Amsal · Proverbs

9:16
Sesiapa yang pandir, biar dia berpaling ke sini: dan bagi dia yang kekurangan pemahaman, dia berkata kepadanya,

Hai lelaki, seorang perempuan mahu engkau! Amsal ini ialah seorang perempuan yang mengundangmu untuk masuk ke dalam rumahnya, kerana dia mahu memberimu kenikmatan (Ams 9:17). Hanya ada satu masalah – sesudah berada bersamanya, kamu mati dan berada di neraka yang dalam (Ams 9:18). Bencilah perempuan yang jahat ini!

Kamu boleh memahami amsal ini. Bandingkan Amsal 9:1-4 dengan Amsal 9:13-16. Ada dua undangan yang sama dari dua perempuan yang berbeza. Puteri Hikmah memberi undangan yang pertama (Ams 9:4); Puteri Kebebalan, atau seorang perempuan yang lacur, memberi undangan yang kedua (Ams 9:16). Hargailah perbandingan Solomo akan dua perempuan ini. Lihatlah ulasan pada Amsal 9:4.

Puteri Hikmah dengan berbudi memanggil kepada orang muda yang pandir, sebab dia ada rawatan bagi kejahilan mereka (Ams 9:1-4). Seorang pelacur pula tidak secara literal memanggil orang muda sebagai pandir, tetapi dia sebaliknya memakai segala kemahiran lisannya untuk mengampu dan menggoda mereka. Inilah kata-kata Solomo, yang menghakimi orang yang cukup bebal yang mahu berada dekat kepadanya. Dia mengundang semua orang, tetapi hanya orang pandir yang dengar!

Teruna yang bebal sungguh rentan kepada kebebalan dunia dan perzinaan dengan pelacur. Mereka pandir dan kekurangan pemahaman. Tertawan oleh nafsu-nafsu mereka, mereka tidak dapat melihat melepasi lima minit kemudian kepada kesan-kesan maut dan neraka yang menanti-nantikan mereka (Ams 9:18). Ia hanya pemahaman dan hikmah yang menanggapi masa depan dan mengelak kepedihan.

Puteri Hikmah ada pesta makanan, wain campuran, dan roti di meja yang mewah di rumah istimewanya dengan tujuh tiang (Ams 9:1-3). Kebebalan, atau perempuan yang lacur, menawarkan roti dan air; undangan yang berbohong itu ada di sebaliknya perdayaan yang menggoda kepada kenikmatan berdosa (Ams 9:17). Lihatlah ulasan Amsal 9:17. Hai teruna, akankah kamu makan dengan keselamatan di sesuatu pesta, atau berada di dalam bahaya yang mengancam dengan hidangan makanan penjara?

Setiap hari, Kebebalan dan perempuan lacur mengundang lelaki untuk menyertai mereka. Mereka mahu menjatuhkan lelaki ke ambang kebinasaan. Lelaki membuat pilihan harian untuk sama ada menolak godaan ataupun menyerah diri kepadanya. Menyerah diri kepadanya ada hasil yang sungguh teruk. Kamu sama ada memasuki rumah Puteri Hikmah dan menemui tempat lindung di sana dengan merendahkan diri di hadapan Allah Yang Berbahagia dan merujuk kepada FirmanNya yang berharga, ataupun kamu menyerahkan diri kepada ketawa bohong dunia yang durjana ini dalam tawaran kenikmatan sensualnya yang berjangka masa pendek itu.

Hikmah menuntut supaya kamu menjauhkan diri daripada kebebalan dan perempuan dunia ini sebanyak semungkin. Daya tarikan kedua-duanya terhadap sifat alamiah lelaki terlalu kuat untuk nak berfoya-foya dengannya. Sebaliknya, orang berhikmah akan mengisi jiwa dan minda mereka dengan injil yang suci Yesus Kristus dan doktrin yang menuruti kesalihan. Mereka sampai membenarkan potensi godaan pun tidak. Daya tarikan dan undangan kebebalan dan perzinaan memang ada, tetapi kesan-kesannya pun ada!