Amsal · Proverbs

6:8
Menyediakan makanannya pada musim panas, dan mengumpulkan makanannya pada musim menuai.

Menabung wang adalah bijak! Menabung wang adalah betul! Semut melakukannya oleh hikmah yang Allah beri kepada mereka. Adakah kamu? Kamu sudah terkutuk kepada kepedihan dan kesusahan kewangan jika kamu tidak menabung sebahagian daripada segala pendapatan. Jika kamu membelanjakan semua yang kamu peroleh, atau membelanjakan lebih daripada apa yang kamu peroleh, seperti kebanyakan orang Amerika pada zaman kini, kamu akan tidak lama lagi terjebak ke dalam kesesakan, kepedihan, keaiban, tekanan, dan kesusahan kewangan.

Menabung memajukan tahap kehidupan bagi individu dan negara. Orang bebal membelanjakan semua pendapatan untuk memuaskan nafsu mereka pada hari ini juga. Mereka akan belanja melebihi pendapatan mereka dengan berhutang untuk membeli apa yang mereka tidak mampu beli. Tetapi ini memberi kesan membayar bunga bagi hutang daripada menerima bunga atau dividen untuk penabungan, dan itu menafikan modal negara untuk dapat membangunkan negara dengan cara yang sah.

Menabung bukanlah suatu pilihan. Ia bukan cadangan. Ia bukan suatu gagasan yang kamu boleh tidak peduli atau mengabaikan. Ia perintah Allah yang dititahkan secara langsung, seperti dalam amsal ini, dan secara tidak langsung, seperti dalam amsal yang berkaitan dengan perlindungan terhadap masalah yang mungkin berlaku. Jika kamu melakukan segalanya dengan betul dalam perniagaanmu atau pekerjaanmu, tetapi mengabaikan penabungan, Allah akan membongkar dan menghukum kebebalanmu yang berdosa itu.

Semut berada di bawah tanah sepanjang musim sejuk, dan mereka makan makanan yang telah disimpan pada waktu kemakmuran ketika musim panas dan musim tuaian. Tanpa apa pun pemimpin, penyelia, atau pemerintah, semut pandai untuk sedar bagi masa depan dan untuk bersedia untuknya (Ams 6:7). Menabung bukanlah sesuatu yang harus kamu dipaksa buat; kamu harus mahu melakukannya untuk faedahnya yang sungguh besar.

Makluk yang kecil ini ada hikmah yang besar, dan Allah harap kamu belajar daripadanya (Ams 6:6-8; 30:25). Pelajaran pertama ialah kerja keras, yang si lamban dapat belajar dengan menyaksikan kegiatan semut yang cekal hati. Mereka tidak berborak tentang sukan di tempat minum air! Pelajaran yang kedua adalah untuk menjadi orang yang berdaya usaha sendiri; mereka tidak memerlukan jurulatih kawat untuk menjadikan mereka bergerak atau mengingati mereka tentang projek-projek lain yang harus dibuat. Dan amsal ini ialah pelajaran yang ketiga; mereka menabung untuk masa depan.

Jika seseorang merupakan orang yang tekun berdaya usaha sendiri, yakni dua pelajaran semut yang pertama, dia akan memperoleh pendapatan yang cukup besar dalam jangka hayatnya, meskipun dia bukan orang yang berpendidikan dan/atau tidak bergaji. Tetapi berapa banyak yang diperolehnya bukanlah sukatan yang paling baik berbanding sukatan berapa banyak yang dia simpan. Sebab apa yang kamu simpan menunjukkan akhlak yang lebih baik, melindungi masa depan, dan membuka peluang pelaburan.

Orang bebal hidup menurut gaji demi gaji. Orang berhikmah menabung separuh daripada segala pendapatan, sekurang-kurangnya sepuluh peratus, dan mengasingkannya, untuk hanya dipakai untuk kecemasan yang paling mendesak atau untuk pelaburan. Mereka mempertimbangkan masa depan, bukan berbelanja untuk apa pun yang memasuki tangan mereka (Ams 21:20). Mereka memotong perbelanjaan keperluan sebanyak semungkin untuk menabung sesetengah pendapatan. Mereka takut gaya hidup yang mewah (Ams 21:17).

Lebih muda dirimu lebih baik pendapatanmu, dan lebih perlu kamu menabung. Umur muda bukan untuk bermain; tujuannya adalah untuk bekerja dan menabung, sebab waktu kesesakan menjelang. Kamu boleh main nanti. Tetapi jika perniagaan atau pendapatan sedang makmur, kamu harus menabung lebih banyak daripada sepuluh peratus, sebab musim kurang ada di masa depan dan juga ada peluang pelaburan untuk lagi mengumpilkan simpananmu.

Kamu boleh kehilangan aset-asetmu, pendapatan perniagaanmu, atau pekerjaanmu, tidak kira betapa terjamin kamu rasa punca pendapatanmu itu. Dunia yang berdosa ini selalu berubah, dan Solomo memberi amaran di tempat yang lain bahawa aset dan pendapatan boleh dan akan merosot (Ams 23:5; 27:23-24). Salah satu tujuan untuk penabungan adalah untuk menjadi berhemat dan menyediakan bagi kemungkinan masa depan untuk melindungi dirimu (Ams 22:3; 27:12).

Orang yang berhikmah juga tahu simpanan menyediakan modal untuk membeli aset yang menjanakan pendapatan yang dapat mengumpilkan kemampuanmu dan usahamu untuk maju dengan lebih banyak dan dengan lebih cepat. Pertimbangkan faedah memiliki lembu jantan bagi seorang pekebun yang kerja kasar (Ams 14:4). Tetapi dia tidak akan mungkin memiliki lembu jantan tanpa simpanan berdisiplin untuk membeli satu. Dengan adanya lembu jantan, dia dapat menabung dengan lebih cepat untuk membeli satu lagi!

Pandangan ini kadang kala perlu kamu menyimpan benih jagungmu. Seperti yang para petani kenal benar, mereka harus memiliki benih untuk menanam pada tahun depan; ini demikian rupa dalam keperluanmu memiliki simpanan untuk kesesakan atau peluang yang kemudian. Jika kamu memakai segala pendapatanmu, kamu tidak ada apa pun untuk membantumu pada tahun depan, jadi kamu menjadi lebih miskin setiap tahun, walaupun kamu mungkin tidak dapat merasakan itu atau melihat itu dengan serta-merta.

Lima peraturan pertama untuk Ilmu Ekonomi Alkitab adalah untuk mentaati Allah, membayar Allah pertama, membayar dirimu kedua, kerja keras, dan kerja pintar. Peraturan-peraturan asas ini terjamin berkesan, sebab Allah telah mengilhamkannya, dan Solomo mengesahkannya. Semut buat empat perkara itu, jadi kamu boleh jadi lebih baik daripada semut! Ia mentaati Allah, menabung banyak, kerja keras, dan adalah sungguh bijak (Ams 30:25). Pertimbangkannya!

Sementara menabung untuk masa depan kewanganmu, kamu juga harus mengumpulkan harta berharga di syurga untuk masa depan rohanimu (1Tim 6:17-19). Yesus telah mengajar hikmah ini dengan perumpamaan bendahara yang tidak benar (Luk 16:1-9). Allah benar, jadi Dia akan dengan sempurna mengingati pelaburan kesalihanmu (Ibr 6:10; Mat 25:31-46). Sedangkah kamu menjadikan panggilan dan pilihanmu pasti (2Pet 1:10-11)?