5:1
Hai anakku, perhatikanlah hikmahku, dan tunduklah telingamu kepada pemahamanku:
Hai ayah, adakah kamu mengajar anak lelakimu hikmah dan pemahaman? Adakah kamu mengarahkannya tentang bahaya besar dalam kehidupan – termasuk perempuan sundal? Hai anak lelaki, adakah kamu menanti untuk mendengar nasihat ayahmu? Adakah kamu faham dia seorang lelaki sebelum kamu dilahirkan dan ingin membantumu?
Solomo memberitahu anak lelakinya untuk mendengar arahannya. Tanpa ketakutan atau kerendahan hati yang palsu, dia memberitahu anak lelakinya bahawa dia ada hikmah dan pemahaman yang anak lelakinya tidak ada. Dan dia memberitahu anak lelakinya untuk mengambil perhatian dan rendahkan dirinya - “tunduklah telingamu” - untuk nasihat kebapaannya. Walaupun Solomo seorang raja, arahannya ini adalah di antara seorang ayah dengan anak lelakinya. Setiap ayah yang takut akan Allah dan mengasihi hikmah akan menghargai contoh ini. Hai ayah, lakukannya!
Apakah konteksnya di sini? Ia merupakan Solomo memberi amaran kepada anak lelakinya tentang perempuan sundal, seperti yang ditunjukkan semua ayat yang kemudian (Ams 5:1-23). Solomo memberitahu anak lelakinya kebenaran yang terus terang dan bahaya perempuan yang jalang, dan dia memuji aspek seksual dan aspek kekeluargaan seorang isteri yang setia. Di sinilah hikmah yang praktikal untuk kedua-dua ayah dan anak lelaki untuk menolak suatu godaan yang sungguh besar dan untuk belajar bagaimana ayah yang hebat mengarahkan anak-anak lelakinya. Hai ayah, akankah kamu lakukannya? Hai anak lelaki, akankah kamu mendengar?
Tiada ruang untuk ketakutan dalam perhubungan ayah-anak. Hai ayah, janganlah takut untuk berdepan dengan anak lelakimu, untuk memberitahunya kesalahan-kesalahannya, memberi amaran tentang bahaya yang menjelang, dan memberi dia nasihat yang tegas untuk mengelak masalah. Kepedihan dan keaiban yang menjelang bagi kamu berdua jauh mengatasi apa pun ketidakselesaan yang kamu rasa sekarang. Kamu tahu jauh lebih daripada anak lelakimu, tidak kira betapa angkuh dan melulu dirinya itu. Jika dia tidak peduli arahanmu, maka kamu sudah melakukan apa yang diharapkan Allah. TUHAN akan memberkatimu, dan anak lelakimu akan mengingati nasihatmu nanti. Yakin akan itu.
Tiada ruang untuk kerendahan hati yang palsu dalam perhubungan ayah-anak. Suatu konsep keperempuanan kerendahan hati yang palsu sungguh menular pada hari ini. Bencilah itu! Tolaklah itu! Anak lelakimu bukanlah sama denganmu – dia seorang bayi berbanding denganmu. Jangan meminta maaf bagi hikmahmu yang lebih unggul. Itu bukan kerendahan hati untuk meminta maaf atau berkompromi tentang hikmahmu. Ia keangkuhan untuk tidak mempedulikan aturan Allah dan mengabaikan didikan anak lelakimu. Tanggapilah perbezaan ini. Bacalah seluruh Ayub 32.
Jika anak lelakimu bukan suatu kejayaan dalam hal takut akan Allah, kamu besar kemungkinan telah berkompromi dalam didikannya. Itulah hal sebenarnya. Didikan memang berkesan (Ams 22:6,15; 29:15). Tetapi kamu harus mengambil masa, menyiapkan suatu agenda, berada bersama anak lelakimu, dan bukalah mulutmu untuk mengalihkan hikmah dari hatimu kepada telinganya. Main dam pada waktu malam tidak bererti, tidak kira apa pun bebelan nasihat keperempuanan orang bebal yang tersiar di radio Kristian bagi perempuan tolol (2Tim 3:6-7). Jadilah benar! Seorang anak lelaki yang penuh dengan hormon dan berdepan dengan godaan-godaan zaman ini memerlukan seorang ayah yang benar dengan amaran yang cukup benar dengan istilah-istilah yang benar.
Hai ayah, kamu seorang lelaki. Kamu tahu kelemahanmu untuk perempuan yang cantik. Kamu tahu kepedihan perempuan jelek. Kamu tahu masalah berkendak dan perzinaan. Kamu telah mengharungi godaan-godaanmu sendiri, dan kamu telah menyaksikan kegagalan orang lain. Beritahu anak lelakimu. Beritahu dia dengan jelas. Beritahu dia dengan butir-butir. Solomo ada berbuat demikian. Apa pun yang kurang daripada itu adalah pemberontakan yang bebal.
Hai anak lelaki, kamu seorang budak. Ayahmu lelaki dewasa. Dengarlah dia. Dia seorang lelaki sebelum kamu dilahirkan. Dia telah membapaimu melalui seorang perempuan sebelum kamu wujud. Dia tahu lebih tentang perempuan daripada apa yang kamu dapat belajar dalam 20 tahun kemudian. Dia berminat dalam masa depan jangka masa panjangmu, yang kamu buat sementara tidak dapat hargai. Duduklah. Berdiamlah. Ambil perhatian.
Hai pembaca, Allah di syurga ialah Bapamu kerana Dia Pencipta, dan harap Dia Bapamu juga dari segi keselamatan dalam Kristus. Dia mengenalmu lebih daripada apa pun yang akan kamu belajar tentang apa pun hal dengan faktor yang disebut “tidak terhingga”.Ambil perhatian. Rendahkanlah dirimu. Bencilah fikiranmu sendiri. Kasihilah khutbah. Pertimbangkanlah kata-kata pastormu. Ulangkaji khutbah-khutbahnya. Bacalah Alkitab. Selamatkanlah dirimu.