3:24
Ketika kamu berbaring, kamu tidak akan takut: ya, kamu akan berbaring, dan manis tidurmu itu.
Bukan semua masalah tidur adalah kerana insomnia, apnea tidur, atau kesakitan fizikal yang lain. Sesetengah kesukaran tidur adalah kerana masalah rohani. Allah ingin anak-anakNya disayangiNya untuk tidur dengan baik, dan jika mereka mahu menaruh kepercayaan mereka kepadaNya, mereka dapat memiliki damai sejahtera yang sempurna (Maz 127:1-2; Yes 26:3-4).
Salomo memeberitahu anak lelakinya untuk memegang hikmah sihat dan budi bicara, sementara tahu itu membawa banyak manfaat kepada manusia (Ams 3:21-23). Tidur yang manis dan yang damai, bebas daripada ketakutan dan rasa salah, ialah kurniaan yang berharga kepada orang yang takut akan Allah (Ams 3:25-26). Biar pelajaran ini menjadi ubat tidurmu.
Apakah yang menyebabkan masalah tidur? Ketakutan! Jika kamu telah bebal dan telah melakukan sesuatu yang bodoh, kamu tahu bahawa adanya kesan-kesan yang pedih (Ams 6:1-5). Tidak kira betapa kreatifnya dirimu, kamu tahu akan adanya hukuman. Jika kamu telah melakukan perzinaan, maka adanya ketakutan akan pasangan yang marah, baik pasanganmu mahupun pasangan kepada pihak yang telah berzina denganmu. Jika kamu telah melabur di dalam sesuatu penipuan, ada ketakutan kehilangan wangmu sendiri. Hikmah, sementara menyelamatkanmu daripada pilihan-pilihan yang sebegitu bodoh, dapat memberimu tidur yang yakin sekali.
Apakah yang menyebabkan masalah tidur? Ketakutan penghakiman Allah! Jika kamu telah berdosa, kamu tahu bahawa Allah marah dan mungkin dapat menghukummu dengan keras sekali bagi kebebalanmu (Maz 32:3-5). Kegentaran akan penghakimanNya dibesarkan lagi pada waktu malam, kerana kamu membayangkan bahaya tidak kelihatan mungkin bersembunyi dari segala arah. Ribut yang kebetulan dengan guruh dan kilat, menyumbang lagi kepada ketakutan dahsyat akan Allah. Hikmah mengekalkan dirimu salih dan dalam kewajaran, dan tiada ketakutan akan penghakiman Allah.
Apakah yang menyebabkan masalah tidur? Takut akan bencana! Banyak orang gementar akan segala apa pun dari selesema burung sampai kepada tsunami, daripada Y2K sampai kepada pencurian identiti, daripada kemurungan ekonomi sampai kepada peperangan. Tetapi anak Allah tidur dengan damai sekali. Dia tahu AllahNya langsung tidak akan tidur,Allahnya menjaga setiap burung pipit, dan Allahnya mengarahkan setiap kilat (Ima 26:6; Ayb 37:3; 38:35; Maz 29:7; 121:4-7; Mat 10:29-31). Hikmah bernilai tinggi untuk membantumu tidur pada waktu malam.
Dengan Tuhan berpihak kepadamu, kamu dapat tidur pada bila-bila masa, di mana-mana pun (Maz 3:5; 4:8; Yes 26:3-4). Jika malaikat Tuhan berkhemah di sampingmu, tiada apa pun sebab untuk mimpi ngeri atau ketakutan pada waktu malam (Maz 34:7). Petrus cukup sukar dibangunkan tidur pada malam sebelum harihukuman matinya sudah dirancangkan (Kis 12:1-7). Paulus dan Silas menyanyi pada tengah malam di penjara kurungan bawah tanah (Kis 16:19-25). Dan Paulus dengan ceria sekali makan di tengah-tengah ribut yang dahsyat yang telah menutupi sinaran matahari untuk dua minggu (Kis 27:12-37).
Tetapi ia bertambah lebih baik! Dengan adanya Tuhan berpihak kepadamu, kamu dapat mengehadkan dirimu kepada usaha yang munasabah, tidak kira betapa besarnya tugas atau betapa menakutkan situasi itu, dan terus pergi tidur. Dia yang akan beres semua yang lain. Dia mahu kamu tidur mengatasi masalah itu. Bungan awal-awal, berjaga sampai larut malam, atau terus khuatir tidak akan membantu langsung. Dia akan memberes hal itu jika kamu mengerah usahamu yang paling munasabah dan percaya kepadaNya untuk semua yang lain. Itu janjiNya kepadamu (Maz 127:1-2; Flp 4:6-7; 1Pet 5:7).
Pertimbangkan betapa Yesus dari Nazaret telah mengalami faedah hikmah ini di tengah-tengah ribut di laut (Mar 4:36-41). Ketika suatu ribut besar hasil angin kencang timbul, dan ombak memukul bertubi-tubi kapal itu sehingga ia dipenuhi air, di manakah Dia? Tidur dengan damai sekali! Para muridNya kena membangunkanNya! Apakah nasihatNya kepada para murid yang ditimpa kengerian itu? “Mengapakah kalian sebegitu takut? Bagaimanakah mungkin kalian tiada iman?” Apakah pelajaran amsal ini? Perolehlah hikmah! Pergilah tidur! Tidur dengan baik sekali!