Amsal · Proverbs

31:17
Dia mengikat pinggangnya dengan kekuatan, dan memperkuatkan lengan-lengannya.

Perempuan yang hebat kekal bertambah baik. Mereka tahu bahawa menjadi cemerlang memerlukan banyak usaha, maka mereka menyediakan diri untuk itu. Perempuan yang berakhlak mulia tidak berpuas hati dengan kemampuannya, penampilannya, atau pencapaiannya; dia terus lanjut bertekun untuk bertambah maju di setiap bahagian kehidupan. Dia tidak melonggarkan tekadnya untuk kecemerlangan. Dia memperlakukan peranannya dengan serius dan berniat untuk menjadi yang terbaik.

Keberhasilan perempuan yang berakhlak mulia adalah cemerlang. Kaum perempuan menjadi lemah semangat ketika nampak penjelasan tentang kecemerlangannya. Amsal ini menunjukkan kesetiaannya untuk usaha bertenaga dan jerih lelah yang tekun. Setiap perempuan yang mahu menyenangkan Allah dan manusia harus menyerahkan diri kepada usaha yang bertenaga tinggi dan yang kuat juga. Peranan isteri dan ibu bukanlah peranan yang mudah, kalau dilaksanakan dengan sewajarnya.

Perhatikan bahasa kiasan. Hal mengikat pinggang dengan kekuatan ialah perbuatan melingkari sesuatu untuk menjadikannya kuat dan siap untuk bertindak. Kegiatan yang banyak memakai daya pada zaman Salomo mewajibkan pengikatan pinggang bagi jubah yang panjang dan labuh supaya dapat lebih mudah bergerak (2Raj 4:29; 9:1; Ayb 38:3; 40:7). Kiasan metafora dan sinekdok bagi klausa ini berniat untuk menggambarkan perbuatan menguatkan seluruh diri untuk aktiviti dan usaha yang besar, dan bukan sahaja pinggangnya. Senaman bukanlah maksud utamanya.

Senaman bisep curl dan trisep extension akan menjadikan lengan wanita tegap dan langsing, tetapi kiasan sinekdok bagi klausa yang kedua juga bermaksud seluruh wanita itu. Pinggangnya, iaitu pusat kekuatan tubuh, dan lengannya, iaitu alat-alat berguna bagi perempuan yang rajin bekerja, ialah bahagian-bahagian tubuh penting yang dipakai untuk mewakili keseluruhan orang itu: tubuh, minda, dan jiwa. Dia memerlukan kuasa keseluruhan untuk menjadi seorang wanita yang berhasil yang mencapai banyak bagi suaminya dan keluarganya.

Perempuan yang hebat berusaha untuk mencapai kecemerlangan. Dia ada dorongan, tenaga, kekuatan, dan keghairahan. Dia tidak bangun perlahan-lahan untuk dengan terhuyung-hayang melakukan kitaran tugasnya sekali lagi. Dia bangun dengan kecergasan baru dan harap untuk menjadi lebih baik pada hari ini daripada semalam. Dia memakai langkah-langkah yang biasa dipakai untuk mengenalpasti, membangun, dan mengekalkan kemampuannya. Dia mahu menambahkan keberhasilannya.

Kebanyakan perempuan menanti-nantikan suami mereka berangkat ke tempat kerja dan anak-anak pula berangkat ke sekolah, supaya mereka dapat mengurangkan daya usaha mereka. Dengan alat-alat pintar yang mengambil alih bahagian buruh tugas-tugas mereka pada zaman moden ini, dia dapat mengehadkan keberkesanan usahanya kepada kadar 30% dengan kerap kali menyelitkan beberapa kenikmatan dan masih dapat melengkapkan kerjanya. Biar Allah melarangkannya! Perempuan yang berakhlak mulia di dalam situasi yang sama akan memakai kebebasan ketiadaan suami dan anak-anak untuk menjanakan lagi 100% tenaganya untuk melakukan kerja tiga perempuan. Sayangilah dia!

Ia bukan Allah yang menguatkan pinggang dan lengannya di sini; perempuan itu sendiri melakukannya. Jangan jadi orang Fatalis [orang yang berserah kepada nasib] dan harap untuk masih maju; pikullah tanggungjawab dan majulah dirimu sendiri. Dia membaca, bercakap kepada orang lain, bersenam, belajar kaedah-kaedah yang lebih baik, mendaftar diri untuk kelas kemahiran, mengubahkan tabiat-tabiatnya, melebihi kerja rutin, membeli ciptaan-ciptaan pintar, mengatur semula tugas-tugas rumah tangga, dan apa pun jalan untuk menjadi lebih baik. Dia mengabdikan diri kepada keberhasilan yang tinggi, dan dia akan mengerahkan tenaga yang diperlukan untuk itu.

Oleh sebab dia perempuan yang berakhlak mulia, dia ada pemahaman yang baik (1Sam 25:3). Dia tahu bahawa hikmah boleh berganda dan mengarahkan usaha-usahanya kepada keberhasilan yang lebih besar. Dia tidak akan ditemui dengan kapak yang tumpul (Pkh 10:10). Dia bersungguh-sungguh memekakan diri kepada kaedah-kaedah yang lebih baik, alat yang lebih baik, jadual yang lebih baik, pekerja buruh yang lebih baik, komunikasi yang lebih baik, resipi yang lebih baik, atau apa pun untuk memperkasakan keberhasilan. Dia berada di baris depan setiap kelebihan yang dapat ditemuinya untuk mencapai lebih banyak lagi.

