31:16
Dia mempertimbangkan suatu ladang, lalu membelinya: oleh hasil tangannya, dia menanam kebun anggur.
Perempuan yang berakhlak mulia tidak bersenang-senang dengan kejayaan dahulu. Padahal, dia tidak pernah bersenang-senang! Dia tekan maju ke arah yang baru di sini. Tugas-tugas rumah tidak memakai segala kemampuannya dan masanya, maka dia menaakuli suatu peluang keusahawanan, membeli tanah, dan melabur simpanannya untuk mengumpulkan aset bagi keluarga. Perempuan ini lebih daripada seorang pengasuh, tukang masak, dan tukang cuci pakaian.
Hai kaum isteri, ibu Raja Lemuel memberinya kata-kata ini (Ams 31:1). Ini bukan kata-kata lelaki, yang tidak tahu kesukaran peranan isteri dan peranan ibu. Inilah kata-kata seorang ibu, yang tahu ketekunan cermat ialah ciri unggul seorang isteri yang sempurna. Nampak cantik, memasak, dan membersih tidak mencukupi. Perempuan ini ialah keajaiban yang berhikmah dan yang berhasil.
Dia mempertimbangkan ladang. Dia pintar dan cukup berpengetahuan untuk melihat potensi suatu tanah yang lapang untuk pembangunan hartanah. Dia tidak melepaskan peluang yang baik. Dia menyesuaikan akal niaga kepada tanah itu, menghitung pelaburan modal, mengira potensi hasil, menyemak harga pasaran untuk wain, menentukan pulangan untung bagi pelaburan itu, menganggari keperluan aliran tunai, dan membuat keputusannya. Betapa hebatnya isteri ini!
Dia membelinya. Sesudah mempertimbangkan potensi ladang itu dan harga yang berpatutan untuk pulangan yang menguntungkan, dia membelanjakan dananya yang berharga untuk membeli tanah itu. Dia berani membuat keputusan; dan dia berpandangan jauh dan tabah hati; dia kreatif dan berdaya keusahawanan. Dia yakin di dalam kemampuannya, penaakulannya, dan potensi keuntungan untuk mengganjari keluarganya pada masa yang akan datang.
Dia memakai hasil tangannya untuk membuat pelaburan itu. Melalui pemeliharaan berhikmah akan rumahnya dan hal kewangan yang lain, suaminya telah memberinya sebahagian daripada pendapatan rumah tangga (Ams 31:11-12,23,31). Daripada membuang masa mencari diskaun untuk bercuti di kapal pesiar mewah atau main tenis, dia melabur wangnya bagi masa depan keluarga di dalam aset-aset yang menghasilkan pendapatan.
Dia menanam kebun anggur. Dia mengelak projek-projek sosial perempuan yang tidak pernah kerja di dalam pekerjaan yang benar. Dia ingin bekerja – untuk menjadi berhasil. Dia tidak hanya membeli ladang; dia bertitik peluh untuk menghabiskan projek itu (Ams 12:27). Dia membeli benih, menanamnya, dan menunggu. Dia nampak masa depan, sementara kebun anggur yang menguntungkan tidak dihasilkan dengan satu malam sahaja. Betapa hebatnya perempuan ini!
Agama Kristian tidak mewajibkan perempuan untuk kekal sebagai suri rumah yang jahil. Perempuan yang pintar mungkin berada di rumah dengan kanak-kanak dan tugas-tugas yang lain, bergantung kepada keadaan-keadaan dan objektif-objektif keluarga. Tetapi ideal tinggi yang dipersembahkan oleh nas-nas kitab di dalam petikan ini menyanjungi potensi seorang perempuan. Perempuan yang berakhlak mulia bekerja di luar rumah dengan projek-projek yang bercita-cita tinggi, tetapi hanya sesudah menyiapkan bekalan secukupnya bagi suami, anak-anak, dan keperluan-keperluan rumah yang lain.
Dia pertama-tama memberi bekalan kepada suaminya dan anak-anaknya (Ams 31:10-12,27-28). Dia tahu bahawa “penjaga di rumah” (Tit 2:5) mengutuk sikap melahu dan tabiat-tabiat berdosa perempuan yang bebal; ia tidak bermaksud untuk berdiam di rumah sepanjang hari (1Tim 6:13-14). Dia menempatkan Allah pada keutamaan pertama, suami kedua, keluarga ketiga, dan perniagaan keempat. Suaminya dan anak-anaknya akan memujinya, bukan kerana berada di rumah sepanjang hari untuk menyapu dan mencuci, tetapi lebih banyak kerana membantu membangunkan harta keluarga.