1:29
Oleh sebab mereka membenci pengetahuan, dan tidak memilih takut akan TUHAN:
Allah tidak keberhutangan untuk mendengar doa-doamu (Ams 1:24-28). Dia tidak di bawah telunjukmu, seperti yang dianggap banyak orang. Jika kamu mengabai atau menolak tawaranNya untuk hikmah, Dia sudah berjanji untuk tidak mempedulikan seruanmu untuk bantuan dan untuk menimpa kedurjanaanmu balik kepada kepalamu sendiri (Ams 1:30-32; Maz 66:18).
Jika kamu tidak mempedulikan pengetahuan dan tidak takut akan Allah Yang Maha Besar Alkitab, yakni TUHAN Jehovah, maka kamu menjadikan Puteri Hikmah sebagai musuhmu. Dia akan ketawa terhadap celaka-celakamu yang sedang menjelang. Jika kamu tidak mengenal Allah ini, hai pembaca, kamu tidak mengenal Allah Alkitab.
Puteri Hikmah telah berbicara (Ams 1:20-33). Dia mewakili tawaran Allah untuk hikmah kepada manusia. Ia sudah cukup ternyata dalam ciptaan syurga dan bumi (Maz 19:1-6; Rom 1:20). Ia disahkan oleh penyediaan nasibNya yang berbelas kasihan terhadap manusia (Mat 5:45; Kis 14:17). Dan Dia telah menyatakannya dalam tulisan dan mengutus manusia untuk mengkhutbahkannya (Ula 29:29; Yer 3:15; Kol 1:28-29). Jika kamu terlalu sibuk atau terlalu memberontak untuk merendahkan dirimu kepada hikmah ini, Puteri Hikmah sekarang menjadi musuhmu.
Apakah pengetahuan yang dibenci di sini (Ams 1:22)? Ia merupakan pengetahuan akan Allah Yang Maha Kudus Alkitab, yang merupakan permulaan pemahaman (Ams 2:5; 9:10; 30:3). Ia merupakan arahan daripada ibubapa, guru-guru, dan pastor yang menyatakan kehendak Allah bagi kehidupanmu (Ams 12:1; 15:14; 18:15; 19:27; 22:17; 23:12). Ia doktrin Alkitab yang menyatakan Allah, apa yang telah dilakukanNya terhadap manusia, dan apa yang harus dilakukan manusia terhadapNya (Maz 119:66; 2Tim 3:16-17).
Apakah takut akan TUHAN? Ia kekaguman yang hormat dan kasih yang suka sembahyang kepada Jehovah Allah yang memimpin manusia untuk membenci dosa, mengasihi kewajaran, dan bersuka di dalamNya dan jalan-jalanNya (Ams 8:13; 14:27; 16:6; Maz 111:10; Pkh 12:13-14). Ia menyebabkan manusia memandang hina akan hati sendiri yang bebal dan pendapat yang sia-sia orang lain (2Taw 19:7-9; Dan 3:16-18; Ibr 5:7). Ia menyediakan sauh dan dasar untuk akhlak yang menahan manusia daripada berkompromi (Kej 42:18; Kel 18:21).
Bagaimanakah manusia membenci pengetahuan? Bukankah ini zaman maklumat, yakni zaman yang manusia suka pengetahuan dan pembelajaran? Satu-satunya pengetahuan yang mereka suka ialah pendapat mereka sendiri atau pendapat orang lain seperti mereka. Mereka menolak kewujudan Allah, ciptaan sebagai punca segalanya, nilai moral mutlak untuk kelakuan manusia, hukuman kekal, dan sebagainya. Apa yang mereka panggil sains, Allah panggil sebagai cabul dan dongeng isteri-isteri tua (Maz 49:6-13; 94:11; 1Tim 4:7; 6:20)!
Bagaimanakah mereka tidak memilih takut akan TUHAN? Mereka memilih untuk mengasihi kenikmatan daripada Allah, dan mereka hanya memberiNya ruang sampingan dalam kehidupan mereka. Mereka bersembahyang dengan upacara dan dengan suatu bentuk kesalihan, daripada bersembahyang dalam kebenaran dengan hati dan kehidupan mereka (2Tim 3:4-5). Mereka memilih pastor yang akan menghiburkan mereka dengan dongeng agama yang peka pencari (2Tim 4:3-4). Oleh sebab mereka memilih pendekatan yang moden bagi sembahyangNya, Allah akan membuta dan mengelirukan mereka (Yes 29:13-14). Dia tidak akan mendengar doa-doa mereka; Dia sebaliknya akan menghakimi mereka.
