Amsal · Proverbs

9:10
Takut akan TUHAN ialah permulaan hikmah: dan pengetahuan akan yang kudus ialah pemahaman.

Orang bebal menyatakan, “Tiada Allah” (Maz 14:1; 53:1). Mereka tidak waras dengan ketiadaan harapan sementara mereka mengharungi kehidupan dan kesulitan-kesulitannya sebelum bertemu Hakim alam semesta bagi hukuman mereka yang kekal. Kepercayaan akan kewujudan Allah dan keinginan yang hormat untuk menyenangkanNya ialah prasyarat dan dasar untuk hikmah. Hal mengenal adanya Allah yang kudus dengan kuasa kekekalan dan keilahian Allah ialah kewajiban yang paling besar untuk pemahaman sejati. Pilihlah kedua-duanya pada hari ini!

Semua manusia membuat pertimbangan daripada anggapan-anggapan yang telah dipilih. Pertimbangkan ini dengan betul-betul. Orang berhikmah membuat pertimbangan dengan iman wujudnya Jehovah yang merupakan pemberi ganjaran kepada orang yang tekun mencariNya (Ibr 11:6). Alkitab mudah dibuktikan sebagai wahyu kebenaran dan hikmah yang ilahi. Maka mereka melibatkan sumber yang wajib ini untuk pengetahuan dan pemahaman. Di dalam nas-nas kitab adanya jawapan-jawapan yang sempurna untuk setiap kesulitan, soalan, atau masalah (2Tim 3:16-17). Orang berhikmah yang bermula dengan takut akan TUHAN, mendekati kehidupan dengan serius dan dengan berjaya.

Orang bebal membuat pertimbangan daripada kewujudannya sendiri dan fikiran-fikiran daripada bayangannya yang berberat sebelah dan yang rosak. Pendapat-pendapatNya adalah daripada kelulusan rakan-rakan sebaya dengan memakai sentimen manusia dan perbenaran diri sendiri. Dia ketiadaan nilai-nilai mutlak atau had untuk menahan khayalan-khayalannya. Hatinya ialah allahnya, dan dia menyembah perasaan-perasaannya sendiri. Dia mungkin memanggil itu sains – evolusi dan psikologi merupakan contoh – tetapi ia hanya bebelan yang sia-sia untuk membuang daripada alam semesta Allah yang berdaulat dan batasan-batasan moral yang telah Dia pasang bagi makhluk-makhlukNya (1Tim 6:20). Orang bebal ini akan membaca apa pun kecuali Alkitab, dan mengagumi filsafat orang Jerman yang cabul melebihi nabi-nabi yang berilham.

Mana di antara dua golongan orang tersebut munasabah? Untuk memulakan nyawa sebagai bayi yang bergantung kepada bantuan dan pengasuhan, dan yang menajiskan diri lalu memikir bahawa fikiranmu dua puluh tahun kemudian adalah mulia, sihat, dan berhikmah merupakan contoh ketidakwarasan. Untuk mengakui bahawa alam semesta ada Sang Pencipta Yang Maha berhikmah, Yang ada hak dan hikmah untuk mengarah kehidupan manusia merupakan satu-satunya pandangan yang masuk akal. Alkitab dengan terus-terang mengisytiharkan bahawa manusia tanpa iman adalah tidak munasabah (Maz 14:1; 53:1; 2Tes 3:2). Amin!

Allah telah menyatakan DiriNya kepada manusia, tetapi mereka telah menolakNya, maka Dia telah dengan wajar menyerahkan mereka kepada minda jahanam, yang mencabuli segalanya daripada hal identiti Allah sampai kepada hal pemakaian tubuh secara seksual (Rom 1:18-32). Mereka babil dengan cukup cabul, tetapi mereka ketiadaan hikmah atau pemahaman untuk nak sedar pun kerosakan mereka. Mereka ada bohong pada tangan kanan mereka, tetapi mereka tidak dapat menyelamatkan diri mereka sendiri (Yes 44:20). Malah untuk mula berhikmah pun mereka tidak mampu.

