5:10
Supaya jangan orang asing dipenuhi kekayaanmu; dan hasil jerih lelahmu berada di rumah orang asing;
Pelacur sungguh mahal. Kes paling elok, mereka mahu dirimu dan wangmu; Kes paling teruk, mereka mahu wangmu tanpa dirimu. Meskipun mereka tidak mengambil aset-asetmu atau pendapatanmu secara langsung, ia mahal untuk menghibur dan menyokong mereka. Jika kamu memerlukan satu lagi alasan untuk mengelak mereka, inilah alasan itu.
Raja Salomo di dalam amsal ini telah memberi anak lelakinya satu lagi alasan untuk menjauhi perempuan asing (Ams 5:3), iaitu mana-mana perempuan yang dia tidak kahwin – sama ada pelacur, perempuan sundal, ataupun perempuan zina. Ia sungguh mahal untuk membeli keredaan mereka atau mengekalkan mereka dalam keadaan gembira; aset-aset dan pendapatan lelaki akan diberi kepada orang luar nikah, meskipun perempuan demikian tidak memberi apa pun manfaat yang kekal.
Di sinilah hikmah Allah! Untuk memerangi nafsu kuat yang ada di dalam lelaki muda dan memberi amaran yang teliti akan kebebalan perbuatan berkendak dan perzinaan, kamu harus menyatakan lebih daripada “Lari diri daripada perbuatan berkendak” (1Kor 6:18) dan, “Kamu tidak akan berzina” (Kel 20:14). Ada banyak lagi ancaman dan amaran yang kamu boleh beri untuk membantunya mengalahkan nafsu yang kuat ini.
Kamu pasti harap dan berhajat supaya seseorang lelaki muda dapat dikekalkan suci secara seksual hanya dengan mengenal bahawa Allah telah melarang dosa-dosa sedemikian, seperti Yusuf dengan isteri Potifar (Kej 39:9). Tetapi itu tidak realistik dan tidak berhikmah. Banyak lelaki muda tidak dilahirkan semula untuk memiliki hati yang takut akan Allah, dan orang yang dilahirkan semula tidak berada pada tahap kematangan dan keghairahan rohani Yusuf.
Kebanyakan Amsal menunjuk kesan-kesan semula jadi dosa. Sementara sesetengah hukum Allah dinyatakan dan dipakai, kebanyakan daripada kitab tersebut berkaitan dengan pemerhatian-pemerhatian kepedihan dan penderitaan yang disebabkan dosa. Ibubapa yang berhikmah akan mengambil peduli. Mereka boleh melakukan tugas yang lebih menyeluruh untuk mendidik anak-anak mereka, jika mereka mengikuti pimpinan Salomo dan menjelaskan segala kesan pedih dosa.
Perbuatan berkendak dan perzinaan ada kesan-kesan yang pedih, tidak kira apa yang dunia mungkin nyatakan dengan positif tentang seks bersahaja. Salomo tahu kos kerugiannya: dia pernah memerhatikan itu di dalam kehidupan ayahnya selepas perzinaan dengan Batsyeba. Dia kerap kali memberi amaran tentang si pembinasa para pemuda ini (Ams 2:16-19; 5:1-23; 6:23-35; 7:1-27; 9:13-18; 22:14; 23:27-28; Pkh 7:26-29).
Para pelacur adalah mahal. Jika seseorang pemuda dengan bebal melawat seorang pelacur, harganya sungguh tinggi untuk beberapa saat kenikmatan semata-mata. Dia tidak memberi apa pun diskaun untuk perasaan salah, hati nurani yang didukakan, atau penyakit kelamin [STD]. Wang yang susah payah diperolehnya itu dibahagikan di antara seorang perempuan yang tidak peduli akan dia dan barua perempuan itu, yang merupakan bangsa manusia yang paling rendah di kalangan sampah masyarakat. Bangunlah, hai lelaki muda! Kahwinlah seorang perempuan yang salih dan bersetubuh dengan percuma setiap malam bersama saudari karibmu dan teman sehidupmu itu.
Para pelacur adalah mahal. Jika seseorang lelaki muda dengan bebal melayani seorang penzina, maka dia harus menyerah banyak pemberian, sementara perempuan itu mengharapkan para pelanggannya untuk mengampunya, atau lelaki itu harus bertanding melebihi suaminya. Sementara terperangkap di dalam jerat kasih yang dikhayalkan dan yang berpura-pura, teruna bebal itu akan berbuat segala apa pun untuk memanjakan isteri orang lain ini yang durjana dan yang tidak setia, sementara lupa bahawa perempuan itu sedang mengambil nafkahnya tanpa apa pun jaminan kesetiaan kerana kekal berada dalam perkahwinan dengan lelaki yang lain. Bangunlah, hai lelaki muda! Kahwinilah seorang perempuan yang salih dan bersetubuh dengan percuma setiap malam bersama saudari karibmu dan teman sehidupmu itu.
