Amsal · Proverbs

5:11
Dan kamu akhirnya meratap, apabila dagingmu dan tubuhmu dihanguskan,

Sebelum ia membunuhmu, fikir tentang apa yang sedang kamu buat! Sebelum kamu terlantar di katil matimu, selidikilah kehidupanmu. Dunia ini memuliakan perbuatan berkendak [bersetubuh secara haram], tetapi mereka akan mati dan pergi ke neraka. Adakah kamu cukup berhikmah untuk menanggapi kepentingan tindak lakumu sebelum kematian?

Hakikat kematian menyerikkan para pendosa supaya berfikir, malah orang yang berkendak juga. Ketika seseorang berada dalam kesihatan, dia memperbenarkan dosa-dosanya. Dia berseronok dengan kenikmatan dosa-dosanya, tidak melihat kesan-kesan kejahatan, dan memikir bahawa dia ada banyak masa untuk mengubahkan jalan-jalannya. Tetapi ketika terlantar di katil mati, dia berdukacita, serik dan berhajat untuk kembali untuk memulakan semula kehidupannya. Hai orang yang berkendak! Bencilah dosamu sekarang, sebelum ia menghanguskan tubuhmu, dan kemudian jiwamu!

Jika seseorang tahu bahawa dia akan mati pada hari ini, perbuatan berkendak ialah perbuatan yang paling jauh daripada fikirannya. Kesingkatan kehidupan, kemuktamadan kematian, dan hakikat penghakiman di kekekalan akan memelihara hatinya daripada kebebalan sedemikian. Dia akan menyiapkan hatinya dan jiwanya untuk meninggalkan dunia ini dan bertemu dengan Hakim yang paling dahsyat. Hai orang yang berkendak! Bagaimanakah kamu tahu bahawa kamu tidak akan mati pada hari ini?

Salomo dalam amsal ini berada di tengah-tengah satu ayat yang panjang untuk menjelaskan kesan-kesan perbuatan berkendak (Ams 5:8-14). Pelajaran Salomo di sini ialah dukacita yang tentu datang pada penamatan kehidupan yang ketiadaan harapan dan yang kepedihan kerana berdosa terhadap semua arahan dan hikmah para gurunya dan para pembimbingnya. Salah satu amaran terhadap dosa seksual adalah untuk menjadikan orang memikir tentang hal kematian.

Orang yang berkendak boleh mati dengan beberapa cara. Ada senarai yang panjang akan penyakit seks berjangkit yang memakan daging manusia dengan cara yang berbeza dan di bahagian-bahagian tubuh yang berlainan. Keluhan dan teriakan sakit para pesakit ini adalah wajar. Tetapi sama ada kematian datang secara langsung atau secara tidak langsung, kesan-kesannya adalah sama. Kamu akan dengan berdukacita harap untuk kembali memulakan semula kehidupanmu.

Apakah yang orang muda dapat belajar daripada amsal ini? “Ia lebih baik untuk pergi ke rumah yang sedang meratap, daripada pergi ke rumah yang sedang berpesta: sebab itulah keakhiran semua manusia; dan orang yang masih hidup akan memasang pemerhatian itu kepada hatinya” (Pkh 7:2). Berpesta pora, atau parti, ialah suasana dan aktiviti yang membawa kepada fikiran-fikiran bebal dan hal berkendak. Di perkuburan pula, ia menyebabkan orang muda supaya mempertimbangkan kubur dan kehidupan wajar, sebelum ia terlalu lambat. Ke mana akan kamu pergi pada hari ini?

Salomo juga telah menulis, “Ingat sekarang Penciptamu pada masa mudamu, sementara masa yang susah belum sampai, dan tahun-tahun belum sampai ketika kamu akan berkata, Aku tidak bersenang di dalamnya” (Pkh 12:1). Hari-hari kepedihan menjelang ketika kamu akan menyesal masa silammu. Masa depanmu sudah tentu. Kamu akan mati dan memberi pertanggungjawaban bagi setiap fikiran dan tindakan rahsia. Fikir tentang itu pada hari ini! Fikir tentang itu sementara kamu ada kemampuan dan masa untuk mengubahkan kehidupanmu.

Salomo, yakni ahli filsafat dan pengkhutbah yang berilham, mengakhiri penaakulan kehidupannya dengan cara ini: “Biar kita mendengar kesimpulan seluruh hal itu: Takut akan Allah, dan peganglah perintah-perintahNya: sebab inilah keseluruhan tugas manusia. Sebab Allah akan membawa setiap pekerjaan kepada penghakiman, dengan segalanya yang rahsia, sama ada ia baik ataupun ia jahat” (Pkh 12:13-14).

Setiap orang muda yang bertaubat dan menaruh harapan kepada Kristus Yesus yang merupakan Manusia Yang Sempurna boleh menghadapi hari terakhir itu dengan sukacita dan dengan damai sejahtera sementara percaya akan kemuliaan yang tidak terkatakan yang menunggu di syurga. Meskipun dia dengan bebal berdosa melalui perbuatan berkendak pada masa silam, ada pengampunan penuh bagi orang yang benar-benar bertaubat, sebab Yesus telah dicubai dengan setiap nafsu orang muda, namun tanpa berdosa (Ibr 4:14-16).