Perlanjutan pendidikan diperlukan bagi kebanyakan profesion dan perdagangan, sebab dunia yang kerap berubah-ubah menuntut pengetahuan tambahan. Jika seseorang tidak kekal belajar dan memajukan diri, maka dia akan diusung ke dalam pekerjaan yang lebih rendah. Kebanyakan majikan sanggup bayar untuk tusyen dan buku bagi kursus-kursus yang akan memperkasakan nilai pekerja kepada syarikat. Mereka mahu para pekerja yang terus-menerus meluaskan kemampuan dan pengetahuan mereka supaya dapat kian hari kian menyumbang apa yang bernilai. Dan peranan dan kerja seorang perempuan bukan kurang penting. Dia harus terus-menerus memajukan diri.

Perempuan tua harus mengajar perempuan yang lebih muda di gereja-gereja Kristus (Tit 2:3-5). Jika ini dilakukan dengan tekun dan dengan berhikmah, maka setiap generasi perempuan Kristian akan menjadi lebih hebat daripada generasi yang sebelumnya dari segi kekudusan dan kesalihan perkahwinan dan hal-ehwal rumah tangga. Jika ini bukan keadaan gerejamu, maka siapakah yang akan mengubahkan ragam yang tidak salih ini? Dan bila? Setiap ibu Kristian juga haruslah bangkit mengatasi kegilaan penampilan luaran atau sikap kekukangan, yang kedua-duanya tidak salih, supaya dapat mengajar anak-anak perempuannya dengan sepenuh-penuhnya.

Perempuan yang berakhlak mulia tidak berpuas hati menanam talentanya; dia akan membangun dan mengambil segala kesempatan talentanya untuk mencapai potensinya yang penuh. Dia mahu memakai lima talentanya, melaburkannya dengan elok, lalu mendapat lima talenta lagi. Dia tidak mahu Tuhan untuk menghakiminya kerana membazir peranan yang telah diberi Tuhan kepadanya (Mat 25:14-30). Dia ada mengingati perumpamaan talenta dan menggandakan talentanya sebanyak semungkin.

Hai isteri, adakah kamu kekasih yang paling baik dalam kemampuanmu? Tukang masak yang paling baik? Ibu yang paling baik? Pelabur yang paling baik? Penghias rumah yang paling baik? Pembeli barang yang paling baik? Adakah rumahmu tidak bernoda di mana-mana pun? Apakah pendapatan tahunan perniagaan di rumahmu? Adakah kamu memakai dirimu dengan tenaga yang penuh setiap hari bagi suamimu dan anak-anakmu? Atau sudahkah kamu bersara dalam pekerjaan itu? Adakah kamu menyerang tugas-tugasmu? Atau adakah ia menjadi suatu timbunan yang terlalu besar bagimu? Ikatlah pinggangmu! Kuatkanlah lenganmu!

Ingat, TUHAN punya penekanan bagi perempuan yang berakhlak mulia adalah di dalam kemampuan dan pencapaian dalam perkahwinan dan hal-ehwal rumah tangga (Ams 31:10-31). Jangan menyembunyikan diri di belakang hal memetik ayat-ayat Alkitab dan kegiatan membaca buku-buku Kristian; Allah tidak menjadikan itu suatu keutamaan bagi kehidupanmu. Setiap rujukan kepada aktiviti-aktiviti perempuan di dalam Alkitab bersangkut paut dengan suami mereka, anak mereka, dan rumah mereka.

Hai suami, ia bukan sahaja hikmah untuk membantu isterimu mendapat lebih banyak tidur untuk bergiat sepanjang hari, tetapi ia juga merupakan suatu perintah (1Pet 3:7). Kamu harus tahu dan memahami bahawa isterimu ialah bejana yang lebih lemah, dan di dalam kebanyakan kes memerlukan lebih tidur daripada dirimu. Berilah dia tidur itu, dan tinggalkanlah amsal ini di tempat tidurnya. Biar dia memulakan siang hari dengan segar dan siap untuk bekerja.

Hai suami, ia bukan sahaja hikmah untuk membantu isterimu menjadi lebih baik dengan membenarkannya peluang-peluang untuk meluas dan menggandakan kemampuannya, tetapi ia juga merupakan suatu perintah (Efe 5:29). Kamu diperintahkan untuk mengasihi isterimu dengan menyuburkannya – menggalakkan pertumbuhannya. Biar dia menghadiri kelas kemahiran, bersahabat, membeli alat, atau apa pun yang akan menjadikannya lebih baik. Kamu juga harus memberi kepada dia sebahagian daripada hasil jerih lelahnya supaya dia dapat melabur dengan itu supaya mendapat hasil yang lebih baik (Ams 31:31). Akhirnya, hai suami, kamu yang akan menerima faedahnya yang lebih besar. Jalan Allah selalunya menjadikan semua pihak pemenang.