Amsal · Proverbs

1:30
Mereka tidak mahu apa pun nasihatku: mereka memandang hina semua teguranku.

Allah dan Hikmah akan meninggalkanmu. Ketika kamu paling memerlukan mereka, dan kamu memanggil untuk bantuan mereka, mereka tidak akan menjawab atau ditemui. Mengapa? Kerana kamu telah menolak nasihat dan teguran mereka.

Puteri Hikmah, yang mewakili Allah dan hikmah yang ditawarkanNya di Alkitab, ialah perempuan yang ajaib dan yang berbudi baik yang menawarkan pengetahuan dan pemahaman kepada sesiapa pun yang datang kepadanya. Personifikasi hikmah oleh Solomo ialah cara yang sungguh menarik (Ams 8:1-5; 9:1-5).

Tetapi Allah dan Hikmah tidak boleh diperlekehkan! Jika kamu menolaknya, kamu melanggari jiwamu sendiri, dan kamu pasti mengasihi maut (Ams 8:36). Inilah hal yang paling serius dalam kehidupanmu, dan kamu harus mengambil perhatian yang paling teliti kepada amsal ini dan amarannya (Ams 1:24-32).

Jika kamu menolak hikmah, kamu akan menderita pedih kerana itu. Allah yang benar tidak jauh(Yer 23:23-24; Kis 17:27). Dia menawarkan hikmah kepada sesiapa pun (Ams 1:20-23). Tetapi orang bebal di sini tidak mahu apa pun nasihat hikmah – mereka tiada masa dan tiada minat. Para pencemuh ini memandang hina teguran hikmah – mereka membenci pembetulan. Mereka pasti mengasihi maut (Ams 8:36)!

Dalam amsal ini, Puteri Hikmah menjelaskan mengapa dia menyerahkan sesetengah orang kepada ketakutan dan tidak mahu mendengar teriak tolong mereka (Ams 1:24-31). Mereka telah menolak tawarannya yang lembut untuk menjadi berhikmah, jadi, dia menghukum mereka dengan meninggalkan mereka pada waktu kesesakan. Ini paling adil, dan daripada merasa jelek atau tawar hati, ia patut mendorongmu. Biar orang lain menolaknya, tetapi jangan ia sesekali dirimu!

Apakah itu hikmah? Ia daya penghakiman yang betul – kemampuan untuk menanggap dengan betul, melihat kesalahan dan dusta yang tersembunyi, mengutamakan faktor-faktor yang bercanggahan, mengucap apa yang betul, atau melakukan apa yang betul. Ia berkait rapat dengan budi bicara, pengetahuan, kehematan, dan pemahaman. Dengan hikmah, manusia dapat mengelak kepedihan dan masalah dalam kehidupan mereka dan sebaliknya menemui damai sejahtera dan kemakmuran. Tanpa hikmah, manusia akan menjadi mangsa kepada kejahilan dan kedegilan.

Bagaimanakah Puteri Hikmah menasihat dan menegur? Ciptaan membuktikan adanya Yang Maha Pencipta dengan kuasa yang abadi (Maz 19:1-6; Rom 1:18-21). Dia juga memberi ibubapa, suami, majikan, penguasa sivil, dan pengkhutbah, seperti Solomo di sini, untuk mengajar hikmah baik dalam sukatan yang kecil mahupun dalam sukatan yang besar (Ams 1:1-6; Pkh 12:8-10). Tetapi persembahan hikmahnya yang paling besar adalah di dalam Alkitab – kitab yang diilhamkan hikmah Allah (Ula 4:6; Maz 1:1-3; 19:7-11; 2Tim 3:16-17).

Bagaimanakah kamu dapat menolak atau memandang hina Puteri Hikmah punya nasihat atau teguran? Kamu dapat hidup tanpa mempedulikan Sang Penciptamu yang nyata (Maz 10:4; 14:1; 36:1-2). Para pemeluk fahaman evolusi akan dibinasakan bagi usaha-usaha mereka yang pelik dan yang cabul untuk menolak Allah Yang Maha Pencipta. Kamu juga boleh menolak arahan ibubapamu, yang membinasakan kejayaanmu yang terjamin (Efe 6:1-3). Mana-mana pun ibubapa ada pengetahuan yang melebihi pengetahuan anak muda dengan tak terhingga. Allah mentahbiskan ibubapa untuk tujuan ini.

