Amsal · Proverbs

1:8
Hai anakku, dengarlah arahan ayahmu, dan janganlah meninggalkan hukum ibumu:

Hai kanak-kanak! Masa depanmu bergantung kepada mentaati ibubapamu. Selepas memperkenalkan Amsal (Ams 1:1-6), amsal Solomo yang kedua adalah tertuju kepada kanak-kanak untuk mentaati ibubapa mereka (Ams 1:8-9). Arahan ayah dan hukum seorang emak dapat membawa kemakmuran kepada kehidupanmu. Tetapi penolakan didikan mereka akan membawa kesakitan dan masalah dan maut yang awal (Ams 15:10; 23:13-14).

Amsal yang pertama menyanjungi takut akan Tuhan (Ams 1:7). Sudah tentulah, inilah dasar bagi setiap kehidupan, iaitu mengenal dan mentaati Penciptamu (Ams 9:10; Ayb 28:28; Maz 111:10; 112:1; 128:1-6; Pkh 12:13-14). Tetapi peraturan yang selanjutnya, yang sejurus selepas peraturan pertama adalah untuk mentaati ibubapa Yang Maha Pencipta telah pilih bagimu dari antara seluruh umat manusia (Kel 20:12; Efe 6:1-3).

Bukan setiap ayah memberi arahan yang baik; bukan setiap emak memberi hukum yang salih. Tetapi Solomo dan isterinya berhikmah. Solomo ada ibubapa yang baik, dan dia ingin anak lelakinyamengambil perhatian (Ams 4:1-4). Jika kamu ada ibubapa Kristian yang ingin yang terbaik daripada Allah bagimu, maka segala alasan mencukupi untuk mentaati mereka dengan sepenuh-penuhnya. Dan jika kamu tiada ibubapa yang Kristian, Allah masih mahu kamu mentaati mereka walau apa pun.

Selepas mentaati Tuhan, jalan yang paling mudah bagi kanak-kanak adalah untuk menjadi berhikmah dan mengelak jerat-jerat kehidupan untuk mentaati pengetahuan yang susah payah diperoleh ibubapa dan hikmah yang berasal daripada kasih sayang ibubapa. Betapa hebatnya itu! Allah telah melantik seorang lelaki dan seorang perempuan yang berpengalaman dengan ikatan emosi yang mendalam sebagai pelindung perbadi setiap anak. Mengapakah mungkin seseorang anak mengingkari ayahnya atau ibunya?

Tetapi banyak di antara kaum ayah pernah berkata, “Mengapakah dia berbuat sebegitu? Aku dah jelas-jelas mengajarnya supaya mengelak masalah itu.” Walaupun ayah yang peduli dan yang berpengalaman itu telah memberi kewaspadaan kepada anaknya tentang bahaya sesuatu pilihan, anak lelaki itu tidak mendengar atau tidak mengingati nasihat itu. Anak itu tidak memahami atau tidak mengingati pelajaran itu, lalu dia jatuh ke dalam kepedihan dan kesesakan yang telah ayahnya berusaha untuk dielakkan.

Banyak di antara kaum ibu pernah berkata, “Mengapakah dia berbuat sebegitu? Aku telah memberi dia peraturan supaya jangan dia sesekali melakukan itu!” Walaupun ibu yang salih dan yang mengasihi itu telah menetapkan hukum untuk melindungi anak perempuannya, anak yang bebal itu telah memilih jalannya sendiri dan menuai kesan-kesan pahitnya. Dia telah meninggalkan hukum ibunya dengan mengabaikan amaran dan memilih untuk memakai jalan sendiri.

Apakah yang menyebabkan anak-anak untuk menjadi sebegitu bebal? Mereka hanya ada sedikit daripada pengetahuan dan pengalaman ibubapa mereka. Mereka tidak dapat mengenalpasti atau menaakuli sifat dan punca kehidupan-kehidupan yang disfungsi di sekeliling mereka. Mereka rabun jauh, dan hanya memikirkan masa kini, sementara ibubapa mereka tertumpu kepada masa depan. Mereka tertarik secara emosi oleh tekanan rakan sebaya dan kebebalan kebudakan. Ibubapa mereka mengenal mereka lebih mendalam daripada sesiapa pun, termasuk diri mereka sendiri, namun mereka cekal memakai jalan mereka sendiri. Betapa bebalnya itu!

