6:7
Yang biarpun tiada pemimpin, penyelia, atau pemerintah,
Adakah kamu berdaya mengusahakan diri? Atau adakah kamu perlu diberitahu apa untuk dibuat? Dan kemudian diingatkan untuk berbuat demikian? Apakah yang harus kamu buat pada hari ini yang tidak seorang pun akan sebut kepadamu? Apakah yang harus dilakukan yang tidak seorang pun akan menampilkan dirinya untuk melakukannya? Akankah kamu melakukannya? Dan akankah kamu melakukannya dengan baik? Adakah kamu cukup bertanggungjawab untuk tahu apa yang harus dibuat dan melakukannya?
Salomo dalam amsal ini bersambung untuk mengutuk dan memberi amaran kepada si lamban dengan membandingkannya dengan semut (Ams 6:6-11). “Pergilah kepada semut, wahai si lamban; pertimbangkanlah jalan-jalannya, lalu jadi berhikmah: yang biarpun tiada pemimpin, penyelia, atau pemerintah, menyediakan makanannya pada musim panas, dan mengumpulkan makanannya pada musim menuai.” (Ams 6:6-8).
Bangsa yang kecil ini tidak perlu bermesyuarat setiap pagi untuk diberitahu apa untuk dilakukan dan bagaimana untuk melakukannya. Mereka pergi kerja dan melakukannya, dengan baik sekali, sekarang juga! Mereka kurang perlu mengulangkaji Ilmu Ekonomi Alkitab, kerana mereka sudah teguh menuruti peraturan-peraturannya dari banyak tahun dahulu.
Semut menyampaikan pelajaran dan teladan yang cemerlang dalam ketekunan, kehematan,dan penabungan. Daripada memperoleh ijazah MBA daripada Harvard, kamu perlu mengkaji semut di kebun semut. Mereka bekerja sepanjang musim panas untuk membekal bagi keperluan-keperluan mereka pada musim luruh, sejuk, dan bunga (Ams 6:8; 30:25). Mereka bekerja keras, memakan sedikit, dan menabung banyak. Semua ciri tersebut ialah nilai murni yang hebat.
Dan mereka melakukannya tanpa arahan. Semut tiada bos atau pengurus untuk mengingatkan mereka tentang ketekunan, kehematan, dan penabungan. Mereka melakukannya secara hati naluri menurut ciptaan Allah yang berhikmah. Ia sesuatu yang memalukan ketika kebanyakan lelaki tidak dapat meniru nilai-nilai bangsa kecil ini. Salomo memberi amaran kepada anak lelakinya tentang manusia si lamban yang tidak mahu bekerja pada waktu tuaian (Ams 10:5; 20:4).
Kebanyakan orang harus dipaksa bekerja, diingat untuk bekerja, diberitahu bagaimana untuk bekerja, ditegur bagi pekerjaan yang kurang berprestasi baik, diingat bagaimana untuk melakukan pekerjaan itu dengan betul, dan selalu disusuli untuk memastikan mereka bekerja (Ams 6:9-11; 20:13). Mereka orang yang pengalah. Mereka penyusah dan penyumbang masalah. Mereka akan bercuti bagi suatu selsema atau sakit kepala. Jika bos tidak hadir, mereka akan bermain. Orang-orang tersebut ialah si lamban.
Yang lain pula memakai segalanya yang diperoleh, kebanyakannya bagi kenikmatan (Ams 21:17,20; 23:21). Mereka akan membelanjakan hasil jerih lelah bulan depan dengan memakai kad kredit bagi kenikmatan dan permainan hari ini. Orang lain yang seperti mereka akan melabur semua wang mereka ke dalam skim bebal yang merompak mereka dan keluarga mereka (Ams 28:19). Mereka tidak pernah sedar bahawa tiada keperluan untuk memakai semua pendapatan.
Dua jenis orang ini – si lamban dan si pembazir – adalah bersaudara. Mereka berdua datang daripada keluarga kebinasaan kewangan (Ams 18:9). Mereka mungkin dapat belajar banyak daripada semut, tetapi mereka terlalu angkuh untuk mempertimbangkan makhluk yang sebegitu tidak penting, walaupun Raja Salomo berbuat demikian! Mereka sebegitu angkuh dan ketagihan tidur sehingga tiada apa pun alasan yang dapat meyakinkan mereka (Ams 26:16).
Penabungan bukanlah suatu cadangan. Ia perintah (Ams 6:8; 30:25). Semut melakukannya dengan hati naluri yang ditaruh Allah ke dalam mereka. Orang baik melakukannya berasaskan keyakinan kepada kebenaran yang telah dinyatakan Allah kepada mereka. Tetapi kebanyakan orang, terutamanya pada zaman kini, tidak menabung. Mereka kekosongan hikmah kewangan.