1:14
Buanglah undimu di antara kami; biarlah kita semua kongsi satu dompet:
Kesatuan adalah kosong tanpa kelulusan Allah. Sebenarnya, ia hasutan dan pengkhianatan, kalau Allah tidak berkenan kepadanya. Para pendosa ingin para orang kudus untuk bersetuju dengan mereka dan mengikuti projek mereka, tetapi TUHAN menuntut supaya anak-anakNya mengelak dan menolak pergaulan rapat dengan mereka (Ams 1:10,15). Para pendosa membuat rayuan yang besar untuk kerjasama dan persahabatan, tetapi hati mereka ada matlamat yang sangat berbeza.
Salomo di sini telah memberi amaran kepada anaknya, dan kepada semua teruna, terhadap tekanan sebaya daripada orang yang berdosa (Ams 1:10-19). Matlamat mereka ialah rompakan dan pembunuhan, dan mereka akan pasti dibinasakan. Para teruna yang takut akan Tuhan haruslah menjauhi mereka dan menolak segala rayuan untuk bergabung bersama. Menuruti jalan geng adalah bercanggahan dengan kesalihan dan ia membawa penghakiman.
Walaupun ia mungkin nampak selamat untuk bersatu dengan majoriti dalam sesuatu usaha yang bebal atau yang berdosa, Salomo oleh Allah telah memberi amaran kepada anak lelakinya bahawa tiada apa pun kekuatan bergabung yang dapat melindungi daripada penghakiman Allah (Ams 11:21). Ia pintu gerbang yang lebar dan jalan yang luas, dengan banyak pengembara bergabung dengan bergembira dalam majoriti, yang membawa ke kebinasaan dan maut (Mat 7:13-14).
Tiada apa pun keselamatan atau perlindungan daripada penghakiman kalau menjalinkan perhubungan dengan para pendosa. Allah, Pelulus, yang bersuka dalam perbuatanmu menolak dosa dan para pendosa ialah tempat perlindungan yang benar (Yes 8:9-15). Ketika bangsa-bangsa berkumpul bersama untuk menentang gereja Allah di Wasiat Lama, Dia mengolok-olok usaha-usaha mereka, sementara tahu bahawa Dia akan memperkasakan umatnya untuk membinasakan mereka (Mik 4:11-13).
Persekutuan dan masyarakat dengan orang kudus yang salih adalah ajaib (Maz 133:1; Flp 1:3-5), tetapi ia teruk ketika orang kudus bergabung dengan kuk yang tidak seimbang dengan orang bukan percayawan (Maz 144:11; 1Kor 5:9-11). Persekutuan dan kesatuan di gereja-gereja Kristus ialah berkat-berkat yang besar (1Kor 12:12-27), tetapi persekutuan dengan para pendosa adalah terkutuk (Efe 5:11-12). Namun sesetengah orang baik dengan akhlak yang lemah tidak dapat menahan undangan dan tekanan orang durjana untuk bergabung dengan mereka.
Yosafat ialah orang sedemikian. Walaupun seorang cicit raja Daud dan raja Yehuda, dia tidak dapat menahan undangan raja Ahab, raja Israel, untuk projek-projek bergabung dan perhubungan semenda perkahwinan (2Taw 18:1-3). Apakah yang difirmankan Tuhan? “Dan Yehu anak kepada Hanani, pelihat itu, keluar untuk bertemu dengannya, dan berkata kepada raja Yosafat, Patutkah kamu membantu orang yang tidak salih, dan mengasihi mereka yang membenci TUHAN? Oleh sebab itu, murka ada padamu dari hadapan TUHAN” (2Taw 19:2).
Raja Ahab ada 400 nabi, yang semuanya bersetuju dengan sepenuhnya, sebagai para penasihat yang melayaninya, tetapi mereka itu tidak dapat menandingi seorang yang takut akan Allah yang tidak akan mengikuti mereka. Salah satu daripada peristiwa yang paling menarik dan yang berkuasa dalam Alkitab, ialah kisah nabi Mikhaya yang menolak rayuan mereka untuk kesatuan untuk mengisytiharkan firman Allah. Bacalah itu (1Raj 22:1-40). Yosafat telah dihakimi kerana bergabung dengan Ahab, tetapi Mikhaya telah diberkati kerana menyangkal 400 nabi Ahab.
Menara Babel ialah usaha manusia yang pertama untuk menyatupadukan semua orang di bumi, tetapi TUHAN menghentikan kerjanya dan mengelirukan semua pesertanya. Kemuliaan bagi Tuhan! Di tapak yang sama dua ribu tahun kemudian, Raja Nebukadnezar cuba mencetuskan suatu usaha ekumenisme dan kesatuan agama, tetapi tiga orang yang setia tidak akan mengkompromikan kebenaran bagi apa pun dan telah menunggangbalikkan perayaan-perayaan itu. Segala kemuliaan bagi Allah!
Anak-anak Allah hanya dapat damai yang benar ketika kesucian disanjungi – kesucian kebenaran dan kewajaran. “Keluarlah dari antara mereka”, ialah seruan kudus para rasul dan malaikaat (2Kor 6:14-17; Wah 18:4). Berkat-berkat Allah yang paling tinggi dan persekutuan menuntut supaya berbuat demikian (2Kor 6:16-7:1). Tiada damai yang benar ketika kesucian dikorbankan. Yang tinggal hanya damai kematian (Ams 21:16). Ahli-ahli gereja haruslah menolak apa pun pegangan yang bercanggah dengan doktrin (Rom 16:17-18; Tit 3:10-11).
Orang yang salih dengan mudah memisahkan diri daripada orang yang tidak takut akan Allah atau yang tidak memegang perintah-perintahNya. Seperti Finehas, mereka tidak perlu berdoa untuk mempertimbangkan hal kerana mereka dengan penuh ghairah mengambil tombak dan mematikan pihak berdosa itu (Bil 25:1-15). Daud tidak ingin mana-mana orang yang berkompromi mendekatinya (Maz 101:3-8), sebab dia membenci orang bebal dan para pendosa (Maz 26:5; 31:6; 139:21-22). Lagi pula, dia mengajar berkat-berkat Allah bagi mereka yang akan mengasingkan diri daripada para pekerja kejahatan (Maz 1:1-3).
Musa meninggalkan kenikmatan dan kekayaan Mesir untuk kesengsaraan dan keaiban Kristus dan gerejaNya (Ibr 11:24-27). Dapatkah kamu melakukan keputusan itu? Akankah kamu berjaya? Ada hiburan dan ganjaran, pujian dan keselamatan manusia di rumah Firaun. Tetapi ganjaran yang besar – kekayaan Kristus dan warisan kekal dalamNya – hanya ditemui di Kanaan, dengan kehidupan yang terpisah daripada dunia. Relakah kamu untuk berjalan seorang diri dengan Yesus Kristus, jika kamu harus pergi kepada Dia yang berada di luar khemah dan kena meninggalkan banyak orang yang mengaku agama Kristian semata-mata (Ibr 13:12-14)?