Ini merupakan dosa-dosa keangkuhan, pemberontakan, dan perdayaan sendiri. Budak itu, yang belum terdidik untuk memakai tandas dan untuk minum daripada cawan, percaya bahawa ia tahu lebih daripada ibubapanya. Ia ingin bereksperimen dengan seks, walaupun ibubapanya sudah bersekedudukan setiap malam untuk sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum budak itu mampu membayang pun maksud seks. Betapa angkuh sikap memandai itu! Ia ingin membelanjakan seluruh wang saku daripada berjimat cermat, walaupun seringgit pun tidak diusahakannya untuk menyokong diri sendiri.

Adakah mentaati ibubapa sepenting seperti Alkitab mementingkannya? Adakah kederhakaan layak untuk hukuman mati (Ams 20:20; 30:17; Ula 21:18-21; 27:16)? Sudah tentulah demikian! Walaupun melanggari hukum ibubapa tidak membawa secara langsung kesan-kesan yang dahsyat, Allah sendiri tegas menuntut ketaatan untuk menyokong wakil-wakilNya yang telah ditahbiskanNya. Ini adalah untuk menyediakan damai bagi ibubapa, dan untuk memperkenalkan anak itu kepada kekuasaan untuk kemakmuran masa depan. Allah sendiri akan membinasakan para pemberontak.

Hai anak! Kamu telah diberi amaran supaya jangan menolak ibubapamu. Tetapi Allah juga telah menawarkan suatu insentif, jika kamu mentaati dan menghormati mereka. Dia akan memberimu hayat yang panjang dan memberkatinya dengan kejayaan yang baik (Efe 6:1-3)! Sedarkah kamu adanya nasibmu yang baik ini? Ada dua orang tua untuk mengajarmu hikmah, ada penghakiman teruk kalau kamu memberontak, tetapi ada berkat-berkat yang luar biasa kalau kamu taat! Ini semua bergantung kepadamu. Kamu dapat memiliki segalanya menurut jalan damai sejahtera dengan ketaatan.

Hai ayah! Adakah kamu memberi anakmu arahan yang diperlukan mereka untuk berjaya dalam kehidupan dan bertumbuh dalam keredaan dengan Allah dan manusia? Penciptamu telah memberimu tugas ini (Efe 6:4). Hai ibu! Sudahkah kamu menetapkan hukum bagi anak-anakmu untuk menyelamatkan mereka daripada masalah-masalah teruk yang dialami generasi yang cabul ini? Kamu bertanggungjawab bersama suamimu (Ams 6:20). Jangan berpuas hati dengan hanya membesarkan anak semata-mata. Pastikan dirimu mempersiapkan mereka untuk menyenangkan Allah dalam kehidupan.

Walaupun generasi kini berpendapat bahawa ayah dan ibu sudah ketinggalan zaman dan sebaliknya menekankan rumah tangga yang ketiadaan pasangan ibubapa, perkahwinan sejenis, pengklonan dalam tabung uji, dan arahan di sekolah seperti binatang di zoo, firman Allah masih kekal teguh sebagai buku panduan yang selalu relevan dan yang berhikmah dengan tidak terhingga daripada Penciptamu (Maz 119:128; Yes 8:20; 1Tim 6:20-21). Apa pun usaha untuk berkompromi, menghina, atau menunggangbalikkan hukum-hukumnya akan membawa kekeliruan dan kebinasaan (Ams 29:18; Maz 9:17).

Hai pembaca! Sudahkah kamu menyerahkan dirimu kepada arahan dan hukum-hukum Bapa di syurga? Jika kamu mengabaikan khutbah firmanNya, maka doa-doamu pun akan menjadi kekejian bagiNya (Ams 28:9). Jika kamu bukan pendengar yang suka bersiap dan yang menumpukan perhatian, Dia akan menanggalkan apa pun hikmah yang kamu fikir kamu ada (Luk 8:18). Berkat-berkat dan ganjaran mendengar kebenaran yang dikhutbahkan adalah hanya untuk orang yang mentaati apa yang didengar mereka (Maz 19:11; Yak 1:21-25).