1:31
Oleh itu mereka akan memakan buah jalan mereka sendiri, dan akan menjadi kenyang dengan rancangan mereka sendiri.
Dunia sedang mendapat apa yang ia inginkan – kebanyakan negara, keluarga, dan individu sedang menderita kesan-kesan pedih pilihan-pilihan yang bebal. Ada penjelasan yang cukup mudah bagi ini. Ketika manusia berpaling daripada Allah dan berpaling daripada pengetahuan dan hikmah yang menawarkan kehidupan yang berjaya, Dia biar mereka kekal dalam kebebalan mereka sendiri dan dalam hasil-hasil teruk yang dibawa olehnya (Ams 1:29-30).
Moyang kita, Adam, telah memilih Hawa dan maut daripada memilih Allah dan kehidupan, dan semua manusia telah menderita sakit, kematian, dan maut sejak itu (Rom 5:12-14). Allah telah memberi amaran kepada Adam, tetapi Adam masih memilih Hawa dan maut (Kej 2:17). Solomo telah memberi amaran yang jelas dan yang berulang-ulang melalui amsal-amsal ini tentang suatu kehidupan yang diberkati oleh hikmah atau kehidupan yang terkutuk oleh kebebalan, tetapi kebanyakan orang tidak mempedulikannya.
Bagi ijazah 'master' dalam kesarjanaan sosial, kenalpastikan aspek-aspek kehidupan manusia di mana manusia telah paling banyak menolak hikmah Allah dan pertimbangkan kesan-kesannya yang pedih. Atau kenalpastikan aspek kehidupan di mana manusia paling menderita, dan siasat langkah-langkah dahulu di mana mereka menolak Pencipta mereka. Kamu akan belajar punca dan sifat kepedihan dan disfungsi manusia. Manusia tidak mahu Allah dan hikmah, jadi, Dia menyerahkan mereka kepada satu sama lain dan kepada kegilaan. Semua kepedihan manusia ialah hasil penolakan hikmah Pencipta mereka, yang secara jelas sudah dinyatakan dalam Alkitab.
Paulus telah menerangkan bencana manusia ini dengan jelas, “Kerana walaupun mereka mengenal Allah, mereka tidak memuliakannya sebagai Allah, dan juga tidak bersyukur; tetapi menjadi sia-sia dalam pembayangan-pembayangan mereka – Lantaran itu, Allah juga menyerahkan mereka kepada kenajisan melalui nafsu hati mereka sendiri – Oleh sebab itu, Allah menyerahkan mereka kepada kerinduan-kerinduan keji – Allah menyerahkan mereka kepada minda jahanam, untuk melakukan hal-hal yang tidak pantas” (Rom 1:18-32).
Zaman kini, lelaki dan perempuan di seluruh dunia memandang hina Allah, Alkitab, dan apa pun kongkongan moral. Mereka mengolok-olok khutbah Alkitab dan agama serius dengan menganggapnya ketinggalan zaman. Sepuluh hukum Allah telah diharamkan di tempat awam. Doa dilarang di sekolah. Koran itu dibenarkan; Alkitab pula diperolok-olokkan. Bintang penyanyi Rap diperingati; pengkhutbah disamakan dengan iblis. Kesengsaraan disfungsi dunia mudah untuk diperhatikan, dan juga sama mudah untuk diperbetulkan.
Ibubapa dan para pendidik gusar tentang kanak-kanak yang tidak taat, tidak hormat, kurang daya belajar, tidak tertib, dan ganas. Banyak ibubapa malu tentang kanak-kanak mereka, yang dimanjakan mereka. Apa yang sudah terjadi? Masalahnya tidak sukar untuk dikenalpastikan. Mereka ini merupakan generasi Benjamin Spock – iaitu generasi-generasi yang ulung-ulung menolak hikmah Alkitab bahawa kanak-kanak memerlukan hukuman rotan untuk dibangunkan dengan wajar (Ams 19:18; 29:15; 30:17).
Lelaki yang sudah kahwin ditindas, dan mereka mencari keamanan dan kelegaan dalam kerja OT, hobi, atau perzinaan. Lelaki yang bujang tidak mahu kahwin, sebab mereka telah melihat kepedihan yang besar kerana kahwin kepada perempuan yang menjelekkan (Ams 30:21-23). Bagaimana makhluk yang kejam ini berganda dengan sebegitu cepat? Kaum perempuan menolak kehormatan dan penundukkan kepada suami mereka (Yes 3:12; Efe 5:33; Kol 3:18).
Ahli-ahli ekonomi bertungkus-lumus untuk menutupi hutang negara, mengekalkan kadar bunga rendah, merendahkan cukai, dan membayar dana urusan yang baru, dengan sekaligus. Bagaimana seluruh huru-hara ini bermula? Suatu negara yang besar menjadi penajajamin kewangan bagi seluruh dunia (Ams 6:1-5), menggalakkan kenikmatan lebih daripada jerih lelah kerja (Ams 21:17), mendenda simpanan wang dan menganggapnya sebagai bercanggah dengan keberhasilan (Ams 6:6-8), dan membebaskan diri untuk berhutang dengan sungguh besar (Ams 22:7).
