Amsal · Proverbs

9:17
Air yang telah dicuri adalah manis, dan roti yang telah dimakan dengan rahsia menyenangkan.

Dosa berbohong. Dosa-dosa seksual berbohong paling banyak berbanding bohong lain. Orang bebal percaya akan bohong bahawa dosa-dosa seksual sungguh manis dan menyenangkan diri. Larangan terhadap dosa itu menambah lagi daya tarikannya, dan usaha-usaha untuk menyembunyikannya memperkasakan tindakan itu. Perempuan durjana dan masyarakat moden menunjukkan dosa-dosa seksual seperti hal-hal yang sungguh menyenangkan dengan kurang kesannya. Tetapi maut dan neraka ialah hasilnya yang buruk (Ams 9:18).

Hai pembaca! Kamu ada pilihan – suatu pilihan dengan kesan-kesan yang besar. Kamu boleh berlari kepada Puteri Hikmah dan menikmati jamuan dagingnya, wainnya, dan rotinya yang memuaskan (Ams 9:1-5), atau kamu boleh jatuh ke dalam perangkap bohong seorang pelacur yang bebal, yang menawarkan air yang telah dicuri dan roti yang telah diracunkan (Ams 9:13-18).

Syaitan berbohong tentang dosa di Eden. Dia memberitahu Hawa bahawa dia tidak akan mati dan buah larangan itu akan menjadikannya seperti Allah. Sementara Hawa dengan bebal memandang kepada pokok itu, dan melupakan pokok kehidupan yang berharga, Hawa nampak buah larangan sebagai makanan yang baik, menyenangkan mata, dan ada kemungkinan untuk menjadikan seseorang berhikmah. Hawa telah percaya kepada bohong! Pilihannya cukup teruk! Rasa buah itu menjadi pahit dalam beberapa saat sahaja!

Dosa sebegitu cabul sehingga kalau katakan Allah telah melarang seks dengan isteri, maka perkahwinan akan menjadi perhubungan yang penuh romantis dan keintiman. Jika sesuatu dijadikan larangan terbatas kepada manusia alamiah, maka suatu kedambaan berdosa bagi benda itu menjadi suatu raksasa yang kejam yang menuntut kepuasan. Ujilah itu dengan meninggalkan biskut-biskut di meja dan melarang anak-anakmu daripada memakannya.

Konteks amsal ini ialah perempuan asing dengan godaannya dan pembinasaannya terhadap lelaki (Ams 9:13-18). Lelaki yang pandir dan yang bebal itulah yang percaya kepada bohongnya yang tebal muka dan cadangan-cadangannya yang memperdayakan (Ams 9:16; 30:20), maka ia kelebihanmu dan tugasmu untuk belajar hikmah, untuk menyelamatkan dirimu daripada maut dan neraka yang pasti kerana dosa-dosa seksual. Salomo memakai personifikasi ini untuk menyelamatkanmu.

Dia mengajar anak lelakinya untuk meminum air seksual dari tangkinya sendiri – iaitu isterinya sendiri (Ams 5:1-23). Dia memakai air dan roti di sini sebagai kiasan metafora untuk kenikmatan seksual. Dalam amsal ini, seorang perempuan yang lacur cuba menggoda seorang lelaki dengan memberitahunya betapa banyak lelaki itu akan menikmati asmara mereka yang berdosa. Dia berbohong bahawa pertemuan rahsia mereka itu akan menambahkan nikmat kerana ia terlarang.

Perempuan asing, atau perempuan lacur, biasanya tidak menyebut kata-kata ini secara langsung, tetapi mereka memaksudkan itu melalui tipu daya yang menggoda; nafsu-nafsu daging dan mata juga menyatakan itu kepada orang bebal. Di Amerika, ada suatu pepatah yang berbunyi, “Rumput selalu lebih hijau di sebelah pagar”. Kata-kata ini menerangkan sikap ketidakpuasan dalam sifat manusia dan keterpesonaannya kepada hal-hal yang terlarang. Amsal ini menyatakan maksud yang sama itu. Si penzina perempuan dengan durjana berbohong dengan menawarkan kenikmatan seksual yang menggoda yang akan melampaui apa pun realiti perkahwinan (Ams 7:10-21).

Dosa ada keseronokan yang menggoda terutamanya bagi orang muda. Tetapi rasa kesannya langsung tidak pernah diambil kira terdahulu. Kepahitan suapan ke dalam perut mereka itu tidak disukat. Kebebalan hakikat tidak berpengalaman mereka itu membutakan mereka kepada masa depan. Kegilaan dengan wain mendapatinya menyenangkan pada awal-awal, tetapi sesudah itu rasa kesannya cukup buruk (Ams 23:31-32). Maka amsal ini memberi amaran kepadamu terhadap bohong-bohong dosa-dosa seksual.

Hollywood langsung tidak menglamorkan seks perkahwinan. Langsung tidak! Itu akan bercanggah sepenuh-penuhnya dengan tuannya, misinya, nafsu-nafsu dagingnya, dan selera orang ramai. Syaitan sudah menjadikan Hollywood dan Amerika terikat kepada bohong amsal ini – perbuatan berkendak, perzinaan, dan sodomi ialah kenikmatan untuk dinikmati tanpa ketakutan. Air yang telah dicuri adalah manis! Roti yang rahsia menyenangkan!

