Ayub 39

Job 39

1Adakah kamu tahu waktunya ketika kambing gunung liar beranak? atau dapatkah kamu menandakan waktu ketika rusa sakit beranak?

2Dapatkah kamu membilang bulan kegenapan kandungannya? atau tahukah kamu waktu ketika mereka beranak?

3Mereka menundukkan diri mereka, mereka melahir anak-anak mereka, mereka mengeluarkan beban duka mereka.

4Anak-anak muda mereka berada dalam keadaan yang disukai, mereka membesar dengan jagung; mereka pergi dan tidak kembali lagi kepada induknya.

5Siapakah yang telah melepaskan keldai liar bebas? atau siapakah yang telah menanggalkan ikatan-ikatan keldai liar?

6Yang rumahnya telah kujadi di padang gurun, dan tanah tandus dijadikan sebagai tempat kediamannya.

7Dia mencemuh keramaian kota, dan dia tidak mempedulikan seruan penunggangnya.

8Padang rumput gunung-gunung ialah kawasan dia meragut rumput, dan dia mencari apa-apa pun yang hijau.

9Mungkinkah unikorn rela untuk melayanimu, atau berdiam di tepi palunganmu?

10Dapatkah kamu mengikat unikorn dengan pasangannya di tempat pembajakan? atau akankah dia menyisir tanah lembah mengikutimu?

11Akankah kamu percaya kepadanya, kerana kekuatannya besar? atau akankah kamu menyerahkan jerih lelahmu kepadanya?

12Akankah kamu percaya kepadanya, bahawa dia akan mebawa pulang hasil benihmu, dan mengumpulnya ke dalam gudangmu?

13Adakah engkau memberi sayap yang elok kepada burung merak? atau sayap dan bulu kepak kepada burung unta?

14Yang meninggalkan telur-telurnya di bumi, dan mengeramnya di dalam debu,

15Dan lupa bahawa kaki mungkin meremukkannya, atau binatang liar mungkin memecahkannya.

16Dia keras hati terhadap anak-anak mudanya, akan seperti mereka bukan miliknya: jerih lelahnya adalah sia-sia tanpa ketakutan;

17Kerana Allah telah menahan hikmah daripadanya, dan Allah juga tidak menyampaikan kepadanya pemahaman.

18Pada waktu burung unta mengangkat dirinya tinggi-tinggi, ia mencemuh kuda dan penunggangnya.

19Kamukah yang memberi kuda kekuatan? Kamukah yang mengenakan pada lehernya guruh?

20Dapatkah kamu menjadikannya takut seperti belalang? kemuliaan dengusan lubang hidungnya sungguh dahsyat.

21Dia mengais-ngais di lembah, dan bersukacita di dalam kekuatannya: dia maju ke depan menyongsong orang yang bersenjata.

22Dia mengolok-olok ketakutan, dan tidak kecut hati; dan juga tidak berpaling daripada pedang.

23Tabung panah berdetar-detar terhadap tubuhnya, tombak yang berkilat dan perisai.

24Dia menelan tanah dengan keganasannya dan dengan keradangannya: dan dia juga tidak percaya akan bunyi sangkakala.

25Dia berkata di kalangan sangkakala, Ha, ha; dan dia mencium bau peperangan yang jauh, guruh para panglima, dan sorak-sorai.

26Adakah rajawali terbang oleh hikmah, dan mengembangkan sayapnya ke arah selatan?

27Adakah burung helang membumbung menuruti perintahmu, dan membuat sarangnya di tempat yang tinggi?

28Dia berdiam dan bersarang di batu, di tebing batu, dan di tempat yang kukuh.

29Dari sana di mencari mangsa, dan matanya memandang jauh-jauh.

30Anak-anaknya juga menghisap darah: dan di mana ada yang terbunuh, di situ ia berada.