1Kemudian sampailah Daud ke Nob kepada Ahimelekh, imam itu: dan Ahimelekh takut pada pertemuan dengan Daud, dan berkata kepadanya, Mengapakah kamu bersendirian, dan tiada orang lagi bersamamu?
2Dan Daud berkata kepada Ahimelekh, imam itu, Raja telah memerintahkan sesuatu urusan kepadaku, dan telah berkata kepadaku, Jangan biar sesiapa pun tahu akan apa pun akan urusan ke mana aku mengutusmu, dan apa yang telah diperintahkanku kepadamu: dan aku telah menentukan hamba-hambaku ke tempat sekian sekian.
3Oleh sebab itu, apakah yang ada di tanganmu? berilah aku lima ketul roti atau barang apa yang ada.
4Dan imam itu menjawab Daud, dan berkata, Tiada apa pun roti biasa yang ada pada tanganku, tetapi adanya roti kudus; jika para teruna ini telah menjauhkan diri sekurang-kurangnya daripada perempuan.
5Dan Daud menjawab imam itu, dan berkata kepadanya, Memang benar bahawa perempuan telah dijauhkan daripada kami untuk tiga hari ini, sejak aku keluar, dan bejana-bejana para teruna ini adalah kudus, dan roti itu adalah dalam keadaan agaknya biasa, ya, meskipun ia dikuduskan pada hari ini di dalam perkakas itu.
6Maka imam itu memberinya roti kudus: sebab tiada lagi roti di sana kecuali roti persembahan, yang telah diambil dari hadapan TUHAN, untuk menaruh roti yang panas pada hari roti itu diambil.
7Dalam pada itu, ada seorang tertentu dari kalangan hamba-hamba Saul yang berada di sana pada hari itu, yang telah ditahan di hadapan TUHAN; dan namanya Doeg, orang Edom, orang yang paling tinggi pangkatnya di kalangan para gembala kepunyaan Saul.
8Dan Daud berkata kepada Ahimelekh, Dan tidak adakah di sini di bawah tanganmu tombak atau pedang? sebab baik pedangku mahupun senjata-senjataku tidak dibawaku bersama, kerana urusan raja itu mendesak.
9Dan imam itu berkata, Pedang Goliat orang Filistin itu, yang telah dibunuh kamu di lembah Elah, lihatlah, ia berada di sini dibungkus dalam kain di belakang efod itu: jika kamu mahu mengambil itu, ambillah: sebab tiada lagi yang ada di sini kecuali itu. Dan Daud berkata, Tiada yang seperti itu; berilah itu kepadaku.
10Dan Daud bangkit, lalu melarikan diri pada hari itu kerana takut akan Saul, dan pergi ke Akhis, raja kota Gat.
11Dan para hamba Akhis berkata kepadanya, Bukankah ini Daud raja kawasan ini? bukankah mereka menyanyi satu kepada yang lain tentang dia berserta tarian, dengan berkata, Saul telah membunuh beribu-ribu, dan Daud berpuluh-puluh ribu?
12Dan Daud mengamati kata-kata tersebut di dalam hatinya, lalu menjadi sungguh takut kepada Akhis, raja Gat itu.
13Dan Daud mengubahkan kelakuannya di hadapan mereka, dan berpura-pura gila ketika di tangan mereka, lalu mengores-gores di pintu-pintu gerbang itu, dan membiarkan air liurnya meleleh ke janggutnya.
14Kemudian Akhis berkata kepada hamba-hambanya, Lihatlah, kalian nampak orang itu gila: maka mengapakah kalian membawa dia kepadaku?
15Adakah aku keperluan orang gila, sehingga kalian telah membawa orang ini untuk main peranan orang gila di kehadiranku? patutkah orang ini masuk ke dalam rumahku?