Oleh sebab adanya bohong ini, si penzina ada kelebihan berbanding isteri yang setia. Khayalan berdosa akan apa yang terlarang dan yang bermisteri menimbulkan suatu kedambaan ingin tahu yang menghancurkan jiwa dan kehidupan lelaki. Perempuan yang asing lebih cantik, lebih pandai bercakap, mencium lebih baik, dan berasmara dengan lebih baik – sehingga ia terlambat (Ams 7:10-27). Ia suatu ilusi. Itulah ciptaan Syaitan dan hati yang rosak. Jika kamu ada apa pun fikiran sedemikian tentang seorang perempuan, jauhkan diri.

Hai pembaca, lihatlah bohong itu. Rumput hanya nampak lebih hijau dari sebelah pagar ini. Sesudah kamu memasuki ladang yang terlarang itu, kamu mendapatinya kurang unggul daripada apa yang kamu ada dahulu, tetapi sekarang kamu telah melakukan suatu jenayah yang sebegitu buruk sehingga ia tidak dapat lagi dipulihkan (Ams 6:20-35). Dosa berbohong! Neraka dan maut sedang menunggu. Apa pun kenikmatan dalam dosa adalah sementara (Ibr 11:25). Dan ia langsung tidak setaraf dengan kepedihan yang akan datang. Air yang manis dan roti yang menyenangkan menjadi pahit dan pedih di dalam perutmu sehingga kamu mati.

Apakah yang diajar hikmah? Ia mengajar lelaki untuk berpuas hati dengan tangkinya dan periginya sendiri – iaitu isterinya dan kasih dan buah dada isterinya (Ams 5:15-20). Orang berhikmah memilih dan belajar untuk berpuas hati (Flp 4:11), dan mereka menggalakkan perkahwinan sebagai suatu berkat yang melindung (1Kor 7:1-5; Kol 3:19).

Hikmah mengelak pagar dan apa pun rumput lain – iaitu apa pun pendedahan kepada perempuan yang lain, sebab ia tahu bahawa Allah yang telah menegakkan pagar itu dengan elok sekali (Kel 20:17; Mat 5:27-30; Rom 13:14). Dengan adanya televisyen dan media-media yang lain yang selalu memaniskan bohong yang disebut amsal ini, ia harus dijaga dengan sungguh tegas.

Hikmah tahu akan hal-hal ini: dosa berbohong tentang kebaikannya (Maz 36:2); dosa seksual ada kesan-kesan yang mematikan (Ams 2:18-19; 5:3-14; 7:27; 9:18); tiada dosa yang benar-benar rahsia (2Sam 11:27; Luk 12:2; Ibr 4:14); lelaki harus takut akan Allah yang menguatkuasakan segala pagar seksual (Ams 5:21).

Jangan sesekali fikir bahawa dosa mungkin menyenangkan atau lebih baik daripada firman kudus Allah. Amnon mendambakan adik perempuannya yang manis, tetapi rasa kesan merogolnya sungguh teruk dan mematikan. Eli memikir bahawa makan-makan malam dengan anak-anak lelakinya menyenangkan, tetapi kurang disiplinnya itu menghapuskan salasilah keluarganya. Gehazi pula hanya menikmati wangnya dan bajunya untuk seketika sahaja (2Raj 5:20-27).

Syaitan telah memberitahu Yudas bahawa tiga puluh keping wang perak ialah pampasan yang elok dan Yesus dapat menyelamatkan diriNya daripada orang Yahudi, tetapi rasa kesan jenayahnya itu sebegitu pahit sehingga dia mengembalikan wang itu lalu membunuh diri dalam rasa salah yang mematikan. Syaitan tidak pernah memberitahunya bahagian ini dalam urusan itu. Dan Syaitan tidak pernah memberitahu orang-orang muda kesan-kesan buruk dosa-dosa seksual.

Hai gadis atau wanita Kristian, jangan fikir amsal ini tiada nilai bagimu. Ia berkaitan kepada kedua-dua jantina dalam hal dosa seksual, dan seorang lelaki muda yang harap untuk menggodamu nampaknya sebagai suatu keseronokan bahaya yang mengujakan, tetapi kesan-kesannya sungguh teruk dan sungguh kekal. Ia bohong bebal si iblis dari neraka yang menyatakan bahawa lelaki jahat adalah lebih seronok daripada lelaki baik. Jadilah dewasa!

Jika kamu menyerah diri kepada si penggoda dan biar dia mencuri keperawananmu, maka kamu telah mengurangkan nilaimu kepadanya atau kepada mana-mana lelaki. Jangan layan luahan kasihnya bagimu. Dia berbohong. Jangan mengizinkan mana-mana lelaki untuk ada kenikmatan seksual denganmu melalui kata-katamu, pakaianmu, air mukamu, atau perilakumu, sebab kalau demikian maka kamulah si penggoda yang sedang menyatakan kata-kata amsal ini. Tunggu sampai perkahwinan.

Kesalihan bersertakan kepuasan ialah keuntungan besar (1Tim 6:6), dan itu sudah tentu berkaitan dengan perkahwinanmu. Biar Tuhan Yesus Kristus menjadi objek yang manis dan yang menyenangkan jiwamu lebih daripada mana-mana orang, atau apa-apa pun yang lain baik di syurga mahupun di bumi (Maz 73:25-26; Ibr 13:5). Kasihilah isterimu.