6:11
Maka datanglah kemiskinanmu seperti orang dalam perjalanan, dan kekuranganmu seperti orang bersenjata.
Kemiskinan ialah masa depanmu yang pasti, jika kamu malas atau perlahan dalam pekerjaan. Kemiskinan ialah kuasa yang tidak tertahankan, jika kamu suka tidur. Jauhkanlah kemiskinan pada hari ini dengan melakukan tugas-tugas hari ini (dan mungkin juga tugas hari esok) sekarang juga. Kemiskinan itu suatu pilihan, dan sebaliknya, kamu boleh memilih kemakmuran.
Salomo mengajar anaknya kepentingan daya usaha yang tekun (Ams 6:6-11). Pertama-tama, dia menyuruh anaknya untuk pergi ke semut, yang bekerja sepanjang musim panas untuk menyediakan makanan bagi musim luruh (Ams 6:6-11). Semut juga bekerja secara tekun dan cekal tanpa guru atau pemerintah, kerana semut berdaya memulakan usaha sendiri. Mereka tidak perlu ditarik daripada katil, diberitahu untuk pergi bekerja, dan seterusnya diingatkan semula.
Selepas itu, Salomo mencemuh tidur untuk memberi amaran kepada anaknya tentang terlampau tidur (Ams 6:9-11). Dia bertanya, “Berapa lama akan kamu tidur, hai si lamban?” Sayangilah ayah ini yang sempurna, sementara dia mencemuh pendekatan kehidupan yang popular pada zaman kini. “Sedikit lagi tidur, sedikit lagi kantuk, sedikit lagi melipat tangan untuk tidur” Suka akan ejekannya! Kamu tahu apa yang dia ajar berkenaan butang “tidur sekejap lagi”.
Orang dalam perjalanan selalu mencapai destinasinya. Walaupun perjalanannya mungkin memakan masa yang lama, akhirnya dia akan sampai kepada tempat tujuan yang diingininya. Ia maju menurut sukatan kilometer atau batu, dan menurut sukatan waktu jam atau minit, tetapi lama-kelamaan dia akan sampai. Demikian juga dengan kemiskinan. Ia mungkin memakan masa yang lama untuk menjadikan seseorang miskin, tetapi ia pasti akan sampai. Dan ia pasti akan menjatuhkannya.
Orang bersenjata tidak takut akan penentangan, kerana dia bersenjata. Dia akan pergi ke mana dia ingin pergi, dan dia akan masuk ke mana bangunan yang dia suka. Kamu tidak dapat menahan dia kerana dia bersenjata. Demikian juga dengan kemiskinan. Kamu tidak dapat menahan pencerobohannya ke dalam hidupmu. Pertahananmu akan hancur sebelum kedatangannya yang tidak dapat dihentikan. Usaha-usahamu untuk menghentikannya itu hanya sia-sia sahaja. Kamu pasti akan dijatuhkan.
Si lamban suka akan tidur, tetapi sebaliknya kamu harus benci masa terlanjur di atas katil. Fikirlah tidur itu sebagai sesuatu kejahatan yang diperlukan. Salomo berkata, “Jangan suka tidur, supaya jangan kamu menjadi miskin; bukalah matamu, dan kamu akan dipuaskan dengan roti” (Ams 20:13). Sampai awal untuk bekerja. Kerja overtime – pada waktu pagi. Kebanyakan apa yang kamu dapat buat selepas waktu kerja pun boleh dibuat sebelum waktu kerja. Selepas beberapa hari menyesuaikan diri, kamu akan hairan mengapakah kamu tidak berbuat sedemikian dari dahulu.
Kamu fikir dirimu itu okey? Allah dan orang yang baik tidak berfikir sedemikian. Setakat ini, kamu terlepas daripada kesan sikap malasmu? Kamu lambat dari segi kemajuan kewanganmu. Kamu tidak rela kurang tidur? Kemiskinan menjelang setiap hari. Kamu meminjam daripada orang bagi kewanganmu? Pinjaman wang itu semakin lesap sementara kemiskinan kamu semakin maju. Kamu ingin memohon kenaikan gaji? Jangan nak harap pun dengan adanya reputasi kamu itu! Kamu ingin mengemis? Orang yang baik membiarkan si lamban kebuluran (Ams 20:4). Kemiskinan itu sedang menjelang. Pergilah bekerja pada hari ini.
Kemiskinan rohani juga benar, tetapi jauh lebih merugikan daripada kemiskinan kewangan. Jika kamu malas bagi tugas rohanimu, perhubunganmu dengan Allah yang tidak sihat itu akan lama-kelamaan terdedah. Kemunafikan agamamu yang disandiwarakan itu akan lesap di bawah cubaan apiNya dan akan dilihat oleh orang yang berbudi bicara. Pergilah bekerja mengasihi dan mentaati Allah. Orang yang tekun mencari Allah dengan sepenuh hati akan menemuiNya dan ganjaranNya (Ams 8:17; Yer 29:13; Mat 6:33; Ibr 11:6).