8:30
Pada waktu itu aku berada pada sisinya, sebagai seorang yang dibesarkan dengannya. dan aku kesukaannya setiap hari, sedang kala bersukacita selalu di hadapannya;
TUHAN, Jehovah Alkitab, ada hikmah tidak terhingga untuk selamanya. Tiada, dan tidak pernah ada, apa pun had kepada pemahamanNya. Sesetengah orang memanggil hikmah tidak terhinggaNya itu sebagai Maha Tahu, tetapi ia jauh melebihi pengetahuan akan segalanya. Ia adalah pemahaman sempurna akan apa pun situasi dan respon yang sempurna kepadanya. Puteri Hikmah, yang mempersonifikasikan hikmah di dalam bab ini, selalu berada di sisi Allah, sebab Dia selalu hanya merupakan Allah yang berhikmah (1Tim 1:17; Yud 1:25).
Ada tujuh kata ganti nama di dalam amsal ini, yang mewakili dua orang, satu yang lelaki, dan seorang lagi yang perempuan menurut. Pertama, TUHAN diwakili dengan imbuhan “-nya”. Kamu dapat melihat itu dengan mudah daripada konteks sebelumnya, yang berbicara akan TUHAN yang memiliki hikmah dari permulaan (Ams 8:22) sampai kepada memakai hikmah untuk mentitahkan batasan untuk lautan (Ams 8:29).
Kemudian kamu dapat melihat Puteri Hikmah, yang merupakan personifikasi Salomo akan hikmah, yang dirujuk sepanjang bab ini dengan memakai ganti nama yang perempuan (dalam bahasa Inggeris). Dalam bab ini, hikmah dikenalpastikan dengan “Aku” dan “seorang”. Untuk bantuan dengan personifikasi kepada seorang perempuan, maklum dalam Bahasa Inggeris kata ganti nama yang perempuan “her” dalam 8:1, “she” dalam 8:3, dan sampai kepada “me” dua kali dalam 8:36.
Allah telah mengilhamkan Salomo, sebagai salah satu kaedah untuk mengajar hikmah, untuk mempersonifikasikan hikmah sebagai seorang perempuan, yang kamu patut dengar dan ikut menjauhi perempuan asing atau perempuan Bebal itu. Salomo dengan kerap kali memakai pertuturan yang kiasan ini (Ams 1:20-33; 2:4; 3:15-18; 4:5-13;; 8:1-36; 9:1-5). Kamu harus membuat pilihan untuk mana satu perempuan yang kamu mahu ikut dan dijadikan sahabat. Kesan-kesan pilihanmu adalah dramatik dan keras, baik untuk berkat mahupun untuk penghakiman.
Amsal ini kerap kali dicabuli untuk mengajar bahawa Yesus ialah Allah yang telah diperanakkan - iaitu Allah sampingan yang dijanakan oleh Bapa. Orang bidaah telah memasuki gereja 150 tahun selepas zaman para rasul dan mengajar bahawa keilahian Yesus Kristus telah berpunca daripada BapaNya. Mereka mengajar bahawa Jehovah telah memperanakkan seorang Anak di kekekalan silam melalui proses yang bermisteri yang dipanggil penjanaan di kekekalan. Kamu boleh membaca akan kufur ini di Yohanes 1:18 dalam kitab NASV (Bahasa Inggeris). Saksi-saksi Yehuwa, iaitu orang bidaah yang sendiri sangat kufur, sayang kepada doktrin yang sebegitu keiblisan, sebab Yesus merupakan allah yang lebih rendah darjatnya bagi mereka.
Yesus langsung bukan Allah yang diperanakkan. Yesus ialah Allah Yang Maha Kuasa (Yes 9:6). Yesus ialah Jehovah, kepenuhan Keilahian dalam tubuh (Kol 2:9). Yesus ialah AKULAH ADALAH BAHAWA AKU ADALAH Yesus ialah Bapa Yang Abadi (Yes 9:6). Yesus ialah Firman Allah yang dijadikan daging (Yoh 1:1,14). Jehovah tidak pernah memperanakkan seorang allah atau anak dalam sifat ilahinya. Jehovah ada seorang Anak yang dinamakan Yesus, ketika Dia membawa kehamilan Maria; itu kelahiran yang mukjizat yang menjadikan Yesus Anak Allah (Luk 1:35). Hanya sesudah kelahiran ini, iaitu penjelmaan keilahian kepada kemanusiaan, barulah Allah mempunyai seorang Anak (Yoh 1:14,18). Inilah misteri kesalihan agung (1Tim 3:16). Percayalah itu!
