Amsal · Proverbs

9:11
Sebab melaluiku hayatmu akan digandakan, dan tahun-tahun nyawamu akan ditambahkan.

Adakah kamu mengingini umur panjang? Puteri Hikmah menawarkan pemanjangan umur percuma. Betapa ajaibnya tawaran itu! Dunia ini mengejar hal perlanjutan usia dengan pelbagai cara dengan perbelanjaan yang mahal dari segi tenaga, masa, dan wang, tetapi hikmah boleh dengan mudah mengekalkan dan memanjangkan jangka hayatmu dengan hanya usaha yang sederhana.

Adakah kamu percaya kepada Alkitab? Di sinilah ujian akhlakmu dan imanmu. Jika kamu percaya akan Allah dan Alkitab, maka kamu akan percaya akan janji yang disampaikan pena Salomo ini. Allah dan manusia dapat menanggap sama ada kamu percaya kepada firman Allah atau tidak melalui apa yang diutamakanmu untuk mengekal atau memperlanjutkan usiamu.

Di sinilah peraturan umum dari Allah syurga – jika kamu mengasihi dan mengamalkan hikmah, kamu akan hidup lebih lama. Tetapi jika kamu memilih untuk tidak peduli hikmah atau menolak hikmah, maka kamu pasti mengasihi maut, sebab ia sedang datang untukmu (Ams 8:36). Pemakanan baik, cukup bersenam, dan doktor-doktor yang cekap tidak dapat membantu; Allah akan menjatuhkanmu kerana pemberontakanmu yang bebal (Ams 13:9; 24:20).

Salomo menghampiri penamatan personifikasinya yang panjang akan hikmah dengan amsal ini (Ams 9:12; 8:1). Kata ganti nama diri yang pertama, “aku”, ialah Puteri Hikmah, yang dirujuk dengan kata ganti nama yang sama dalam Amsal 9:5. Salomo memakai gaya bahasa yang elok dan yang memujuk untuk mempersembahkan akhlak dan faedah-faedah hikmah, yang termasuk janji pasti akan panjang umur. Adakah kamu berminat?

Ingatlah mimpi Salomo daripada TUHAN (1Raj 3:5-15). Para pembaca untuk 3000 tahun telah berhajat supaya dapat kesempatan Salomo untuk memilih hikmah dan menerima faedah-faedah tambahan akan kekayaan dan umur panjang (1Raj 3:13-14). Namun itulah apa yang ditawarkan Salomo kepadamu di sini. Melalui ilham TUHAN yang sama! Kekayaan dan umur panjang (Ams 8:18,21; 9:11)! Kamu hanya harus memilih Hikmah seperti yang dilakukannya, dan Hikmah menawarkan hal-hal ini sebagai faedah-faedah tambahan.

Salomo telah membuat pemerhatian kehidupan dan menaakulinya melebihi penaakulan mana-mana sepuluh orang ahli fikir yang paling hebat di dunia. Dia merumuskan penemuan-penemuannya tanpa kesalahan dalam amsal-amsal ini, dengan ilham Roh Kudus (Pkh 1:12-18; 12:8-11). Dia memerhatikan kehidupan dan maut, dan dia melihat bahawa hikmah menghasilkan hayat yang lebih panjang, tetapi kebebalan akan memutuskan hari-hari hayatmu (Pkh 7:17; 8:13).

Para pembaca Alkitab yang berhati-hati tahu bahawa peraturan-peraturan umum ada kekecualiannya, terutamanya ketika pengendalian Allah terhadap mana-mana individu melibatkan faktor-faktor yang berbeza. Oleh sebab itu, orang benar mungkin mati muda sebagai belas kasihan daripada Allah (Yes 57:1-2), dan orang durjana mungkin hidup lama-lama dan makmur sebagai penghakimanNya (Ams 1:32; Maz 17:13-15). Amsal ini masih merupakan peraturan yang umum, kalau segala faktor yang lain sama rata ketika membandingkan dua atau lebih orang. Percayalah Allah dan Alkitab.

