8:31
Bersukacita di tempat bumi yang boleh didiami; dan kesukaan-kesukaanku adalah dengan anak-anak manusia.
Hikmah layak untuk perhatianmu. Allah empunya hikmah. Hikmah milikNya. Dia memilikinya sejak kekekalan silam. Allah tidak pernah wujud tanpa hikmah, dan hikmah tidak pernah wujud tanpa Allah. Dia memakai hikmah untuk menciptakan dunia untuk kegunaan manusia (Ams 8:22-31).
Para malaikat, iblis, dan manusia memperoleh atau belajar hikmah, tetapi bukan Tuhan. Pernyataan yang paling besar akan hikmah adalah terhadap manusia – melalui ciptaanNya akan mereka, penyediaan nasibNya terhadap mereka, penjelmaanNya di dalam salah seorang mereka, keselamatanNya di sesetengah mereka, dan wahyuNya kepada mereka. Dia menyanjungi hikmah bagi pertimbanganmu oleh amsal ini. Hikmah layak untuk perhatianmu.
Amsal bab 8 mempersonifikasikan hikmah sebagai perempuan. Semua kata nama peribadi dari “suaranya” di ayat pertama sampai ke sampai ke “terhadapku” di ayat terakhir, ialah Puteri Hikmah (Ams 8:1,36). Dia memperkenalkan dirinya sendiri (Ams 8:1-11), menjelaskan faedah-faedah dirinya untuk kehidupan (Ams 8:12-21), memberitahu tentang hal keberadaannya dengan Allah sebelum dan pada waktu ciptaan (Ams 8:22-31), dan dia menamat dengan gesaan kepada manusia untuk mempertimbangkan nilainya yang besar (Ams 8:32-36). Kebahagiaan dan kejayaan dengan Allah dan manusia bergantung kepada hikmah.
Bagi bahagian ini (Ams 8:22-31), Puteri Hikmah menjelaskan keberadaan dengan Allah sebelum dan pada waktu ciptaan. Dia berbicara tentang Allah membentuk gunung-gunung, lautan, syurga (langit), awan, dan ombak. Tetapi dia kemudian mengalihkan perhatiannya daripada hal-hal kebendaan ke tempat bumi yang boleh didiami dan kaum manusia. Pertimbangkan hikmah Allah yang telah menjadikan hidup di bumi ini sungguh menyenangkan hati.
Tempat bumi yang boleh didiami ada ciri-ciri yang membantu manusia menikmati kehidupan. Mereka menikmati gunung-gunung kerana pemandangannya dan kesejukannya, lembah untuk perlindungannya dan penghasilan sayur yang menghijau, dan lautan-lautan untuk pantai dan sukan air. Mereka menghargai empat musim di tempat yang menjauhi garis khatulistiwa. Sesetengah cuaca adalah elok untuk menanam anggur; di tempat-tempat yang lain adanya batu-batu permata dan emas di bawah tanah. Binatang, bunga, pokok, rupa bumi, dan cuaca berbeza bergantung kepada lokasi bagi hampir setiap kesukaan.
Hikmah besar Allah juga ditunjukkan di dalam karya-karya lain terhadap manusia – ciptaan, penyediaan nasib, penjelmaan, keselamatan, dan wahyu. Kelima-lima kerja itu menyanjungi hikmah dengan sungguh tinggi. Pertimbangkanlah suatu ulangkaji yang menyeluruh akan karya yang paling besar untuk mengamalkan sepenuhnya manfaat dan nilai hikmah yang dipakai Allah dalam belas kasihan terhadap anak-anak lelaki. Kamu patut menghargai hikmah setinggi-tingginya.
Pertama, Allah telah menciptakan manusia. Bagaimana? Melalui hikmahNya yang kekal dan yang tidak terhingga! Lihatlah bayi punya kuku jari dan bulu mata. Hormon Testosteron mengubahkan seorang budak lelaki kepada seorang lelaki dewasa, dan estrogen mengubahkan seorang gadis kepada seorang perempuan, meskipun mereka makan makanan yang sama. Ketika kamu berjalan, kamu melakukan sesuatu yang robot tidak dapat lakukan. Tetapi kemudian pandanglah kepada ahli-ahli gimnastik pula! Adakah lelaki dan perempuan suka berasmara cinta? Adakah tubuh mereka sesuai bergabung di dalam perlakuan itu? Ya, dengan sungguh mulia lagi! Manusia menaakul, memikir, menyukai, dan menjadikan keputusan-keputusan bukan seperti mana-mana makhluk lain di bumi. Lihatlah pasangan kekasih yang bertentangan mata memandang menerusi tingkap jiwa orang lain.Manusia sungguh istimewa. Dia telah dibentuk oleh hikmah Allah.
