Amsal · Proverbs

6:12
Orang yang nakal, orang yang durjana, menjalani hidup dengan mulut rewel.

Apakah cara yang paling mudah untuk cam lelaki atau perempuan durjana? Semak rekod jenayahnya di pejabat polis? Cium bau dadah? Cari cacah/tatu? Tidak, tidak, tidak. Dengar dan cam untuk mulut yang rewel. Takrif tentang orang nakal ini patut membungkamkan orang yang bermulut celopar.

Amsal ini mengenalpastikan orang nakal dan orang durjana (Ams 6:12-15). Hikmah melibatkan akhlak yang dapat berbudi bicara. Kamu harus mengelak orang bebal dan pencemuh; kamu harus mencari orang berhikmah dan orang baik (Ams 9:7-9; 13:20; 14:7). Dunia penuh dengan orang jahat, dan orang berhikmah akan menanda dan mengelak mereka. Pelajaran di sini ialah ucapan seseorang akan menandakan jenis akhlaknya dengan sungguh tepat.

Tentulah mereka akan berkata, “Kamu tidak tahu hatiku, jadi, kamu tidak boleh menghakimiku”. Mereka mengatakan itu untuk memperbenarkan dan berdalih untuk perilaku mereka yang durjana. Tetapi kamu dapat melihat hati mereka dengan cukup jelas, sebab kata-kata rewel mulut mereka adalah seperti mencurahkan air kumbahan dari hati rewel mereka (Ams 6:14).

Yesus Kristus telah mengajar dengan terang bahawa mulut durjana membuktikan hati yang durjana (Luk 6:45). Hati yang sejati ditentukan oleh ucapan yang berbudi baik (Ams 22:11). Ucapan yang baik tidak boleh muncul dari hati yang jahat, dan sebaliknya, ucapan jahat tidak boleh muncul dari hati yang baik. Inilah hikmah. Belajarlah itu.

Dua perkataan amsal ini tidak kerap dipakai, maka ulangkaji takrifnya.

Nakal. Bercirikan kejahatan moral atau kedurjanaan; jahat, salah, layak dituduh, tidak wajar.

Rewel. Cenderung bercanggah dengan apa yang diarahkan atau apa yang munasabah; babil, sukar untuk berurusan dengannya, sukar untuk menyukakannya; degil, tidak boleh dikawal; jahat, cenderung kepada niat buruk, 'nakal'.

Orang nakal dan durjana ada hati yang jahat, buruk, salah, atau bahaya. Mereka orang bebal, orang pencemuh atau lebih teruk lagi. Kamu harus mengelakkan mereka,oleh itu, kamu harus belajar untuk mengenalpasti atau cam mereka. Ucapan mereka selalu bercanggahan, tidak munasabah, negatif, suka mengkritik, babil, tidak hormat, bongkak, kasar, suka memberontak, atau cabul. Mereka tidak dapat selalu menyembunyikan itu, sebab hati mereka jahat.

Hai ibubapa, dengar dan perbetulkan ucapan demikian dalam anak-anakmu. Kebebalan dan kedurjanaan dapat diusir keluar, jika kamu memakai tongkat dan teguran dengan secukupnya (Ams 22:6,15; 23:13-14; 29:15). Keibubapaan yang permisif atau yang memanjakan tidak berkesan dan akan menghasilkan orang yang nakal dan yang durjana. Sebaliknya, ajarlah anak kesalihan dan kerendahan hati dan ucapan yang berbudi baik pada setiap waktu.

Ketika kamu nampak orang yang nakal, jauhilah dirimu daripadanya (Ams 9:7-9; 14:7; 22:10). Dia akan menjerat jiwamu, membazirkan masamu, atau membawa persengketaan dan masalah. Jangan takut kepadanya, sebab malapetaka sedang mendatangi kehidupannya. Allah akan membinasakannya dengan tiba-tiba dan dengan tanpa pemulihan (Ams 6:15).

Paulus telah berdoa untuk pelepasan daripada orang yang tidak munasabah dan yang durjana, sebab dia tahu bahawa hanya orang dengan hati yang baik dan dengan iman ialah matlamatnya (2Tes 3:1-2). Penjanaan semula menimbulkan perbezaan ini. Biar pelajaran ini mengajarmu untuk menjadi orang yang sedemikian pada hari ini juga (Flp 2:12-13; Efe 4:24).