Orang Kristian kadang kala lupa penyebab kematian, walaupun mereka patut lebih tahu dan tidak lupa. Dunia ini takut mati, dan ia telah menolak Sang Pencipta dan buku panduanNya tentang asal usul mereka, sifat mereka, dan masa depan mereka. Oleh itu, mereka mengkaji, menggalak, dan bersembahyang kepada hal diet, senaman, dan pelbagai bentuk ubat sebagai pelindung. Mereka menghiburkan diri sendiri dengan berkata mereka boleh hidup lebih lama daripada orang di sekeliling mereka, meskipun Allah tiada di dalam semua fikirannya (Maz 10:4; 49:10-13).

Tetapi penyebab maut ialah dosa! Penyebabnya bukan makan terlalu banyak lemak atau gula. Penyebabnya bukan gaya hidup kerja pejabat yang kurang bersenam pada abad yang ke 21 ini; penyebabnya bukan penjagaan kesihatan yang kurang baik. Penyebabnya dosa! Kamu tidak boleh menangguhkan kematian dengan membaca satu lagi buku kesihatan baik atau ubat alternatif. Maut disebabkan oleh dosa Adam dan dosamu (Rom 5:12-14; 6:23). Dosa menyebabkan pemanjangan umur sampai 73 tahun (Maz 90:10), dan tindakanmu yang menolak hikmah memendekkan lagi hayat (Pkh 7:17; 8:13). Percayalah itu!

Setiap ayah mahu anak-anaknya untuk ada umur yang panjang, maka Salomo menyatakan peraturan ini tentang kehidupan panjang kepada anak lelakinya beberapa kali (Ams 3:2,16; 4:10; 8:35; 10:27; 28:16). Dia nampak bahawa hikmah cederung kepada kehidupan bagi orang yang memilikinya (Ams 10:16; 11:4,19; 12:28; 14:27; 19:23). Orang duniawi pun tahu bahawa kehidupan yang keras – iaitu kehidupan yang bebal dan yang durjana – memendekkan nyawa orang.

Tetapi ada satu lagi faktor yang melebihi kesan-kesan alamiah kebebalan dan hikmah, iaitu adanya kerajaan berdaulat Allah. Dia memberi umur panjang secara luar biasa bagi pilihan berhikmah seperti menghormati ibubapa (Efe 6:1-3) dan menunjukkan belas kasihan kepada makhluk-makhluk yang kebinatangan (Ula 22:7). Sang Penciptamu boleh dengan mudah memendekkan atau memanjangkan jangka hayatmu, dan ketaatan ialah faktor yang utama.

Hikmah boleh mengekalkan kehidupanmu secara alamiah dan secara praktikal dengan mengelak kehidupan keras para pendosa yang memendekkan hayat mereka, dengan mengelak pedang keadilan kerajaan yang membalas jenayah, dengan mengelak kemalangan yang kerap kali meragut nyawa orang bebal, dengan mengelak penyakit-penyakit yang berkaitan dengan sesetengah dosa, dan dengan mengelak penghakiman Allah Yang Berdaulat, Yang menghakimi setiap pendosa, kadang kala dengan mengambil nyawanya awal-awal.

Hikmah sejati juga berpegang kepada hidup yang kekal dan menjadikan panggilan dan pilihan seseorang pasti, sebab hari-hari yang tidak terbilang dan tahun-tahun yang tidak berkesudahan ialah masa depan para orang pilihan, yang merupakan perlanjutan umur yang jauh melebihi mana-mana tambahan umur di dunia ini (1Tim 6:17-19; 2Pet 1:10-11; 1Tes 4:17). Orang Kristian mengenal rawatan benar bagi penyebab sebenar kematian – Yesus menyingkirkan segala dosa mereka. Dan Dia akan datang semula tidak lama lagi untuk menyingkirkan pembelengguan kereputan daripada seluruh alam semesta.