Kanak-kanak didera dengan teruk, malahan ditayangkan dalam video. Ibu binggung terfikir-fikir mengapa. Moral alkitab sudah dibuang ke luar ketika ibu-ibu beria-ia memuji dan merintih kerana Elvis Presley dan The Beatles. Pada zaman kini, yang diidam-idamkan ialah Beyonce dan Lady Gaga. Sewaktu jalan kebebasan seks sudah dipilih, apa yang mungkin menghentikan suatu negara daripada pergi ke neraka? Alkitab sudah dengan berhikmah mengajar bahawa kasih dan seks hanya untuk perkahwinan sahaja (Ams 5:19; 6:25; 1Kor 7:2-5; Ibr 13:4).
Para pemuda pada zaman kini menyeret kaki seperti beruk, menindik setiap bahagian tubuh yang dapat ditindik, mengecat diri sendiri seperti orang asli, memakai seluar mereka separuh tutup, bertutur seperti merengus dari dalam perut,mendurikan rambut, mencetekkan otak, dan gagal dalam peperiksaan S.A.T yang sudah terjatuh martabatnya. Pihak NEA (PIBG) menuntut lebih wang untuk pendidikan. Orang politik memberi janji penyelesaian yang terlalu optimistik jika para pengundi akan meluluskan defisit untuk lebih sekolah. Sudahkah orang lupa bahawa sekolah itulah yang memberitahu kanak-kanak itu bahawa mereka datang daripada monyet?
Kesatuan pekerja bermogok. Kadar gaji dan faedah untuk pekerjaan bodoh naik setinggi langit. Peraturan kepada majikan digubalkan. Kilang-kilang tutup. Harga barang-barang melambung tinggi. Barang-barang luar negara di mana orang rela untuk bekerja membanjiri pasaran tempatan. Defisit perniagaan menggunung ke peringkat yang tak terduga. Bagaimana mungkin ini dihentikan? Solomo berkata supaya menempatkan kesatuan pekerja di pangkat paling rendah, dan menempatkan ahli lembaga pengarah dan para pengurus (penguasa) di atas kuda semula (Pkh 10:5-7).
Dadah, dadah dan lagi banyak dadah! Apakah yang akan dunia buat tentang masalah dadah? Bagaimana dengan cadangan ini: haramkan semua parti minum mabuk! Solomo mengecam kemabukan dan hal melahap dan kesan-kesannyadi antara para pemuda (Ams 20:1; 23:21,29-35). Tetapi ijazah am (degree) universiti pada zaman kini biasanya melibatkan banyak pesta-pora/parti sementara menganggap Alkitab itu ketinggalan zaman, dan adalah dongeng. Universiti adalah salah satu injin utama yang sedang merosakkan akhlak suatu negara.
Hutang kad kredit adalah pada kadar yang melampau. Keadaan muflis individu semakin menggunung. Rumah dibeli dengan tanpa apa pun cagaran dengan hanya bayaran bunga sahaja. Namun orang bebal membeli lagi dengan hutang! Mengapa? Kerana khayalan John Maynard Keynes dipakai di sekolah daripada kitab Amsal. Solomo dengan berhikmah mengutuk kebebalan defisit dan perbelanjaan mengikut gerak hati dan menyanjungi nilai simpanan dan pelaburan (Ams 6:6-8; 14:4,23; 21:17,20; 28:19; 30:25).
Dua lelaki saling memengang tangan dan senyum sesama diri, melafazkan janji dan menukar cincin sesama diri, cium, dan berjalan menerusi para tetamu untuk berangkat pergi berbulan madu. Tetapi lembu jantan dan kuda jantan tidak akan membiak sesama jenis! Dua perempuan berjalan saling memegang tangan, melafazkan janji dan menukar cincin sesama diri, cium, dan berjalan menerusi para tetamu, dan memulakan suatu keluarga dengan bayi anak angkat. Tetapisinga bentina dan beruang bentina tidak akan bercampur dan berhubungan sejenis! Namun kerajaan dapat senyum, menggubal undang-undang, memenuhi kehendak, dan melindungi mereka, tetapi mengecam apa pun pendapat yang bercanggahan dan menganggapnya sebagai jenayah membenci.
Sodomi / hal liwat bukan suatu misteri seksual atau misteri sosial – Allah telah mendawai semula otak orang yang menolakNya, jadi, mereka sudah keliru seksual lebih teruk daripada binatang-binatang (Rom 1:24-27). Ketika manusia berpaling daripada Allah dan hikmahNya, Dia menyerahkan mereka kepada minda jahanam untuk melakukan apa yang tidak pantas – bercanggah tabii, disfungsi, memedihkan, dan memalukan. Ia bukti yang paling jelas dan yang paling nyata tentang penghakiman Allah menurut amsal yang sedang ditelitikanmu sekarang.
Hai pembaca, kamu ada pilihan. Suatu pilihan yang mudah! Kesan-kesannya adalah cukup pedih atau sungguh mulia dalam kesenangan. Adakah kamu ingin berbuat menurut cara Allah atau menurut cara diri sendiri? Jika kamu memilih jalan sendiri, Allah Yang Berbahagia di syurga akan menekan mukamu di dalam kenajisan hura-haramu, seperti yang amsal ini isytiharkan (Mal 2:2-3). Jika kamu memilih jalanNya, belajar daripada Alkitab lalu menuai ganjarannya (Maz 1:1-6; 19:1-11). Beri Allah kemuliaan! Jadilah gementar terhadap firmanNya! Rayulah untuk belas kasihanNya!