Kamu tidak dapat membayang bahawa manusia membenci pengetahuan? Pertimbangkan kebencian yangHollywood ada untuk kemoralan! Pendidikan evolusi untuk ciptaan! Kesatuan hak wanita untuk nyawa bayi! ACLU (Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika) untuk Allah dan Alkitab! NFL (Persatuan Bola Sepak Amerika) untuk kebaktian gereja pada Hari Ahad! DNC (Majlis Demokrasi Kebangsaan) untuk perkahwinan jantina bertentangan! Vatican untuk Matius 23:9! Persatuan Mahasiswa untuk sikap mengawal diri sendiri! PTA (Persatuan Ibubapa dan Guru) bagi hal mendisiplin anak! MTV untuk ibubapa! Kesatuan pekerja untuk keberhasilan! ESPN untuk hikmah! Pasaran saham Wall Street untuk kebajikan! Las Vegas untuk penabungan! NBA (Persatuan Bola Keranjang Amerika) untuk pakaian senonoh! MSNBC bagi kebenaran! Allah akan menghakimi Amerika!
Kamu tidak dapat membayang bahawa manusia membenci pengetahuan? Pertimbangkan kebencian yang Charles Darwin ada untuk kitab Kejadian! Puteri Diana untuk kesetiaan dalam perkahwinan! Nietzsche bagi Allah! Picasso bagi kecantikan! Marilyn Monroe bagi akhlak mulia! Freud bagi kewarasan! Carl Sagan untuk sains yang dapat dibuktikan! Ben Spock untuk hal mendisiplin anak! James Dean untuk hal kekuasaan! Joseph Smith untuk monogami! Paus John Paul II untuk 1 Timotius 4:1-3! Jimi Hendrix, Janis Joplin, dan Jim Morrison untuk kesalihan! Karl Marx untuk hak milik! Josef Stalin untuk kemurahan? Di manakah para pemberontak ini pada hari ini?
Jika seseorang manusia membenci arahan Allah tentang kesetiaan perkahwinan, maka perempuan asing akan membinasakannya (Ams 5:3-14; 6:24-35; 7:6-27). Jika dia membenci amaran-amaran tentang kehematan kewangan, maka dia akan dibinasakan secara kewangan (Ams 6:6-11; 13:23; 14:23; 22:26-27). Jika dia menolak peraturan-peraturan Allah untuk didikan anak, maka anak akan mematahkan hatinya dan mengaibkannya (Ams 19:18,26; 27:11; 29:15). Jika dia mengahwini perempuan jelek meskipun diberi amaran, maka dia akan mendapat seksaan dari perkahwinannya (Ams 12:4; 21:9,19; 30:21-23; 31:30). Menolak hikmah praktikal Allah membawa kebinasaan praktikal.
Nuh mengkhutbahkan kewajaran kepada generasinya untuk 120 tahun (Kej 6:3; 2Pet 2:5; Ibr 11:7). Tetapi mereka membenci pengetahuan yang diajarnya dan membenci takut akan TUHAN yang ditawarkannya. Mereka yakin di dalam ramalan cuaca radar Doppler, ijazah, dan derma ke U.N.I.C.E.F., maka Allah menyampaikan banjir yang melemaskan mereka semua, termasuk kanak-kanak, orang tua, orang cacat, dan orang kuat (Mat 24:37-39). Kamu tahu bahawa mereka meneriak dan menangis di luar bahtera, tetapi Allah sudah menutup pintu itu (Kej 7:16). Dia mengolok-olok penderitaan mereka (Ams 1:26).
Allah Alkitab masih api yang menghanguskan (Ibr 12:29). Ia masih suatu hal yang ngeri untuk jatuh ke dalam tanganNya (Ibr 10:31). Tuhan Yesus Kristus sedang memerintah syurga dan bumi dengan tongkat besi (Wah 2:26-27; 1Kor 15:25). Sudah kamu melihat suasana politik dunia baru-baru ini? Tanya Firaun! Asyur! Tirus! Babel! Belsyazar! Parsi! Xerxes! Yunani! Aleksander Agung! Kerajaan Rom! Nero! Jermani! Hitler! Soviet Union! Khrushchev!
Adakah kamu membenci pengetahuan? Sudahkah kamu menolak takut akan TUHAN? Adakah kamu faham maksud kedua-duanya itu? Ia sudah dijelaskan di atas. Adakah kamu membaca penjelasannya dengan terlalu laju? Bacanya semula. Masa depanmu dan doa-doamu bergantung kepada hal mengenalnya dan melakukannya.
Adakah kamu membenci pengetahuan? Sudahkah kamu menolak takut akan TUHAN? Fikiranmu atau kata-katamu tidak relevan. Bagaimanakah kamu mengejar kedua-duanya itu? Adakah kamu membaca Alkitab dengan teliti setiap hari? Menghadiri gereja yang mengajar Alkitab dengan setia? Menghitung hal khutbah sebagai bahagian Hari Ahad yang terbaik? Mengulangkaji dan memakai apa yang telah kamu belajar dalam kehidupanmu? Jika doa-doamu tidak didengar, dan kehidupanmu sedang roboh, pertimbangkanlah amsal ini dengan baik-baik. Puteri Hikmah sudah tersinggung.