9:15
Untuk memanggil orang dalam perjalanan yang berjalan lurus dalam jalannya:
Bahaya ada di depan! Meskipun kamu sedang pergi ke mana kamu patut pergi dan berbuat apa yang kamu harus buat, musuh yang mahu membawamu ke maut dan neraka mungkin menemuimu di tengah-tengah perjalananmu pada hari ini. Ini merupakan jenis pertembungan kebetulan yang berbahaya, dan ia datang dengan banyak bentuk. Walaupun kamu mungkin melakukan segalanya dengan berakhlak mulia pada hari ini, bukan semuanya orang berbuat sama.
Hai teruna, ada orang yang ingin bertembung denganmu pada hari ini. Jangan terkejut, jika pada tengah-tengah aktivitimu yang biasa, ada seorang perempuan yang menarik mengundangmu untuk meluangkan masa yang intim dengannya. Adakah kamu bersiap untuk menolak undangannya? Tumpukan perhatianmu dengan betul-betul, dan serahkanlah hatimu kepada kesalihan, sebelum ia terlambat. Kamu merupakan mangsa perempuan yang lacur (Ams 23:28). Semakin akhlakmu mulia, semakin usaha besar dikerah untuk mendapatkanmu (Ams 6:26).
Undangannya mungkin atau tidak mungkin lisan. Adakah kamu menanggapi ini? Ia mungkin bukan suatu perbualan, panggilan telefon, surat, emel, atau teks mesej. Dia mungkin memanggil untuk perhatianmu melalui penampilannya, pakaiannya, bahasa gerak-geri, tindak lakunya, wajahnya, atau sentuhannya. Dia juga mungkin bukan orang yang hidup, jika dia mengundangmu untuk mengingininya melalui gambar-gambar di majalah, di tayangan gambar, atau di Internet. Dia mungkin dengan mudah memanggil kepada manusia secara am tetapi menangkap matamu di kalangan banyak orang lain.
Walaupun kamu bangun pada waktu pagi dengan niat untuk takut akan Allah dan untuk menjadi setia kepada saudarimu Hikmah (Ams 7:1-5), seorang perempuan di kotamu mahu merampas dirimu daripada kedua-dua mereka. Walaupun kamu memasuki bidang kerjayamu yang diberi Allah melalui jalan yang diperkenan, perempuan tersebut masih dapat menemuimu. Meskipun di dalam tugas-tugas mulia untuk membantu Allah dan manusia, kamu akan menemui perempuan ini yang memanggil kepadamu (Ams 7:12). Dia akan menumbangkan rancanganmu dan kehidupanmu, dan kecuali dirimu sungguh kuat, dia akan membinasakanmu (Ams 7:21-27; 23:27-28).
“Orang dalam perjalanan” bukan sukar: mereka merupakan lelaki yang sedang berlalu, atau pergi menuruti jalan mereka. Dan para orang dalam perjalanan ini tidak mencari-cari perempuan ini, kerana mereka sedang berjalan lurus dalam perjalanan mereka ke tempat yang ditentukan dan kepada tugas-tugas kehidupan. Tetapi perempuan itu mencari mangsa-mangsanya dari kalangan mereka (Ams 9:14). Banyak lelaki telah dijerat oleh perempuan yang asing ketika mereka kurang sedar. Bak kata pepatah, “Amaran awal ialah perlengkapan awal”, Salomo telah memberi amaran awal kepadamu di sini.
Perempuan itu memburu nyawa yang berharga (Ams 6:26); para pendosa yang hina dan yang rendah darjatnya tidak menarik; kamu mungkin menemuinya di tempat-tempat yang hikmah berada (Ams 9:3,14). Semakin dirimu seperti Yusuf, dengan cita-cita yang mulia, semakin perempuan itu mengingini dirimu (Kej 39:6-7). Tetapi dia memburu untuk orang yang pandir, dan yang bebal – dia tahu bahawa menggoda seorang lelaki yang mulia adalah sukar (Ams 9:16; 7:7). Jika kamu belajar segala amaran Salomo tentang dirinya dan dosa-dosa seksualnya, maka kamu akan bersiap sedia.
Fahamilah dan takutlah akan amarannya di sini. Pertimbangkan bahawa Syaitan tidak khuatir akan Kristian yang badaniah, sebab mereka sudah melayaninya dengan kehidupan mereka yang berkompromi. Dia mahu mengalihkan perhatian atau merosakkan lelaki yang setia kepada kesalihan dan kerajaan Yesus Kristus. Dia mahu menumbangkan orang Kristian muda yang baik, sebab Kristian yang biasa sudah kehilangan kuasanya dan kesaksiannya melalui kehidupan yang duniawi. Semakin kamu mengabdikan dirimu, semakin besar bahayanya.
