Galatia 4

Galatians 4

1Sekarang aku berkata, Bahawa pewaris itu, sementara dia masih seorang budak, tidak berbeza daripada seorang hamba, walaupun dia tuan segalanya;

2Tetapi dia berada di bawah pembimbing dan pengurus sehingga waktu yang ditetapkan oleh bapa.

3Demikian juga kita, ketika budak, berada di bawah belenggu asas-asas dunia:

4Tetapi ketika cukup genap masanya, Allah mengutus Anaknya, yang dijadikan daripada seorang perempuan, dan dijadikan tertakluk kepada hukum itu,

5Untuk menebus mereka yang tertakluk kepada hukum itu, supaya kita dapat menerima hak dijadikan anak angkat.

6Dan oleh sebab kalian merupakan anak, Allah telah menyampaikan Roh Anaknya ke dalam hatimu, yang berseru, ya Abba, ya Bapa.

7Oleh sebab itu kamu bukan lagi seorang hamba, tetapi seorang anak; dan jika seorang anak, maka seorang pewaris Allah melalui Kristus.

8Walau bagaimanapun, ketika kalian tidak mengenal Allah, kalian buat ibadah bagi mereka yang semula jadinya bukan allah.

9Tetapi sekarang, selepas kalian sudah mengenal Allah, atau lebih tepat dikenali oleh Allah, bagaimanakah boleh kalian berpaling semula kepada asas-asas yang lemah dan mengemis, dan ingin lagi dibelenggukan olehnya?

10Kalian mengamalkan hari, bulan, musim dan tahun.

11Aku bimbang bagi kalian, jangan-jangan aku telah mencurahkan usahaku kepada kalian dengan sia-sia.

12Saudara sekalian, aku merayu kepada kalian, jadilah sepertiku; sebab aku seperti kalian: kalian tidak sesekalipun menyakitiku.

13Kalian tahu bagaimana melalui kedaifan daging itu aku telah mengkhutbahkan injil itu kepada kalian pada mula-mula.

14Dan cubaanku, yang di dalam dagingku itu, kalian tidak menghina atau menolak; tetapi telah menerimaku sebagai seorang malaikat Allah, bahkan seperti Kristus Yesus.

15Di manakah keberkatan yang kalian dahulu bicarakan? sebab aku bersaksi, bahawa, jika ia mungkin, kalian akan mencungkil keluar mata kalian sendiri, dan memberikannya kepadaku.

16Maka sudahkah aku menjadi musuh kalian, kerana memberitahu kalian kebenaran?

17Mereka mengharukan kalian dengan ghairah, tetapi bukan dengan elok; ya, mereka ingin menyisihkan kalian, supaya kalian terharu akan mereka.

18Tetapi ia baik untuk selalu terharu dengan ghairah akan perkara yang baik, dan bukan sahaja sewaktu aku hadir bersamamu.

19Hai anak-anak kecilku, yang bagi kalian aku harus menderita sakit bersalin semula sehingga Kristus terbentuk dalam diri kalian,

20Aku rindu untuk hadir bersama kalian sekarang, dan mengubahkan nada suaraku; kerana aku ragu-ragu akan kalian.

21Beritahuku, kalian yang ingin berada di bawah hukum, tidakkah kalian mendengar hukum itu?

22Sebab ia sudah tertulis, bahawa Abraham ada dua anak lelaki, satu daripada perempuan hamba, dan satu lagi daripada perempuan merdeka.

23Tetapi anak yang daripada perempuan hamba telah dilahirkan menurut daging; tetapi anak yang daripada perempuan merdeka adalah menurut janji.

24Yang kesemuanya itu alegori: sebab ini merupakan dua waad; salah satu adalah daripada gunung Sinai, yang beroleh belenggu, iaitu Hagar.

25Sebab Hagar ini ialah gunung Sinai di tanah Arab, dan sama dengan Yerusalem yang kini ada, dan berada di dalam belenggu bersama-sama anak-anaknya.

26Tetapi Yerusalem yang di atas adalah merdeka, yang merupakan ibu kepada kita semua.

27Sebab sudah tertulis, Bersukacitalah, engkau yang mandul dan yang tidak dapat melahirkan anak; bangkit dan bersoraklah, engkau yang tidak ada sakit bersalin: sebab dia yang kesepian itu mempunyai lebih banyak anak daripada dia yang ada suami.

28Saudara sekalian, sekarang kita, seperti Ishak dahulu, adalah anak-anak yang dijanjikan.

29Tetapi sebagaimana dahulu dia yang telah dilahirkan menurut daging menganiaya dia yang telah dilahirkan menurut Roh, demikian juga sekarang.

30Walau bagaimanapun, apakah yang dikatakan kitab? Singkirlah perempuan hamba itu dengan anaknya: sebab anak perempuan hamba tidak akan menjadi pewaris bersama anak perempuan merdeka.

31Jadi, saudara sekalian, kita bukanlah anak kepada perempuan hamba itu, tetapi kepada yang merdeka.