Mesej yang paling penting Wasiat Baru ialah bahawa Yesus dari Nazaret merupakan Anak Allah, dan ia tepat-tepat doktrin ini yang kamu harus percaya dan pertahankan. Keilahian yang ada punca, diperanakkan, dijanakan, atau kurang darjatnya sejak dari kekekalan silam bukanlah Anak Allah. Sifat ilahi Yesus dari dahulu dan sekarang pun adalah tidak terbahagi, tidak diperanakkan, tidak ada puncanya, dan tidak terjanakan. Dia dahulu dan sekarang merupakan Firman Allah, tanpa asal usul, tanpa diperanakkan, tanpa penjanaan, atau apa pun idea yang dibuat manusia (Yoh 1:1). Dia Jehovah. Yesus bukanlah Anak yang dari kekekalan silam. Dia merupakan Allah Yang dari kekekalan silam. Dia menjadi Anak Allah melalui penjelmaan muliaNya di dalam rahim Maria (Luk 1:35; Gal 4:4).
Orang bidaah tersebut dengan jahil sekaly menolak personifikasi hikmah dalam bab ini. Amsal ini tidak berbicara akan Alalh yang memiliki seorang budak lelaki kecil yang bermain denganNya dari kekekalan silam! Puteri Hikmah yang berbicara, dan dia dengan kiasan sedang menjelaskan dirinya sebagai selalu berada dengan TUHAN di syurga dan bumi. Bacalah 8:22 sekali lagi. Ini bunyinya, “TUHAN memilikiku sejak permulaan jalan-jalannya, sebelum karya-karyanya yang purbakala.” Allah dari dahulu selalu memiliki hikmah.
Jika amsal ini menjelaskan sifat ilahi Yesus dari kekekalan silam, seperti yang disebut beberapa guru palsu, maka sifat ilahi Yesus ialah perempuan, sebab kata ganti nama yang dipakai semuanya perempuan! Hikmah ialah seorang perempuan melalui personifikasi dalam bab ini dan di tempat-tempat lain di mana Salomo memakai kiasannya. Jika maksud amsal ini berkenaan dengan Yesus, maka Dia hanya seorang penyaksi perempuan pada waktu ciptaan (Ams 8:27).
Sudah, dah cukuplah bidaah mereka ini! Apakah yang dapat kamu belajar yang memanfaatkan jiwamu? Allah yang mulia dan yang tidak terhingga bersuka dalam hikmah, dan Dia selalu bersuka dalam hikmah, dan Dia dari dahulu selalu memakai hikmah, yang merupakan daya penghakiman yang betul dalam apa pun situasi. Dari contoh kudusNya, kamu patut mengejar dan bersuka dalam hikmah sebanyak yang Dia mahu.
Puteri Hikmah bersuka untuk melihat manusia diciptakan, dan dia bersuka melayani mereka (Ams 8:31). Mendengar dia, menyaksikan dia, dan memegang jalan-jalannya akan membawa berkat (Ams 8:32,34). Jika kamu mengejar hikmah, kamu akan menemui hidup dan memperoleh keredaan Allah kemuliaan (Ams 8:35).
Hai pembaca, apakah yang telah kamu buat pada hari ini untuk mendengar hikmah, untuk menantikannya, dan untuk menjaga jalan-jalannya? Adakah kamu bersuka untuk mengenalnya? Hidup, berkat, dan keredaan Allah sedang menanti. Apakah yang menjadi lebih penting kepada dirimu daripada hal-hal ajaib ini? Jika hikmah cukup penting untuk menjadikan Allah Yang Maha Besar di syurga dan bumi bersuka, maka ia cukup penting bagimu.
Segala harta berharga hikmah telah ditemui dalam Tuhan Yesus Kristus (Kol 2:3). Walaupun amsal ini tidak mengajarnya, sesudah penjelmaan Yesus Kristus di rahim Maria, Allah Bapa telah sangat bersuka dalam Anak TunggalNya yang telah diperanakkan, iaitu Yesus Kristus yang manusia (Yes 42:1). Dia mengisytihar sebegitu secara umum di pembaptisanNya dan di transfigurasiNya (Mat 3:17; 17:5). Adakah kamu bersuka di dalam Anak Allah? Para malaikat pun bersuka di dalamNya, dan kamu patut lebih berbuat demikian.