Para orang gila yang terdidik tetapi yang dungu ini mahu kita percaya bahawa mereka boleh memberitahu kita tentang planet sejauh 5,000 tahun cahaya tetapi tidak dapat mencari Osama bin Laden untuk sepuluh tahun di bumi yang kecil ini yang terdiri daripada 70% air; bahawa rusuk kerbau dari 1845 ialah kaki burung belatuk gergasi dari 50 trilion Sebelum Masihi; bahawa sekolah sastera liberal menjadikan orang berhikmah; bahawa hal liwat/sodomi adalah biasa; bahawa kesatuan pekerja memanfaatkan syarikat dan negara; bahawa Alkitab ialah koleksi cerita dongeng yang ketinggalan yang masih dipercayai orang yang gila agama; bahawa hukuman mati bukan jalan pencegahan jenayah; bahawa Nicole Brown Simpson telah mendapat perbicaraan mahkamah yang adil; bahawa aparteid itu salah tetapi rizab orang asli Amerika itu betul; bahawa merotan anak ialah penderaan anak; bahawa rap itu merupakan muzik; bahawa Picasso seorang seniman; bahawa dua orang lelaki yang bersetubuh adalah gay [gembira]; bahawa Banjir Besar ialah dongeng tetapi teori letupan besar ialah fakta; bahawa seorang anak berusia 18 tahun di institusi pengasuhan awam harus ada hak mengundi yang setaraf dengan orang yang berusia 60 tahun yang memiliki hartanah dan perniagaan; bahawa suatu kumpulan juri yang teridiri daripada orang-orang yang sebaya boleh membuat penghakiman yang bijaksana; bahawa agama Islam ialah agama yang suka berdamai; bahawa agama Hindu ialah agama yang terhormat; bahawa binatang ada hak tetapi suami tidak; bahawa Freud ialah orang yang waras; bahawa dua orang lesbian boleh menjadi ibubapa yang sah; bahawa kebebasan bersuara melibatkan karikatur lucah akan presiden Amerika syarikat; bahawa meminta pendapat politik daripada pelakon-pelakon wanita adalah pandai; bahawa hutang negara yang mendekati keluaran negara kasar ialah ilmu ekonomi yang berhikmah; bahawa bersetubuh dengan binatang adalah salah kerana menyakiti binatang; bahawa memisahkan gereja dan pentadbiran negara mengharamkan peguam negara daripada berdoa; bahawa para penyanyi Beatles suka keamanan; bahawa Miley Cyrus ialah teladan yang baik untuk perempuan; bahawa cerita Harry Potter adalah bernilai tetapi I dan II Samuel ialah keganasan; bahawa Alkitab bukan sumber yang sah tetapi buku Darwin yang bertajuk Species sah; bahawa kasih yang paling besar ialah kasih yang mengasihi diri sendiri; dan banyak lagi contoh akan fikiran yang tidak masuk akal dan yang tidak waras.

Kalau tiada penyekatan luar seperti Sang Pencipta dan AlkitabNya, apakah yang dapat memperbetulkan atau mengehadkan manusia daripada hal percaya fikirannya lebih unggul daripada fikiranmu dan itu memperbenarkan dia membunuhmu? Apakah sumber keadilan atau hikmah akan kamu buat rayuanmu untuk memperbenarkan hakmu untuk wujud lebih daripada keinginan orang itu untuk mengakhiri kewujudanmu? Jika tiada Sang Pencipta atau tiada tahap moral daripada kekuasaan yang lebih tinggi, manusia hanya binatang semata-mata tanpa apa pun sekatan moral yang waras.

Apapun hukum moral yang masuk akal di mana-mana bangsa atau negara adalah daripada Alkitab – terhadap pencurian, pembunuhan, berbohong di mahkamah, dan sebagainya – ia tidak datang daripada teori letupan besar, lendir purbakala di bumi pada zaman yang awal-awal, atau manusia-monyet daripada para ahli evolusi. Dari manakah datangnya sekatan moral kepada perangai manusia? Allah telah memberi hukum untuk kebebasan individu dan fungsi sosial, dan itu telah tertulis pada zaman yang lama di dalam Hukum Musa dan di dalam hati orang-orang bukan Yahudi (Ula 4:5-8; Rom 2:12-16).

Hai pembaca, rendahkanlah hatimu di hadapan Sang Pencipta, sekarang. Akuilah setiap fikiran sebagai fikiran yang berpunca daripada khayalan seorang pendosa yang mementingkan diri sendiri dan yang pemberontak. Rayulah kepadaNya untuk belas kasihan dan kebenaran. Berjanji untuk mengagumi dan mentaatiNya untuk selamanya. Bacalah firmanNya dengan iman yang sepenuhnya dan dengan penundukkan. Batalkan langganan surat khabarmu. Sayangilah khutbah Alkitab yang sihat. Ujilah segala sesuatu oleh firman Allah, berpegang teguhlah kepada apa yang baik (Maz 119:128; Kis 17:11; 1Tes 5:21).