Ayub 41

Job 41

1Dapatkah kamu menarik keluar lewiatan dengan mata kail? atau lidahnya dengan tali yang diturunkanmu?

2Dapatkah kamu mengenakan mata kail pada hidungnya? atau menebuk lubang pada rahangnya dengan sebatang duri?

3Akankah dia membuat banyak permohonan rayuan kepadamu? akankah dia berbicara kata-kata lembut kepadamu?

4Akankah dia membuat waad denganmu? akankah kamu mengambil dia sebagai hambamu untuk selamanya?

5Akankah kamu main dengannya seperti dengan burung? atau akankah kamu mengikatnya untuk gadis-gadismu?

6Akankah teman-teman nelayanmu berjamuan dengan dagingnya? akankah mereka membahagi-bahagikannya di kalangan para pedagang?

7Dapatkah kamu mengisi kulitnya dengan batang besi berduri? atau kepalanya dengan tombak-tombak ikan?

8Taruhlah tanganmu ke atasnya, ingatlah pertempuran itu, jangan berbuat demikian lagi.

9Lihatlah, harapan akan dia sia-sia: bukankah seseorang beroleh hampa malah pada saat melihatnya sahaja?

10Tiada yang sebegitu ganas pun yang berani mengacaunya: maka siapakah yang mampu berdiri di hadapanku?

11Siapakah yang telah mendahuluiku, sehingga aku harus membayarnya semula? barang apa yang di bawah seluruh syurga ialah kepunyaanku.

12Aku tidak akan menyembunyikan bahagian-bahagiannya, dan kuasanya, dan, perawakannya yang elok.

13Siapakah yang dapat menemui wajah pakaiannya? atau siapakah yang dapat datang kepadanya dengan kekang berdua?

14Siapakah yang dapat membuka pintu-pintu mukanya? giginya dahsyat di sekeliling.

15Sisiknya ialah kebanggaannya, dan ia tertutup bersusun seperti dikedapkan dengan rapat.

16Sisiknya sebegitu rapat dengan yang lain, sehingga tiada udara yang dapat memasuki di antara mana-mana dua.

17Ia digabung satu kepada yang lain, ia melekat bersama, sehingga ia tidak dapat diceraikan.

18Melalui bersinnya, cahaya ada bersinar, dan matanya adalah seperti kelopak mata fajar pagi.

19Dari mulutnya ada pelita-pelita bernyala, dan percikan api terpancar keluar.

20Dari dalam lubang hidungnya keluar asap, seperti dari belanga atau kawah yang mendidih.

21Nafasnya menyalakan bat-batu arang, dan suatu nyala terpancar dari dalam mulutnya.

22Di dalam lehernya kekal kekuatan, dan dukacita ditukar kepada sukacita di hadapannya.

23Emping-emping dagingnya bergabung bersama: ia teguh bersendirian; ia tidak dapat digoyahkan.

24Hatinya adalah seteguh batu; ya, sekeras sekeping batu pengisar bawah.

25Ketika Ia sendiri bangkit, orang gagah perkasa menjadi takut: oleh sebab perpecahan mereka menyucikan diri mereka sendiri.

26Pedang orang yang dituju kepadanya tidak dapat bertahan: tombak, damak, atau baju zirah pun tidak dapat bertahan.

27Ia menganggap besi sebagai jerami, dan gangsa seperti kayu yang reput.

28Anak panah tidak dapat menjadikannya terhalau: batu-batu humban dijadikannya tunggul jerami.

29Damak-damak dikira sebagai tunggul jerami: ia mengetawakan tombak yang menggeletar.

30Batu-batu tajam ada di bawah dirinya: ia membentangkan benda-benda tajam yang runcing di atas lumpur.

31Ia menjadikan samudera raya untuk mendidih seperti periuk: ia menjadikan lautan seperti periuk minyak.

32Dia membuka jalan untuk bersinar sebelumnya; seseorang mungkin memikir samudera raya itu beruban.

33Di bumi tiada seperti dia, yang telah diciptakan dengan tanpa ketakutan.

34Dia melihat segala apa yang tinggi: dia seorang raja atas anak-anak keangkuhan.