Kedua, Allah dengan penyediaan nasibNya menjaga mereka. Bagaimana? Melalui hikmah yang kekekalan dan yang tidak terhingga! Dia menyampaikan kepada mereka mata hari untuk mencium kulitmu dan hujan untuk memakmurkan ladangmu. Ladang itu dapat menghasilkan roti untuk kesihatan jantung, wain untuk hati gembira dan minyak untuk mukamu. Dia merupakan tukang risik yang paling hebat di sejarah, dan mengatur supaya kamu dapat bertemu dengan pasanganmu. Ketika kamu memerlukan kerja gaji, Dia menjadikan suatu syarikat untuk mahu memberimu kerja. Ketika kamu dan jiranmu berdoa untuk keperluan-keperluan yang bertentangan, Dia memberi jawapan yang berbeza bagi kedua-dua pihak. Dia telah membantu pereka cipta dan memberi bakat kepada doktor jauh sebelum kamu memerlukan prosedur perubatan baru untuk menyelamatkan nyawamu. Dikekalkan hikmah Allah!
Ketiga, Allah telah menjelma menjadi tubuh manusian dengan sifat manusia. Bagaimana? Melalui hikmah yang kekekalan dan yang tidak terhingga! Yesus dari Nzaret ialah Anak Allah melalui kelahiran yang mukjizat daripada seorang perawan. Dia merupakan penjelmaan sempurna akan Allah dan manusia. Semua milik berharga hikmah dan pengetahuan berada di dalam Dia. Dia sempurna di pandangan Allah dan manusia. Dia merupakan Kehidupan terjelma. KebenaranNya terjelma. Tidak seorang manusia pun yang pernah berbicara seperti Dia; tidak seorang pun pernah hidup seperti Dia. Matahari telah digelapkan, dan suatu gempa bumi telah menggoncangkan bumi, ketika Manusia Yang Mulia ini mati. Dia bangkit daripada mati melalui kuasa yang mulia, dan Dia merupakan Raja segala raja dan Tuan segala tuan di syurga pada masa kini juga. Allah dan hikmah yang tidak terhingga telah dinyatakan di dalam tubuh manusia dalam Yesus Kristus.
Keempat, Allah menyelamatkan manusia daripada dosa. Bagaimana? Melalui hikmahNya yang kekekalan dan yang tidak terhingga! Allah Yang Maha Adil dan Yang Maha Kudus, Yang harus menghukum setiap dosa dan pendosa, telah merancangkan suatu jalan untuk memperbenarkan para pendosa dan masih kekal diriNya sebagai wajar. Dia telah menciptakan tubuh manusia melalui kelahiran oleh seorang perawan, yang Dia dapat didiaminya dan dihukumnya sebagai ganti kepada orang-orang pilihanNya yang terkutuk. Allah telah membunuh AnakNya yang dilahirkan perawan dan yang sempurna, supaya Dia dapat menjadikan musuh-musuhNya yang rosak sebagai anak-anakNya. Dia telah membangkitkan AnakNya daripada mati, supaya AnakNya dan anak-anaknya dapat bersukacita bersama untuk kekekalan. Dia menjanasemulakan jiwa-jiwa mereka dan akan memuliakan tubuh mereka untuk menjadikan mereka sesuai sepenuhnya untuk syurga. Hikmah dan kuasa di dalam karya ini dikhutbahkan melalui injil. Diselamatkan oleh hikmah Allah!
Kelima, Allah telah menyatakan diriNya kepada manusia. Bagaimana? Melalui hikmah yang kekekalan dan yang tidak terhingga. Dia yang menulis Alkitab – kitab yang paling utama untuk hikmah – dengan mengilhamkan empat puluh manusia yang terpilih untuk mencatatkan sejarah yang sejati akan bumi ini, kejaruhan dan keperluan dahsyat untuk manusia, kemuliaan dan sifat Allah yang tidak terhingga, dan hikmah sepenuhnya untuk menjalani hidup yang bahagia dan yang berjaya. Tiada mana-mana tempat lagi dapat seseorang mendapat nasihat yang sempurna dan jalan-jalan penyelesaian untuk kasih, perkahwinan, kepuasan seksual, didikan anak, pencapaian di tempat kerja, berhubung dnegan Allah, bagaimana untuk mati, dsb. dsb. Alkitab ialah hikmah Allah yang ternyata!
Hai pembaca, Allah telah memakai hikmah dan menyatakannya di dalam ciptaanmu, dalam pengekalanmu, dalam penjelmaan Yesus Kristus, di dalam keselamatan anak-anak yang telah ditakdirkanNya, dandalam wahyu akan kebenaran dan hikmah dalam Alkitab. Adakah hikmah layak untuk perhatianmu? Sememangnya! Maka apakah yang sedang dilakukanmu untuk mengejar hikmah Allah? Ia ditemui di dalam kata-kata tertulis di dalam Alkitab, dan orang-orang pilihan Allah mengajar ini di dalam gereja-gerejaNya. Berkat-berkat besar menantikan orang yang mencarinya; penghakiman besar menantikan orang yang suka tidak mempedulikannya atau yang menolaknya (Ams 8:32-36).