Bagaimanakah kamu dapat menolak atau memandang hina Puteri Hikmah punya nasihat atau teguran? Kamu boleh mengabaikan, mengolok-olok, atau menderhakai Alkitab. Halaman-halaman Alkitab mengandungi sejarah, puisi, hukum, dan wahyu yang paling ajaib, tentang apa yang tidak diketahui manusia yang biasa. Ia padat dengan hikmah dari syurga. Bilakah waktu terakhir yang telah kamu membacanya? Merenung pembacaannya? Menghafal sesetengah ayatnya? Mendengarnya dikhutbahkan dengan terus terang dan dengan kekuasaan? Berwaspadalah!

Dunia dengan angkuh dan dengan semberono menolak nasihat dan teguran hikmah Allah. Mereka menganggap mereka dapat terlepas kesan perbuatan itu. Inilah apa yang sedang dilakukan Allah : “Perkara-perkara inilah yang telah kamu buat, dan aku telah berdiam diri; Kamu ingat bahawa aku sama sekali seperti kamu sendiri: Tetapi aku akan menegurmu, dan membentangkannya dengan teratur di hadapan matamu. Sekarang pertimbangkanlah ini, kamu yang melupakan Allah, supaya jangan aku habis mengoyak-ngoyakkan kamu dan tiada yang dapat menyelamatkan kamu” (Maz 50:21-22).

Di manakah pendirianmu? Nasihat dan teguran Allah ada di dalam Alkitab. Daud, salah seorang yang paling hebat di sejarah, menulis tentang ini dalam hukum Allah: “Maka aku menyanjungi segala ketetapanmu akan segalanya sebagai betul; dan aku benci setiap jalan palsu (Maz 119:128). Adakah itu sikapmu? Itulah semangat orang yang dilindungi dan dimakmurkan Allah dan hikmah.

Di manakah pendirianmu? bagi hal hukuman mati? perkahwinan sejenis? penguguran anak? hukuman rotan kepada anak? menghormati suami? Mood? pembaptisan merendam? menghormati para penguasa sivil, termasuk hatimu? melayani di gereja? mengampuni musuh peribadi? menghormati ibubapa? memfitnah orang lain? memberi dengan murah hati? kemabukan? Kegelojohan?

Di manakah pendirianmu? bagi hal kesatuan pekerja? kemarahan? menipu pasangan dengan menolak seks? muzik? berdoa untuk pemerintah? melayani tetamu? menunduk kepada bos yang tidak adil? pembaptisan percayawan? mengasihi kenikmatan atau mengasihi Allah? penceraian? mencuri? doktrin atau kenikmatan di gereja? menilik nasib? doa seharian? kehidupan kudus? televisyen? kawan? perbuatan berkendak? menabung? pornografi? dipenuhi Roh? mengasihi Alkitab melebihi emas dan madu?

Di manakah pendirianmu? Jika kamu menolak nasihat dan teguran Allah dan Hikmah bagi mana-mana pun contoh topik yang baru disenaraikan, maka kepedihan dan masalah sedang menjelang. Amsal singkat di hadapanmu ialah apa yang kebanyakan orang lakukan – mereka menolak arahan Allah dan memberontak terhadap pembetulanNya. Jika kamu tidak ada masa atau minat untuk Alkitab, maka kamu boleh membaca masa depanmu di dalam Amsal 1:20-33.

Di manakah pendirianmu dalam Tuhan Yesus Kristus? Dia Anak Allah yang diutus ke dunia ini hampir 2000 tahun dahulu untuk memantapkan kerajaan Allah di antara manusia. Orang Yahudi menolakNya dan menyalibkanNya, maka Dia membinasakan ibu kota mereka dengan penghakiman yang paling teruk yang pernah disaksikan di bumi ini (Mat 24:21). Dia akan datang tidak lama lagi untuk berbuat lebih teruk kepada seluruh bumi. Di manakah pendirianmu berkenaan Anak Allah? Ciumlah Dia pada hari ini dalam iman dan dalam kasih (Maz 2:10-12).