Para pelacur adalah mahal. Lelaki muda yang lain memilih jalan kelab malam dan bar, iaitu tempat yang mereka harus mengekalkan suatu penampilan orang yang berjaya kerana kalau tidak dia kehilangan kepopularan dan daya tarikan. Kereta-kereta mahal, pakaian, aksesori, rumah, hiburan, dan gaya hidup – semuanya itu untuk semata-mata suatu penampilan kemakmuran dan kuasa untuk menggoda perempuan yang berjiwa cetek dan nipis seperti sehelai wang ringgit – akan akhirnya membawa lelaki itu kepada ambang kepapaan. Bangunlah, hai lelaki muda! Kahwinilah seorang perempuan yang salih dan bersetubuh dengan percuma setiap malam bersama saudari karibmu dan teman sehidupmu itu.
Cuba kamu fikir, hai lelaki muda! Bagaimana kalau isterimu, iaitu sahabat karibmu, dan kekasihmu bekerja denganmu untuk membangunkan kepunyaan-kepunyaan keluarga yang terdiri daripada anak-anak dan harta milik, berbanding memakai aset-asetmu dan pendapatanmu untuk kepentingan kepunyaan-kepunyaan orang yang lain? Betapa hebat perbezaannya! Salomo telah menulis tentang hal ini kepadamu di dalam konteks petikan ini (Ams 5:15-19). Cuba fikir betapa lebih cepat kamu dapat maju, betapa lebih jauh kamu dapat maju, dan betapa lagi terjamin kehidupanmu kerana itu. Bangunlah, hai lelaki muda! Kahwinilah seorang perempuan salih dan bersetubuh dengan percuma setiap malam bersama saudari karibmu dan teman sehidupmu itu.
Para pelacur adalah mahal. Pornografi pun boleh merompak seorang lelaki, kerana para pelacur dan para penerbit, baik majalah mahupun Internet, mahu suatu pulangan bagi kedurjanaan yang membinasakan itu. Banyak penzina yang berzina secara visual dan secara fikiran telah kehilangan wang dan masa, dan juga damai sejahtera, kebahagiaan, dan fungsi seksual, dengan menyalurkan wang mereka kepada para pelacur yang jauh-jauh dan/atau kehilangan kesungguhan profesional dan keberhasilan mereka melalui peralihan perhatian dosa yang menagihkan dan yang menghanguskan ini.
Bangunkanlah kepunyaan-kepunyaanmu sendiri, hai teruna, daripada membangunkan kepunyaan orang lain. Sayangilah isteri yang kamu ada, dan jadilah puas dengan payudaranya dan biar dirimu dipersonakan oleh kasihnya (Ams 5:19). Jangan sesekali pun memikir untuk mahu menyelami tangki atau perigi seksual yang bukan kepunyaanmu (Ams 5:16). Hasilkan anak, anak yang sah, dan banyak anak, dan bersukacita dengan isterimu, sementara salasilah keluargamu menjadi pengaruh yang bahagia dan yang berkuasa di bumi (Ams 5:17-18; Maz 127: 3-5; 128:1-6).
Bagi orang yang sudah jatuh seperti orang bebal ke dalam tangan Delila, selamatkanlah nyawamu, dan hiduplah semula jiwamu, dengan berlari jauh-jauh daripadanya dan bertaubat seperti yang dilakukan Daud (2Sam 11:13; Maz 51:1-19; 32:5). Ada belas kasihan dengan Tuhan syurgawi, bagi orang lelaki yang cukup bebal dan durjana untuk mengejar mana-mana pun para pelacur. Bertaubat! Allah setia dan benar untuk mengampuni orang yang benar-benar bertaubat, tidak kira berapa besarnya jenayah itu (Ams 28:13; 1Yoh 1:9; Ayb 33:27-28).
Biar setiap pembaca mempertimbangkan pemakaian amsal ini bagi hal perzinaan rohani. Sesiapa pun lelaki atau perempuan memang berbuat zina rohani ketika mereka bersahabat dengan agama palsu atau dunia. Kasihmu, perhatianmu, masamu, tenagamu, emosimu, dan/atau wangmu kemudian diberi kepada allah atau dewa yang lain yang merupakan musuh Allah sejati di syurga dan AnakNya Yesus Kristus. Alkitab penuh dengan amaran tentang kecemburuan besar Allah dan penghakimanNya yang teruk kepada orang yang mahu mengambil apa yang kepunyaanNya dan memberinya kepada orang lain (Yak 4:4; Yeh 16:1-59; 2Kor 11:1-4; dsb.).