1:15
Hai anakku, janganlah kamu menurut jalan mereka; tahanlah kakimu daripada jalan mereka:
Orang yang berhikmah akan mengelak orang bebal. Orang yang benar akan mengelak orang berdosa. Main tipu dalam peraturan ini akan banyak merugikanmu; pergaulan jahat akan merosakkan adab yang baik (1Kor 15:33). Peraturan-peraturan ini adalah paling benar bagi muda-mudi. Tekanan rakan sebaya ialah kuasa yang sungguh kuat. Seorang ayah yang berhikmah akan melindungi anak-anaknya daripadanya, dan dia akan mengajar anak-anaknya tentangnya dan terhadapnya.
Pertimbangkan konteks ini. Solomo pertama-tama memperkenalkan tujuan untuk Amsal: arahan dalam hikmah (Ams 1:1-6). Kemudian dia menyatakan aksiom-aksiom yang utama bagi takut akan Allah dan mentaati ibubapa untuk mencapai matlamat itu (Ams 1:7-9). Selepas itu, dia telah memberi suatu penjelasan yang lanjut tentang godaan dan bahaya orang bebal (Ams 1:10-19). Dan dia menutupi bab ini dengan suatu personifikasi hikmah sebagai seorang perempuan yang merayu kepada orang muda untuk mendengar nasihat dan amarannya, sebab kalau tidak … (Ams 1:20-33).
Bahagian ini bermula dengan, “Hai anakku, jika orang berdosa memujuk-mujukmu, janganlah kamu turuti” (Ams 1:10). Ia bukan “jika” para pendosa akan memujuk-mujuk teruna, tetapi sebaliknya “bila”. Mereka akan memancing dia. Mereka akan menawarkan kelebihan, jika dia menyertai mereka (Ams 1:11-14). Tetapi padahnya ialah maut kepada keinginan dan keperluannya untuk menjadi berhikmah dan berjaya (Ams 1:15-19). Hai anakku, janganlah kamu turuti!
Orang bebal selalu mencari orang lain untuk menyertai kedurjanaan mereka (Ams 1:10-19; 2:10-15). Para pelacur memujuk-mujuk lelaki untuk menikmati kesenangan seks yang berdosa (Ams 2:16-19; 5:3-21; 7:6-21; 9:13-18). Orang pemuda yang berhikmah akan menolak kedua-duanya. Dia hanya akan mengekalkan persahabatan dengan orang yang berhikmah dan yang benar (Ams 2:20-21), sementara tahu bahawa penghakiman pasti akan menimpa orang bebal dan orang durjana (Ams 2:22).
Allah mahu orang Kristian menjadi kaum yang terpisah. Alasannya mudah sahaja – dunia benci Allah, kebenaran, hikmah, dan kewajaran. Cuba buat pendirian yang kukuh bagi apa pun subjek, dan kamu tidak lama akan tahu kenyataan ini melalui pengalaman. Allah Yang Maha Kuasa ingin umatNya untuk hanya mengasihiNya dan hanya hidup bagiNya. Dunia akan melakukan sedaya upaya untuk menghalangmu daripada matlamat itu. Persahabatan dengan dunia ialah permusuhan dengan Allah (Yak 4:4; 1Yoh 2:15-17).
Ada kemungkinan bahaya yang sungguh buruk iaitu kamu terperdaya. Kamu sama ada sangka bahawa kamu dapat bertahan beberapa persahabatan yang duniawi, ataupun kamu tidak akan menyelidiki kehidupanmu untuk melihat di mana kamu di mana kamu membenarkan dunia untuk memujuk-mujukmu. Paulus telah menulis dengan sungguh berdesak, “Jangan diperdayakan: pergaulan jahat merosakkan adab yang baik” (1Kor 15:33). Kamu akan dirosakkan; atau besar kemungkinan, kamu sudah dirosakkan.
Sahabat yang memiliki filsafat atau gaya hidup duniawi akan membinasakanmu. Mereka akan memperdayakanmu untuk menolak Allah Yang Maha Kudus, untuk percaya kamu dihasilkan oleh evolusi, bahawa keupacaraan agam sudah mencukupi, bahawa kasih menjadikan segalanya dapat diterima, bahawa kamu patut menuruti hatimu sendiri, bahawa kamu harus menerima sahaja orang yang jauh beza denganmu, bahawa tiada sesiapa pun yang ada kebenaran sepenuhnya, bahawa keyakinan dalam suatu pendirian adalah angkuh dan memisahkan orang, atau bahawa Allah tidak marah akan dosamu.
