemasdan di dalam kesesakan (Maz 4:8).

Berjalan di dalam takut akan TUHAN dengan hikmah, pemahaman, dan pengetahuan memberi kepada manusia keyakinan dan keselamatan yang lengkap (Ams 14:26). Dia tidak takut apa-apa! “TUHAN cahayaku dan keselamatanku; kepada siapakah aku harus takut? TUHAN ialah kekuatan hidupku; kepada siapakah aku harus gementar? Ketika orang durjana, musuh-musuhku dan seteru-seteruku, mendatangiku untuk memakan dagingku, mereka tersandung dan terjatuh. Meskipun suatu angkatan mengepungku, hatiku tidak akan takut: meskipun peperangan bangkit melawanku, aku akan berkeyakinan dalam ini” (Maz 27:1-3).

Daud telah mengajar bahawa orang Israel patut berbaris untuk peluang melawan Goliat (1Sam 17:29). Tiga orang Ibrani langsung tidak peduli akan amarah dan ancaman daripada Nebukadnezar (Dan 3:16-18). Petrus dan Yohanes memberi kesaksian menentang orang Yahudi yang telah menyalibkan Tuhan mereka (Kis 4:13). Dan Paulus berdiri sendiri untuk memberi jawapan di hadapan Maharaja Nero (2Tim 4:16-18).

Kuda disediakan bagi hari pertempuran: tetapi keselamatan itu daripada TUHAN (Ams 21:31). Orang berhikmah hanya mengerah usaha yang munasabah, sebab dia tahu bahawa kejayaan adalah daripada TUHAN (Maz 127:1). Dia tidak gusar atau terlampau bekerja sendiri, dan dia pergi tidur pada waktu yang sewajarnya (Maz 127:2). Dia menaruh kepercayaannya kepada nama TUHAN, menara kuatnya (Ams 18:10).

Tetapi bagaimana pula dengan wabak atau penyakit yang tidak kelihatan yang menakut-nakutkan orang lain? “Kamu tidak akan takut kepada kengerian pada waktu malam; atau anak panah yang terbang pada waktu siang; Atau wabak yang berjalan dalam kegelapan; atau pembinasaan yang melumpuhkan pada waktu tengah hari. Seribu akan jatuh di sebelahmu, dan sepuluh ribu pada sebelah tangan kananmu; tetapi ia tidak akan mendekatimu. Hanya dengan matamu kamu akan memandang dan melihat ganjaran orang durjana” (Maz 91:5-8).

Tetapi bagaimana pula dengan bencana ekonomi? “Walaupun pokok ara tidak berbunga, dan buah juga tiada pada rantingnya; jerih lelah pada pokok zaitun tidak berhasil, dan ladang-ladang tiada makanan; kawanan ternakan terkeluar daripada kandang biri-biri, dan tiada lembu dalam kandang lembu: Namun, aku akan bersukacita dalam Tuhan, aku akan bersuka dalam Allah keselamatanku” (Hab 3:17-18).

Tidak kira apa pun kesukaran atau ancaman sedang dihadapimu, jadilah yakin TUHAN akan melepaskanmu dan menyelamatkanmu. Janganlah lemah, tetapi sebaliknya percaya! Maju ke depan dengan iman! Buat apa yang harus dilakukanmu, kemudian pergilah tidur! “Aku sudah menjadi lemah, kalau bukan kepercayaanku untuk melihat kebaikan TUHAN di tanah orang yang hidup. Nantikanlah TUHAN: Bertabah hati, dan dia akan menguatkan hatimu: Aku berkata nantikan TUHAN” (Maz 27:13-14).

Hai orang Kristian, Tuhan Yang Maha Bahagia telah tidur pada waktu ribut yang sungguh teruk (Mar 4:37-38). Dia dapat menikmati makan malam dan melayani orang lain hanya beberapa jam sebelum Dia dikhianat dan disalib (Yoh 13:1-5). Yesus yang sama ini telah berjanji, “ Aku tidak akan meninggalkanmu, dan juga tidak akan mengetepikanmu” (Ibr 13:5). Apakah hasilnya? “Supaya kita dapat berkata dengan berani, Tuhan itu penolongku, dan aku tidak takut apa yang dapat manusia buat terhadapku” (Ibr 13:6). Orang kudus tidur dengan berkata, “Aku akan berbaring dalam damai sejahtera, dan tidur: sebab engkau, Tuhan, hanya menjadikanku untuk berdiam dalam keselamatan” (Maz 4:8). Amin.