Fahamilah dan takutlah akan amarannya di sini. Kesetiaanmu dan ketekunanmu kepada Allah dan manusia tidak mengecewanya atau menghalangnya. Perempuan tersebut mengingini seorang putera. Si iblis menggalakkannya untuk mengingini seorang putera. Walaupun kamu dengan terkawal setia kepada kesalihan dan akhlak mulia, dia masih akan mendekatimu dari semasa ke semasa. Amaran awal-awal amsal ini patut menyiapkanmu untuk peristiwa-peristiwa itu. Jadilah seperti Yusuf! Jangan jadi seperti Simson! Jadilah seperti Yesus! Jangan jadi seperti Daud!
Perempuan itu mungkin seorang ahli gereja. Di manakah Syaitan lebih suka berbuat huru-hara baik secara persendirian mahupun secara umum? Orang yang mengakui diri Kristian bukan sama rata perangainya; mereka menguasai nafsu dan kehidupan mereka dengan tahap yang berbeza-beza. Julat mereka adalah dari jenis yang sungguh menjauhkan diri kepada jenis yang bebal bermain cinta. Para ahli gereja yang baik kerap berhubung, ada banyak keserupaan, mengenal sesama diri dengan baik, dan membincang aspek-aspek yang peribadi dalam kehidupan. Berjaga-jaga sementara kamu maju di dalam perjalananmu – meskipun dalam hal bersembahyang kepada Allah dan melayani Yesus Kristus.
Perempuan itu berani (Ams 7:13); dia tidak suka tugas-tugas domestik di rumah (Ams 7:11); dia mungkin seorang rakan sekerja. Dia mungkin memakai apa pun cara untuk mendapatkan perhatianmu, iaitu perhatianmu yang badaniah itu. Dia akan menyalakan nafsu matamu, nafsu dagingmu, dan keangkuhan kehidupanmu. Dia mungkin berbicara akan kasih, tetapi hanya nafsu yang menarik minatnya dan yang mendorongnya (Ams 7:15-18). Dia akan mengundangmu kepada kenikmatan-kenikmatan yang terlarang (Ams 9:17), tetapi dia tidak akan memberitahumu tentang maut yang ada di sana (Ams 9:18).
Kamu harus belajar untuk berdoa dengan berhikmah, seperti yang telah diajar Tuhan Yesus Kristus, “Janganlah membawa kami kepada godaan, tetapi lepaskanlah kami daripada kejahatan” (Mat 6:13). Seperti yang telah diajar Daud, “Cenderungkan hatiku kepada kesaksian-kesaksianmu, dan bukan kepada kedambaan” (Maz 119:36). Bapamu di syurga boleh melepaskanmu daripada bertembung dengannya, atau Dia boleh memberimu kekuatan untuk menolak dia jika kamu bertembung dengannya. Kamu patut menyanyi dan mendoakan lagu yang cemerlang itu, “Hai Jiwaku Berjaga”.
Jangan biar hatimu merosot menurut jalan-jalan perempuan itu, dan elaklah panggilannya yang menghantui itu (Ams 7:25). Dia pasti akan menemuimu dengan cara apa pun; kamu tidak patut memberinya apa pun peluang yang ekstra. Kekalkanlah keinginanmu kepada hal-hal yang mulia dan yang rohani (Kol 3:2). Jagalah hatimu dengan segala ketekunan (Ams 4:23), sebab dosa yang membinasa yang ditawarkannya tidak akan jadi jika kamu tidak memikir akan itu. Ingat saudarimu Hikmah dan ketidakmungkinan untuk memulihkan harga diri sesudah ia diserahkan (Ams 6:32-33).
Tuhan sedang memanggilmu melalui Puteri Hikmah juga (Ams 9:1-6). Jika kamu tidak mempedulikan panggilanNya melalui Puteri Hikmah, Dia akan membenarkan bencana untuk menelanmu hidup-hidup (Ams 1:20-33). Ingat Tuhanmu dan saudaramu Paulus, walaupun sungguh teralih perhatian oleh banyak tugas dan godaan; mereka telah menumpukan hati mereka hanya kepada kehendak Allah dalam segalanya (Luk 9:51; Kis 20:22-24; Ibr 4:15). Kamu boleh memperjuangkan perjuangan yang baik, mengakhiri perlumbaanmu, dan memegang teguh kepada iman seperti yang telah dilakukan Paulus juga (2Tim 4:7).