Amsal itu memberi amaran tentang dua bahaya – menuruti jalan persahabatan dengan para pendosa, atau memilih gaya hidup mereka. Untuk belajar hikmah dan menuruti kewajaran, kamu pertama-tama harus mengelak perhubungan mesra dengan para pengkompromi, para orang bebal dan para pendosa. Inilah kewajipan yang asas. Kamu juga harus menolak gaya hidup mereka, sebab untuk memilih aktiviti-aktiviti, filsafat, dan matlamat mereka adalah sama buruknya dengan kerosakan dan keterkutukan persahabatan mereka. Jauhilah mereka dan jalan mereka.
Di manakah dunia sedang memujuk-mujuk kamu atau anak-anakmu? Di sinilah beberapa alat atau institusi yang akan menrosakkan kasihmu kepada Allah dan kewajaran: televisyen, wayang, muzik, sekolah kerajaan, gereja-gereja kontemporari/moden, rakan sekerja, pendapat orang ramai, jiran yang mesra, buku-buku yang laris dijual, gaya hidup orang kaya dan termasyur, pengiklanan, aliran gaya fesyen, dan lain-lain.
Bagaimanakah dunia sedang memujuk-mujuk kamu atau anak-anakmu? Di sinilah senarai alasan untuk menyakinkanmu bahwa persahabatan dunia dapat diterima: mereka tidak sebenarnya menyakitimu; mereka orang yang sangat baik; kamu harus sederhana; kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju dalam beberapa hal; aku memerlukan mereka untuk kejayaan profesional; aku memerlukan mereka untuk kejayaan sosial; mengehadkan diriku sendiri kepada kawan-kawan gereja terlalu terkawal; ini satu-satunya cara aku dapat memenangi mereka kepada kebenaran; mereka lebih baik daripada banyak orang lain; dan Allah mengasihi kita sama rata dan tanpa apa-apa pun perubahan pada diri kita. Inilah sepuluh dusta yang dipakai untuk membinasakanmu.
Jika hikmah dan kejayaan merupakan matlamat, kamu harus mengelak orang bebal kerana mereka akan membinasakanmu (Ams 13:20; 14:7; 28:7). Ini bukan suatu cadangan; inilah suatu perintah. Berapa jauh harus kamu pergi? Solomo pernah menulis, “Jangan memasuki jalan orang durjana, dan jangan menuruti jalan orang jahat. Elakkannya, jangan laluinya, berpalinglah daripadanya, dan jauhinya” (Ams 4:14-15).
Jika hikmah dan kejayaan berharga kepadamu, maka kamu harus berhubungan dengan orang berhikmah dan orang yang berjaya. Siapakah orang-orang ini? Mereka merupakan orang baik menurut takrif Allah dan orang yang takut akan Allah dan hidup berhikmah dan kudus (Ams 13:20; Maz 119:63; Tit 1:8). Kawan sedemikian dapat memberi nasihat yang tidak ternilai dan pembetulan ketika kamu memerlukannya (Ams 15:22; 27:5-6;,9-10,17). Mereka akan membantumu kepada hikmah dan kewajaran, bukan menjauhinya seperti kawan duniawi.
Amsal ini juga dipakai untuk perhubungan-perhubungan agama. Kamu harus menanda dan mengelak sesiapa pun yang berbeza daripada injil Paulus (Rom 16:17-18). Dan kamu juga dapat dengan benar mengutuk sesiapa pun yang mengkhutbahkan injil yang berbeza (Gal 1:6-9). Kamu harus menjauhi mereka yang melanggari tradisi rasuli ini (2Tes 3:6; 1Tim 6:3-5). Dan kamu harus berpaling daripada Kristian kontemporari (2Tim 3:1-5), sebab kebanyakan mereka berkompromi dengan mudah (2Tim 4:3-4). Ia tugas bagi setiap percayawan untuk berjuang dengan tekun bagi iman kerasulian (Yud 1:3).
Sahabat adalah baik, jika mereka sahabat yang baik. Tetapi sahabat yang baik hanya dapat disukat oleh takut akan Allah dan kehidupan yang benar. Di manakah kamu dapat menemui kawan sedemikian? Di dalam gereja benar Tuhan Yesus Kristus, di mana dunia dan segala komprominya dan ciptaannya ditolak. Di sana, kebenaran suci dan hikmah injil rasuli dan kitab-kitab yang terilham disanjungi, dipertahankan, dan diajar secara tabah hati dan dengan jelas. Apakah keadaanmu menurut peraturan ini?